Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Kabinet Baru Malaysia: Rangkuman Menarik Untuk Dikongsi

Senarai penuh boleh dilihat di Utusan Malaysia, Bernama dan Malaysiakini. Saya menjangkakan YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai Menteri Kabinet, kelihatan jangkaan itu tersasar.

Hampir separuh daripada Kabinet baru Pak Lah kali ini mempamerkan muka-muka baru, apabila 16 tokoh baru dilantik sebagai Menteri. Pembaharuan dilakukan dengan memansuhkan perlantikan Setiausaha Parlimen di semua kementerian, dan ini mengurangkan saiz Kabinet yang selama ini dianggotai 90 orang kepada hanya 68 orang.

Negeri Perlis kelihatan tidak ada wakil langsung di dalam Kabinet apabila kedua-dua penyandang Menteri, Radzi Sheikh Ahmad dan Azmi Khalid digugurkan daripada Kabinet. Sama juga halnya dengan Negeri Kedah, apabila tidak ada seorangpun daripada 4 Ahli Parlimen BN tidak terpilih sebagai Menteri, melainkan 2 dilantik menjadi Timbalan Menteri. Melaka juga tidak ada wakil dalam Jemaah Menteri Kabinet, kecuali Datuk Idris Haron dan Datuk Wira Abu Seman Yusop sebagai Timbalan Menteri.

2 tokoh berlainan bidang, seorang ahli politik dan peguam serta seorang lagi tokoh korporat dilantik sebagai Senator untuk membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Shahrir Samad kembali berada di dalam Kabinet setelah hampir 22 tahun meninggalkan Kabinet. Cuma cakap-cakap politik sebelum ini hangat mengatakan beliau akan mengepalai Kementerian Penerangan. Pun begitu, rasanya ketegasan beliau sesuai disalurkan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

Manakala persoalan timbul apakah Datuk Seri Rafidah Aziz turut akan mengakhiri kareernya sebagai Ketua Wanita Umno dalam Pemilihan Umno akan datang apabila tidak dikekalkan di dalam Kabinet.

Pun begitu, biarlah pelbagai tafsiran dibuat ke atas percaturan terbaru Pak Lah ini.Diharapkan ianya boleh terus memacu kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang lebih pro-rakyat.

Di bawah ada beberapa rangkuman yang saya fikir menarik untuk dikongsi bersama:
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa, Politik ,

Polemik MB Perak: Selesaikan Cara Rasional, Bukan Emosional

Laporan Malaysiakini melaporkan bahawa ADUN Pasir Panjang daripada PAS, YB Ir. Muhamad Nizar Jamaluddin telah dipilih oleh pihak Istana Perak untuk menjawat jawatan Menteri Besar Perak yang baru, untuk mengemudi kepimpinan kerajaan campuran DAP-KeADILan-PAS di Perak.

Tetapi sedikit menyedihkan apabila Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang menyatakan ketidaksetujuan beliau ke atas perlantikan tersebut dan menyatakan bahawa tidak akan ada sebarang wakil DAP untuk hadir ke upacara penyerahan watikah perlantikan MB Perak esok.

Saya tidak mahu menafikan kredibiliti Kit Siang, tetapi dalam keadaan Sultan telah membuat keputusan dan menurunkan titah, maka wajar bagi mana-mana pihak untuk menghormati keputusan Istana termasuklah beliau. Tindakan beliau hanya akan mengundang polemik negatif yang pastinya bakal mengundang pelbagai bentuk serangan sebermula esok.
Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Politik

Rakyat ‘Raikan’ Sambutan Hari Wanita Sedunia Pada PRU 12

8 Mac 2008.

Selain daripada harijadi Samy Vellu, semalam juga adalah sambutan Hari Wanita Sedunia. Dan kelihatan calon-calon wanita meraih kemenangan yang boleh dibanggakan dalam keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 semalam.

Antara yang menang, pastinya giant-killer Nurul Izzah Anwar yang menewaskan Datuk Shahrizat Jalil di Lembah Pantai. Ini diikuti ibunya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan – Permatang Pauh). Proksi KeADILan di Parlimen juga akan dihangatkan lagi dengan dua tokoh wanita KeADILan iaitu Fuziah Salleh (KeADILan – Kuantan) dan Zuraida Kamaruddin (KeADILan – Ampang).

PAS juga kelihatan gah dengan tiga calon wanita yang lantang, iaitu Siti Zailah Yusof (PAS – Rantau Panjang), Dr Lo’lo Hj Ghazali (PAS – Titiwangsa), dan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS – Kota Raja).

DAP dilihat mengekalkan YB-YB wanita mereka iaitu Teresa Kok (DAP – Seputeh), Fong Po Kuan (DAP – Batu Gajah), Chong Eng (DAP – Bukit Mertajam).

