Buku ini saya beli Selasa lepas dan saya habiskan sepanjang malam. Karya terbaru Ramlee Awang Murshid ini kembali bermain dengan elemen mistik,dicampur dengan suntikan elemen saintifik dalam pengolahan ceritanya.
Ceritanya mengisahkan Arif yang berkahwin dengan Karmila, dihadiahkan sebuah banglo yang dinamakan Vila Sunyi di pinggir Cameron Highland oleh abang Arif, Arafat. Mereka tinggal bersama-sama pembantu rumah, Bu Jainab. Arif yang merupakan seorang pakar hortikultur telah mengusahakan kacukan 2 jenis bunga yang kemudiannya dinamakan Ungu Karmila, diambil sempena sifat bunga itu yang unik dan juga sebagai tanda kasih Arif buat Karmila.
Pun begitu entah bagaimana keluarganya berantakan disebabkan terdedahnya rahsia Karmila yang pernah mempunyai hubungan dengan Arafat. Semua terbunuh dalam satu insiden, yang disifatkan sebagai Tok Batin perkampungan orang asli berhampiran banglo Arif sebagai amukan puaka kerana Arif mengambil bunga dari satu kawasan larangan di kawasan hutan sekitar kawasan itu.
Arafat yang terkesan dengan insiden itu, mengarahkan agar sekumpulan 3 orang penyiasat paranormal dan 2 orang sahabat, Dino dan Kamarul untuk menyiasat punca sebenar kematian Arif sekeluarga. Di banglo itu mereka terserempak dengan Ema, gadis orang Asli berpelajaran tinggi yang turut sama masuk ke banglo itu untuk mencari punca kematian abangnya Jikon yang menemui ajal di tempat yang sama.
Sewaktu mereka menjalankan siasatan, ‘puaka’ seolah-olah bangun merasuk mereka. Datanglah Dr Ismadi, penyelia Ema di UPM untuk menjejaki Ema. Kesemua penyiasat paranormal seolah-olah dirasuk dan terbunuh, termasuklah Kamarul dan Ema. Hanya Dr Ismadi dan Dino yang terselamat dan kemudiannya berjaya melarikan diri.
Dr Ismadi kemudiannya menjalankan penyelidikan ke atas Ungu Karmila yang disifatkan sebagai punca kematian semua mangsa sebermula kematian Arif sehinggalah kematian kumpulan penyiasat termasuklah Ema. Dan terungkailah misteri di sebalik kacukan bunga pembunuh itu.
Buku ini saya sifatkan sederhana, dan saya bersetuju dengan Ramlee bahawa karya terbarunya ini bersifat anti-klimaks. Misteri di sebalik novel ini terungkai seawal penceritaan mengenai kacukan bunga ini yang mengakibatkan kesan serius kepada sesiapa yang mendekati bunga tersebut.
Cuma ia dipanjangkan dengan plot-plot yang digabungkan menjadi sebuah novel.
Beberapa persoalan tergantung. Apakah sebenarnya yang menjadikan Ungu Karmila beracun sedemikian rupa? Mengapakah kisah Osman, individu yang mengupah Bado untuk membuang saka di rumah Kuala Selangor tidak dihabiskan dengan baik dan kekal tergantung?
Saya bukan mahir untuk menilai penulisan kreatif. Maka pastinya hujahan saya ada lompong di mana-mana. Tetapi sebagai peminat karya-karya Ramlee, saya mengharapkan sebuah cerita yang lebih baik menanti lewat karya beliau akan datang, Hijab Sang Pecinta iaitu penamat Trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu.
Filed under: Buku, Reviu , Buku, Ramlee Awang Murshid, Ungu Karmila
cam best je..dah lama tak baca buku melayu cam ni
syia,buku-buku genre thriller berbahasa melayu memang ada,tetapi kurang berbanding buku-buku novel cintan.
Ramlee adalah antara yang paling prolifik menghasilkan novel-novel genre thriller di Malaysia.
