Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Beranikah Artis Pamer Sokongan Terbuka Kepada Pembangkang?

Membaca laporan Malaysiakini 3 hari lepas, saya sekadar senyum sinis sahaja. Sedikit sorotan berita tersebut diturunkan:

Pelakon, pelawak bersama BN
Feb 25, 08 10:58pm
Kedua-duanya bernama Aziz, kedua-duanya bergelar Datuk. Seorang pelakon dan pelawak veteran manakala seorang lagi calon Barisan Nasional.

Mereka adalah Aziz Sattar dan Aziz Sheikh Fadzir.

Aziz, 81, mahu membantu Aziz berkempen di kerusi parlimen Kulim/Bandar Bharu kerana terhutang budi kepada abangnya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Ahmad.

Abdul Kadir juga penyandang kerusi itu untuk beberapa penggal.

“Sebagai rakyat negara ini yang cintakan keamanan saya sokong BN kerana itu saya telah berada di Serdang selama empat hari untuk membantu calon BN Datuk Aziz Sheikh Fadzir,” katanya.

Dalam amalan demokrasi, tidak ada masalah untuk menyokong mana-mana parti atau calon, asal saja mereka ada kepercayaan kepada calon dan parti yang disokong, itu sudah memadai. Tetapi ‘demokrasi’ dalam konteks ini pincang di Malaysia.

Di Amerika Syarikat, golongan artis mempunyai hak menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana ahli politik, tanpa mengira mereka pemerintah atau pembangkang. Di Amerika, ikon pengacaraan TV, Oprah Winfrey secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon Demokrat, Barack Obama.

Bukan sahaja Oprah, malah George Clooney, Matt Damon, Ben Afleck, Sharon Stone dan lain-lain selebriti terkemuka Amerika menyatakan sokongan kepada Obama. Laman web ini menjadi bukti.

Demikian juga halnya dengan Rajnikanth, superstar Tamil Nadu yang acapkali mengambil pendirian berbeza pendapat dengan pemerintah Tamil Nadu, dengan menyatakan sokongan kepada pakatan Dravida Munnetra Kazhagam-Tamil Manilla Congress [DMK-TMC] pada era 90-an.

Tetapi di Malaysia, sokong pembangkang adalah bahana buat artis. Lihat sahaja Helmi The Gimmick. Dahulu mukanya terpampang dalam video Laungan Reformasi dengan menjeritkan ‘Get lost Mahathir!’, tetapi apabila dilaporkan media, terus terkedu itik menafikan.

Amy Search sebelum ini dikhabarkan diziarahi oleh pimpinan pemuda PAS Pusat,sebagaimana yang saya baca di blog anak Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Abduh. Tetapi bila dicium media, maka mulalah Melodi menghangatkan keadaan dengan menghantar Michelle menemuramah Amy, kononnya menanyakan benarkah Amy kini bergiat dalam politik ekstrem. Masya-Allah! terima tetamu pun ekstrem!??

Sama juga halnya dengan Mawi. Satu Malaysia tahu sewaktu Mawi ‘diterjah’ Astro semasa mula-mula AF3 disiarkan, poster Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang tergantung di satu sudut rumahnya. Tetapi lawatan kedua dibuat selepas Mawi menang, tak ada pula poster tersebut.

Tetapi saya puji profesionalisme Mawi kerana sewaktu ‘diperangkap’ untuk menyertai Putera Umno dahulu, Mawi mengatakan ’saya neutral’. Beliau juga berani untuk tampil dalam Konsert Tautan Kasih anjuran kerajaan PAS Negeri Kelantan beberapa tahun dahulu. Alhamdulillah rezeki Mawi berlimpah ruah, tidak pula disekat.

Artis blues Malaysia, Ito Blues Gang antara sekerat dua artis yang menyatakan sokongan kepada pembangkang. Sekarang pun tak dengar cerita.

Lain pula halnya dengan Maya Karin. Beliau tidak ada dosa pun, tetapi menjadi panel dalam Forum anjuran Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan imejnya tercalit ‘dosa’ di mata pemerintah. Apa yang berlaku kemudian, Maya tidak dipanggil untuk menyertai roadtour 1957: Hati Malaya yang kebetulan Maya menjadi antara pelakon utamanya. Kononnya Maya ada agenda politik. Demikianlah sempit politik Malaysia.

Pada saya, sokonglah parti mana-mana pun. Tetapi apabila ada yang menyokong selain daripada yang dominan, janganlah disekat dan diancam.Itu bukan demokrasi kita (haha..pinjam Suhaimi Meor Hassan punya lagu!).

Saya tertunggu-tunggu juga, adakah artis tempatan yang akan secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim ataupun Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ataupun lebih kritis, menyatakan sokongan dan kempen terbuka untuk mana-mana parti pembangkang.

Filed under: Analisa, Hiburan, Kritik, Politik

Santai Pilihanraya [3]

Semoga ini boleh mengurangkan sakit kepala menonton RTM dan TV3.
Layaan~

Filed under: Santai, Video

Duti Setem: Apa Lagi Helah Penipuan SPR?

Saya menjangkakan blog ini tidak akan dikemaskini dalam tempoh yang agak lama memandangkan bahang pilihanraya sangat dirasai. Pun begitu, beberapa kekeliruan yang berlaku sepanjang penamaan calon pada hari ini sikit sebanyak menyebabkan saya tidak senang duduk untuk sekadar berdiam tanpa memberi pendapat saya.

Antara berita hangat sebagai pemula pagi ini ialah kemenangan BN tanpa bertanding di beberapa kawasan, iaitu 7 Parlimen dan 2 DUN. Salah satu DUN yang BN menang tanpa bertanding adalah di DUN Sementa melalui Abd Rahman Palil.