Di kalangan BN, Rafidah Aziz kelihatan akan beregu dengan Halimah Sadique (BN – Tenggara) dan Noraini Ahmad (BN – Parit Sulong), selain daripada Azalina Othman Said (BN – Pengerang) yang disebut-sebut bakal menggugat kedudukan Rafidah dalam pemilihan agung Umno tahun ini.

Bung Mokhtar Radin kehilangan ‘teman baiknya’, Said Yusof bekas MP Jasin. Nasihat saya, hati-hati dengan tutur kata. Jangan nak main isu bocor lagi. Kali ni ramai yang boleh ’serang’ balik!

Filed under: Catatan, Politik, Santai

Analisis: Tsunami Politik Beri Harapan Baru Buat Malaysia

Saya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada jam 9.00 pagi semalam. Dan hanya berjaya tidur pada jam 5 pagi selepas hampir semua keputusan diperoleh.

Mengejutkan. Pembangkang meraih 82 kerusi Parlimen dan menawan 5 buah negeri termasuk Kelantan.

Di Kuala Lumpur, pembangkang juga membentuk pakatan hebat apabila menang 9 Parlimen. BN hanya menang di Parlimen Setiawangsa. Jika KL boleh diiktiraf sebagai sebuah negeri, anggap sahaja pembangkang menawan 6 negeri sekarang!

Di Kelantan, air mata Tuan Guru Nik Aziz mahal harganya, apabila munajat rakyat Kelantan diperkenan Allah SWT dengan memberikan kemenangan selesa 40 kerusi kepada PAS dan KeADILan. Kelihatan usaha ‘merawat Kelantan’ perlu dipulangkan kepada tuan empunya idea untuk muhasabah diri.

Pulau Pinang disahkan negeri pertama jatuh ke Pulau Pinang melalui Malaysiakini pada jam 8 malam (media arus perdana hanya berani menyiarkan berita ini sekitar jam 10 malam). LIm Guan Eng bakal menjadi Ketua Menteri, dan ADUN Penanti dari KeADILan, Muhd Fairuz Khairuddin menjadi Timbalan KM.

Di Kedah, pakatan PAS dan KeADILan membentuk kerajaan negeri dengan YB Ustaz Azizan Abdul Razak bakal menjadi Menteri Besar. Mantan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin terpaksa menelan kata-katanya yang berazam menghilangkan deposit lawannya. Alih-alih dia yang hilang kerusi.
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa, Catatan, Politik

Selamat Mengundi

Kurang beberapa jam lagi, saya dan bersama lebih 10 juta rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

8 Mac 2008 adalah tarikh penting. Penting kerana ia akan mencorakkan apakah bentuk Malaysia untuk tempoh 50 tahun akan datang. Kita telah menyaksikan Malaysia dalam rangka 50 tahun kemerdekaan. Samada anda berpuas hati atau tidak, terserah. Tetapi saya yakin dan percaya bahawa Malaysia mempunyai potensi yang sangat cerah sekiranya diurus dan ditadbir dengan kompeten.

Tidak kiralah siapa yang bakal anda pilih. Samada calon pemerintah atau pakatan pembangkang, samada calon kacak atau tidak, samada calon itu bersih atau korup, terpulanglah. Pun begitu sematkan azam dalam diri anda agar undi anda yang satu itu berjaya memainkan peranan ke arah pencerahan masa depan Malaysia, untuk anda, keluarga anda, dan rakyat Malaysia lainnya. Bukan menggelapkan masa depan Malaysia dan anda.

Saya tidak ada masalah siapapun yang menang, andai itu suratan Ilahi melalui pilihan rakyat secara majoriti. Tetapi saya akan sedih sekiranya siapa saja yang menang itu, tidak kiralah di pihak mana sekalipun, meraih kejayaannya melalui satu bentuk sistem yang busuk lagi membusukkan.

Pun begitu saya percaya, Allah itu Maha Adil. Firaun dan Namrud diberi ruang oleh Allah SWT untuk berkuasa meskipun mereka zalim, akhirnya Firaun tenggelam di Laut Merah, Namrud tewas dek penangan seekor nyamuk.

Tanggungjawab sebagai rakyat dan hamba Allah akan saya sempurnakan pagi ini, insyaAllah. Semoga segalanya dalam peliharaan Allah hendaknya.

Filed under: Catatan

nahdah@twitter

  • selesai mengunjungi ADUN Batu Caves di Pejabat Dun. | 3 days ago
  • pelik kenapa kematian Tawfiq Noorzan tidak diperjuangkan spt mereka perjuangkan keadilan utk Teoh Beng Hock.bukankah keduanya dizalimi? | 6 days ago
  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 1 week ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 1 week ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 2 weeks ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 119,052 kunjungan

Arkib