Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Undi Untuk Dr Tan Seng Giaw: Kasihan!!

Saya setuju dengan hujah seorang kawan saya, kita tak perlukan sitkom Senario ataupun Raja Lawak untuk hiburkan hati, cukup sekadar baca akhbar arus perdana, insyaAllah hati boleh terhibur dengan lawak-lawak slapstik.

Membaca akhbar hari ini, membuat saya ketawa. Kerana saya kasihan dengan sesetengah pihak yang mungkin di peringkat sekolah gagal subjek matematik mereka. Ingat, MUNGKIN.

Kecoh di beberapa akhbar, kononnya 17 MP Pakatan Rakyat (PR) menyokong calon Timbalan Speaker, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar apabila pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat menyaksikan 2 calon daripada BN, iaitu Dr Wan Junaidi, Datuk Ronald Kiandee dan Dr Tan Seng Giaw daripada DAP.

Wan Junaidi menerima 157 undi, Ronald (140) sementara Dr Tan (81) selepas semua MP mengundi menerusi kertas undi.

Maka mulalah dihebahkan seluruh pelusuk dunia kononnya ada 17 MP PR mengundi Wan Junaidi yang mendapat kelebihan 17 undi berbanding 140 undi MP BN. Sehingga ada juga berita yang menimbulkan ‘gelisah’ (kononnya lah!), siapa kalangan MP PR yang tidak mengundi Dr. Tan.
Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Politik

Ketua Pembangkang Di Dewan Negara

Saya melihat perkembangan yang diusulkan oleh YB Senator Mumtaz Mohd Nawi melalui berita Harakahdaily.net semalam adalah satu perspektif baru di dalam perjalanan sidang Dewan Negara akan datang.

Membentuk satu lingkungan Senator Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang dialu-alukan. Apatah lagi fungsi Dewan Negara ternyata lebih besar di dalam meluluskan sebarang undang-undang. Kehadiran senator daripada kalangan PR juga, dilihat boleh menambah nilai dan kualiti perbahasan untuk meluluskan sebarang rang undang-undang sebelum digazetkan oleh YDP Agong.

Setidak-tidaknya, Dewan Negara tidak lagi dilihat sebagai ‘rubberstamp’ kepada sebarang bentuk rang undang-undang, tanpa mengira rasional dan keperluan rang undang-undang tersebut sebelum dilulus dan digazetkan sebagai undang-undang yang sah.

Maka langkah pertama ialah memastikan tokoh-tokoh hebat daripada PR dihantar ke Dewan Negara sebagai Senator. Dalam peruntukan Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap Negeri termasuk Wilayah Persekutuan mempunyai 2 kuota lantikan Senator yang dipilih melalui Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagi Wilayah Persekutuan, ianya akan dibuat oleh YDP Agong.
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa, Catatan, Politik

Perihal Gila Kuasa

Maka kini, Anwar Ibrahim dituduh gila kuasa. Yang menuduhnya, YB Bung Mukhtar Radin daripada Kinabatangan. Boleh dibaca dalam The Star hari ini.

Pertamanya, kalau satu ketika dahulu Adun-Adun PAS Kelantan dipujuk menyertai BN ‘demi kepentingan Kelantan’, maka apalah salahnya MP-MP BN dipelawa menyertai PR ‘demi kepentingan Malaysia’?

Tidak beerti kita menghalalkan sebarang usaha pembelian MP-MP itu. Kalau betul mereka dibeli, wajib kita menentang habis-habisan. Tetapi kalau peralihan platform itu berlaku atas dasar melangkah ke satu tahap yang lebih baik, yang lebih telus, dan lebih bersih, untuk rakyat di akhir jalan, maka pulangkanlah yang hak kepada yang empunyanya.

Kata Bung Mukhtar lagi:

Bung Mokhtar said claims by Anwar that Barisan MPs were ready to crossover was a political gimmick that showed that he was suffering from a craze for power.

He said Anwar must accept the fact that Barisan holds the majority in Parliament and his Pakatan Rakyat coalition had lost the general election.

Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Politik

SK Sudah Diluluskan, Purnama Bila Lagi?

Tahniah buat pihak editorial Suara Keadilan yang akhirnya bakal beroperasi ’secara sah’ selepas dinafikan permit penerbitan akhbar selama hampir 4 tahun.

Lebih memberangsangkan, SK kini boleh dijual kepada umum, tidak terhad kepada ahli KeADILan sahaja. Ini satu kemenangan moral buat KeADILan yang selama ini bertungkus lumus memperjuangkan kebebasan akses media di kalangan entiti bukan pemerintah.

Saya mengharapkan agar SK boleh meningkatkan mutu penerbitannya agar boleh menjadi akhbar alternatif kepada massa. Daripada konteks layout sehinggalah isi kandungan, banyak ruang penambahbaikan boleh dilaksanakan di SK, dan harapnya ia akan dipandang serius oleh pihak ketua pengarang untuk memastikan kualiti SK tidak dipertikaikan.
Read the rest of this entry »

Filed under: Uncategorized , , , , ,

Perginya Allahyarham Pak Rustam..

Semakin hari kemenangan Pakatan Rakyat semakin ‘kosong’, lantaran pemergian tokoh-tokoh yang satu ketika dahulu antara yang memainkan peranan penting samada di barisan hadapan atau di belakang tabir.

Saya dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Rustam A Sani, sewaktu membelek laman KLPos pagi ini. Tokoh intelektual yang pernah menjadi Timbalan Presiden PRM dan Ketua Penerangan KeADILan ini diserang sakit jantung jam 3.00 pagi tadi di rumah Allahyarham di Bukit Lela, Gombak.

Saya tidak pernah bertemu secara langsung dengan beliau, cuma pernah berhubung dengan Allahyarham melalui emel untuk mendapatkan maklumat berkenaan Parti Negara pimpinan Almarhum Dato’ Onn. Tetapi kerana gangguan kesihatan Allahyarham, maka urusan tersebut tertangguh. Tulisan Allahyarham seringkali saya ikuti di dalam akhbar Siasah dan lewat karya terdahulunya, “Bercanda Dengan Mahathir” dan “Ke Mana Arah Nasionalisme Melayu?”

Saya sedikit terkilan kerana saya dan Najwan baru saja bercadang untuk hadir ke Majlis Pelancaran 2 buah buku terbaru beliau, Social Roots of The Malay Left dan Failed Nation? di Shah Alam yang akan dirasmikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergiannya dan sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Al Fatihah buat Allahyarham Pak Rustam.

Filed under: Catatan ,

nahdah@twitter

  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 9 hours ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 day ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 day ago
  • Player Negeri 9 dok jatuh je..Ngelat ke? | 1 day ago
  • RT @Khairykj: Do NOT watch EPL tonight. Negeri Sembilan vs Kelantan. Malaysia Cup final. RTM1 8.45pm. The only game that matters. | 2 days ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,368 kunjungan

Arkib