Uhummm setuju sahaja…
Salam Kenal, dari Teratak Nurani…
Kawe pernah baca satu sahaja karya RAM, Pei Pan. Adik kawe suka sangat dengan RAM
Ramlee Awg Murshid merupakan penulis dr Sabah yg sangat berbakat. Trust me, tidak rugi membaca buku hasil tulisannya. Rugi kalau tak baca MANDATORI, TOMBIRUO, SEMANGAT HUTAN, TOMBIRUO TERAKHIR. Kalau berpeluang baca semua bukunya pun bagus.
salam kenal dari saya…semua novel karya RAM mmg best
novel ramlee kali ini (ungu karmila) kurang mendebarkan. sebagai seorang peminat novel triller, saya tak dapat rasakan perasaan ingin tahu yang membuak-buak semasa membaca novel ini kerana telah mengagak the ending of the story..hopefully,ramlee boleh menulis cerita yang lebih hebat lagi…teruskan menulis.setiap karya ramlee,saya nantikan…
SATU DALAM SEJUTA.RAM IALAH PERMATA DI LIMBAHAN.KARYA BELIAU TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK…SEMOGA PENULIS DI MALAYSIA LEBIH MENJURUS KE ARAH TEMA YANG LAIN SELAIN TEMA CINTA SHJ..TERUSKAN KECEMERLANGANMU,RAM..
Saya dh mendngr smua komen dari para pembaca novel ini.apapun sya ingin membacanya sendiri untuk mengetahui kisah disebalik ungu karmila ini……
saya pun baru shj menghabiskan novel Ungu Karmila dan saya sependapat dgn saudara. novel ni “just ok…” dan tidak dapat menandingi novel-novel RAM sebelum ni. Saya memang peminat setia novel RAM dan setakat ini semua novel hasil RAM telah menjadi koleksi peribadi saya. saya tak sabar nak menunggu novel kesinambungan bagi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. This trilogy is the best among the best!!
saya pengemar novel Ramlee. Tiada yang tidak dibeli dan dibaca. Semuanya menjadi koleksi saya. Baru smlm saya menamatkan pembacaan Ungu Karmila. Walaupun seronok dibuai adegan mistik dan misteri, namun Ungu Karmila tidak sehebat novel-novel Ramlee yang sebelum ini, yg lebih membejatkan pemikiran. Ungu Karmila unik kerana misteri sekuntum bunga-idea yg bagus, tetapi pembaca telah mendapat jawapannya sejak awal pembacaa. Kurang thrill… Apa pun, tahniah atas penerbitan ini. Saya pasti menanti buku Ramlee yang lebih hebat.
tahniah ramlee! 1 lg karya menakjubkan dr anda.saya dah baca hatiku di harajuku,bagaikan puteri,cinta sang ratu,ungu karmila,satu janji,dan rahsia perindu.hatiku di harajuku,bagaikan puteri,dan cinta sang ratu memg best!! semoga haryani dapat bt pilihan yg tepat.sunan atau dani….tak sabar tunggu kesudahannya dalam hijab sang pecinta.
wah bestntye tak sabar nak tunggu hijab sang pencinta!!
ala haryani nak buat pilihan ke.. janganlah tak payah pilih . buat ape nak buat pilihan sedangkan sunan da tak wujud lagi waktu tu.
Saya adalah salah seorang pembaca baru karya RAM…terus terang sebelum ini saya jarang membaca karya penulis tempatan….jika RAM teruskan menulis karya yang lebih cemerlang…tidak keterlaluan jika saya labelkan beliau sebagai STEPHEN KING Malaysia
tgh tunggu karya terbaru,trilogi Bagaikan Puteri.Ya lah,ungu karmila xsebagus novel2 trilogi sebelum ni.Apapun,tetap enjoy membaca karya Ramlee.
“…tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN, pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan…” ~kisah cinta dua zaman~
ungu karmila masih dalam proses pembacaan saya. dalam masa yang sama saya masih mempunyai banyak persoalan mengenai rumah Osman yang berpuaka. apakah sebenarnya yang berlaku dirumah Osman dan pada dirinya. jalan cerita di dalam novel ini memang menarik walaupun plot-plot untuk jalan cerita kepada satu motis iaitu ungu karmila agak memeningkan. disini saya yang kurang mahir dalam memberi komen tentang penulisan Ramlee Awang,saya dapati hasil karyanya banyak berbentuk karya sastera walaupun berciri novel alaf 21.
