Semakin hari kemenangan Pakatan Rakyat semakin ‘kosong’, lantaran pemergian tokoh-tokoh yang satu ketika dahulu antara yang memainkan peranan penting samada di barisan hadapan atau di belakang tabir.
Saya dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Rustam A Sani, sewaktu membelek laman KLPos pagi ini. Tokoh intelektual yang pernah menjadi Timbalan Presiden PRM dan Ketua Penerangan KeADILan ini diserang sakit jantung jam 3.00 pagi tadi di rumah Allahyarham di Bukit Lela, Gombak.
Saya tidak pernah bertemu secara langsung dengan beliau, cuma pernah berhubung dengan Allahyarham melalui emel untuk mendapatkan maklumat berkenaan Parti Negara pimpinan Almarhum Dato’ Onn. Tetapi kerana gangguan kesihatan Allahyarham, maka urusan tersebut tertangguh. Tulisan Allahyarham seringkali saya ikuti di dalam akhbar Siasah dan lewat karya terdahulunya, “Bercanda Dengan Mahathir” dan “Ke Mana Arah Nasionalisme Melayu?”
Saya sedikit terkilan kerana saya dan Najwan baru saja bercadang untuk hadir ke Majlis Pelancaran 2 buah buku terbaru beliau, Social Roots of The Malay Left dan Failed Nation? di Shah Alam yang akan dirasmikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.
Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergiannya dan sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Al Fatihah buat Allahyarham Pak Rustam.
Filed under: Catatan , Rustam A Sani
[...] concur with Adi, who reminds us that more than any attack or setback, it is losses such as these and Salman’s [...]
AlFatihah untuk Almarhum. Jadi, majlis pelancaran buku itu tetap berjalan atau batal?
Alfaatihah! Saya tidak pernah bersua muka tetapi kerap membaca blognya dan sehari sebelum beliau pergi untuk selamanya beliau menulis tentang ocehan Mahathir di dalam HardTalk. Saya bagaimanapun sempat bersua muka dan berbual dengan ayahndanya almarhum Ahmad Boestamam.
Aku kempunan tak sudah pasal tak masukkan blog dia ke beras padu, semasa dia masih hidup.
Al- Fatihah..