Laporan yang saya peroleh daripada Tranungkite.net:

Rahman Palil menang tanpa bertanding DUN Sementa
24/02/2008 11:00am

SHAH ALAM 24 Feb. _ Exco Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil menang tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di bawah kawasan Parlimen Kapar.

Sehingga tempoh pencalonan ditutup pukul 10 pagi ini, beliau satu-satunya calon yang tampil mengemukakan kertas pencalonan di pusat penamaan selepas tidak ada calon pembangkang mahupun bebas yang tampil.

Calon asal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suzaimi Salam tidak hadir sementara calon pengganti ditolak pencalonan ekoran borang akaun bersumpah 5A tidak lengkap kerana tidak ada duti setem.

Saya tidak mahu ulas tentang calon KeADILan yang tidak hadir. Biarlah dia dan Allah saja menyelesaikan ‘hutang’ itu di atas muka bumi. Yang menjadi pertikaian adalah kononnya calon pengganti tidak boleh bertanding kerana borangnya tidak ada duti setem.

Arahan tergesa-gesa SPR mengenakan duti setem ini sememangnya dibantah keras oleh pembangkang, apatah lagi ia dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Datuk Mustafa Ali di Malaysiakini, peraturan ini adalah sangat tidak adil buat semua parti. Tetapi saya melihat ini seolah-olah satu usaha mengekang pembangkang secara ’serang hendap’, khususnya calon pembangkang di Pantai Timur (lihat berita Harakahdaily).

Pemantau pilihanraya bertauliah, Mafrel juga menyelar tindakan SPR ini melalui Timbalan Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh.

Pun begitu, atas kepatuhan pada peraturan, maka peraturan ini diikut juga oleh pembangkang agar kemenangan ini berada dalam ‘ketaatan kepada undang-undang’.

Pun begitu cerita berbeza berlaku hari ini, sewaktu penamaan calon. Dalam keadaan calon pengganti di DUN Sementa dinafikan hak kerana duti setem, di Parlimen Titiwangsa lain ceritanya apabila bantahan yang dibuat calon PAS, Dr Lo’lo Hj Ghazali tidak dilayan SPR.

Hal yang sama berlaku di Parlimen Marang apabila kelima-lima calon BN tidak menunaikan duti setem sebagaimana yang diarahkan. Apabila bantahan dibuat, katanya arahan tersebut telah digugurkan pada 23hb Februari 2008 tanpa memaklumkan kepada pembangkang!

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mempertikaikan ketidakadilan yang berlaku ini, dengan menyifatkan ini ada hubungkait dengan masalah calon yang berlaku di kalangan Umno Terengganu seperti dilaporkan Malaysiakini.

Difahamkan, PAS Terengganu akan mengemukakan saman atas peraturan mengelirukan ini. Lapor Harakahdaily:

Timbalan Pesuruhjayanya, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong, berkata pihaknya akan menyaman SPR yang mengeluarkan surat peraturan mengarahkan mereka yang mahu bertanding dalam pilihan raya kali ini, menyerahkan borang mereka dengan dikenakan duti setem

Beliau yang berkata demikian ketika ditemui selepas penamaan calon di Kompleks Seri Iman di sini, tengahari tadi, menyifatkan SPR ada niat buruk terhadap pembangkang.

“Sebaliknya apabila berlaku insiden di Marang di mana kesemua lima calon Barisan Nasional (BN) mengemukakan borang tidak berduti setem, dan apabila bantahan dibuat, tiba-tiba SPR mengeluarkan surat yang didakwa bertarikh 23 Februari memansuhkan surat arahan itu yang dikeluarkan pada 21 Februari,” ujarnya.

Surat arahan pertama turut menyatakan mereka yang tidak berbuat demikian boleh dibatalkan menyertai pertandingan pilihan raya umum kali ini.

“Kita telah mengemukakan bantahan tersebut ke atas lima calon BN di Marang, bagaimanapun ditolak oleh SPR dengan mengemukakan alasan baru iaitu surat bertarikh 23 Februari, memansuhkan surat arahan 21 Februari.

Bagaimana ini boleh berlaku? Kita tahu di Kuala Lumpur cuti hujung minggu,” ujarnya.

Sekiranya calon-calon BN di Parlimen Titiwangsa, Parlimen Marang dibenarkan untuk menggunakan ‘arahan terbaru SPR’ itu, kenapa calon pengganti di DUN Sementa dinafikan haknya untuk bertanding atas kegagalan yang turut dilakukan oleh calon BN?

Kenapa perlu wujud double standard dalam hal ini? Kelihatan padang permainan semakin tidak rata.

Dan ingatlah, ini hari pertama. Kita bakal mengharungi 13 hari lagi untuk menyaksikan apakah bentuk landskap politik tanah air. Dan kita menantikan juga apa lagi yang bakal dicelarukan..

Saya tidak ada masalah siapapun memerintah negara, asal saja kepimpinan itu berwibawa dan mandat itu diperoleh secara sah dan suci daripada rakyat, dengan padang permainan yang rata dan saksama. Tetapi perkembangan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam diri saya, apa lagi helah SPR selepas ini?

Moga Allah melindungi perjalanan pilihanraya umum ke-12 ini sebermula esok.Amin.

Filed under: Analisa, Kritik, Politik

Santai Pilihanraya [2]

senyum03.jpg

Filed under: Santai

Santai Pilihanraya [1]

senyum021.jpg

Filed under: Santai

nahdah@twitter

  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 9 hours ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 day ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 day ago
  • Player Negeri 9 dok jatuh je..Ngelat ke? | 1 day ago
  • RT @Khairykj: Do NOT watch EPL tonight. Negeri Sembilan vs Kelantan. Malaysia Cup final. RTM1 8.45pm. The only game that matters. | 2 days ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,368 kunjungan

Arkib