namun saya berpuas hati dengan cerita ini kerana mempunyai unsur-unsur misteri dan mistik. saya harap pada keluaran seterusnya setiap persoalan pada jalan cerita terjawap.
saya pun peminat RAM.. semua novel beliau dah dimiliki..
salam perkenalan…
aku juga sama seperti anda dan juga rakan2 yang lain…
peminat RAM…
x sabar tunggu Hijab Sang Pencinta…
semoga ianya lebih lebih lebih memuaskan berbanding Ungu Karmila.
nak sangat baca ungu karmila. jap lagi gi beli… semua novel ram saya baca tq ram
ehem..ehem..
series!!buku ni mmg best!!
akak sye adiah kan kat sye koz saye sgt minat ramlee awang murshid
so far..saye paling suke BAGAIKAN PUTERI and CINTA SANG RATU!
both were fantastic!!!!
i love ramlee awang murshid!!!
saya setuju dgn kebanyakan komen saudara/ri.
ceritanya anti klimaks.. ending yg sudah dapat dijangkakan.. saya sendiri cukup meminati RAM sejak kali pertama membaca karyanya – satu janji.
debaran ketika membacanya tak sama dengan bagaikan puteri dan cinta sang ratu…. so, kita sama2 nantikan tulisan yg seterusnya > HIJAB SANG PENCINTA!!
salam….
Eh, bu Jainab pon ada kat sini?
dah tulis diari ke ari ni bu jainab?
Ia makan untuk hidup, ia berhenti sebelum kenyang!
hehe…(pengaruh ungu karmila dah meresap)
sy tlah mmbaca novel “ungu karmila”..
critanya mnarik..
ttapi tdak mndebarkn..
mungkin bleh dperbaikki lgi..
but ttap BEST..
“ungu karmila”
-dia mkn untuk hidup tetapi tidak pernah minum-
ape2pun karya die mmg masyuk!! i like…
Salam….
Ungu Karmila memang menarik. Tapi apa yang lebih menarik ialah novel terbaru Ramlee Awang Murshid berjudul Hijab Sang Pencinta, trilogi Bagaikan Puteri bakal berada di pasaran 31 Ogos 2008. Jadi, tunggu!
Salam perkenalan, Hasif Hamsyari.
bleh join http://www.simurl.com/ram kelab peminat novel ramlee awang murshid.. abg ramlee pun selalu online.. roger..
ADAKAH LAKSMANA SUNAN BETUL2 WUJUD DLAM SEJARAH NEGERI ACEH?
BEST WO BKU U
Salam.
Saya orang Singapura susah sangat nak cari buku Ramlee Awang Murshid, tetapi dapat beli buku Ungu Karmila. Karyanya agak mendebarkan tetapi untuk saya, the best book is Bagaikan Puteri. Baru habis baca semalam. =)
lagi Satu…. Kalau LAKSMANA SUNAN keluar MOVIES… Dah Tentu KALAH LORD OF THE RINGS… Pastikan Yang Terbaaaiks….. R.A.M.
Fikir Lah YANG BAIK PASTI AKAN MENANG… Subhanallah – KALAU AWAN DAPAT DICAPAI MAKA SAKTILAH HAMBA. Kalau LAKSMANA SUNAN keluar MOVIE…Dah Tentu Memenuhi Kehendak Peminat… pioowwitttsss…..
nazihah.. kalu baca bagaikan puteri mmg x lengkap kalu x habiskan cinta sang ratu dan hijab sang pencinta.. mmg best gler… ekekekek.. selagi x habiskan 3 buku mmg x lena tdo lah?
ungu karmila mmg susah nak dpt kat pasaran.. selalu x de stok.. even saya kerja kat libry pun payah,,, huhuhuhu tp dpt beli mikhail kat kl book fai baru ni… mmg best btl cter dia..
ramlee awang murshid ni mmg best lah…
to nasi kukus.. kesian kat haryani tau.. ending yg agak mengecewakan… tp ttp puas hati… sunan… kalau la ade lelaki seperti sunan… bahagianya hidup.. dani pun ok lah….
semoga ram dpt melahirkn lagi byk novel yg bgs.
x sabar tggu 9 nyawa..