Bila Khairy Jamaluddin, seperti yang dilaporkan Bernama menasihatkan rakyat agar tidak terperdaya dengan politik ‘kalau’ pembangkang, maka saya sedikit celaru dan melihat ini satu bentuk ketakutan baru yang dialami pimpinan pemerintah.
Mutakhir ini, kelihatan pembangkang khususnya PAS dan KeADILan begitu agresif menyatakan komitmen mereka untuk mempermudahkan kehidupan rakyat Malaysia dengan menjanjikan penurunan kos sara hidup termasuklah pendidikan percuma, bekalan air percuma dan juga penurunan harga petrol termasuk barangan-barangan lain.
Dalam keadaan segenap lapisan rakyat mengeluh mengenai kos sara hidup yang begitu membebankan, pastinya jaminan di atas bukan sesuatu yang sukar difahami.
Tetapi melihat kepada budaya politik ‘kalau’ ini, saya fikir bukan sahaja pembangkang, pemerintah sendiri pun ‘berkalau’ di saat mereka menghenyak negeri Kelantan agar kembali diperintah mereka.
Lihat entri saya sebelum ini sebagai satu fakta sokongan. Demi memastikan kemenangan di Kelantan, mereka juga ‘berkalau’. Orang-orang Kelantan juga sudah mangli dengan ayat ‘berkalau’ di bawah:
“Kalau menang di Kelantan, Kelantan akan jadi Pusat Ketamadunan Islam.”
“Kalau menang di Kelantan, bayaran parking kereta di Kota Bharu akan jadi termurah di dunia.”
“Kalau menang di Kelantan, masjid akan dibina ibarat cendawan tumbuh di sekitar Kelantan.”
Budaya ‘berkalau’ ini adalah sifat semulajadi mana-mana parti politik dan politikus untuk memenangi sokongan rakyat. Mereka ‘berkalau’ untuk menyakinkan rakyat, supaya mereka memperoleh kuasa untuk merealisasikan fakta ‘berkalau’ tadi.
Maka tidaklah menjadi satu kesalahan buat pembangkang sekiranya mereka ‘berkalau’. Itu proses biasa dalam turun naik politik.
Kata Khairy:
Beliau berkata telah terbukti bahawa pembangkang yang tidak pernah mentadbir negara hanya mampu menabur janji kosong sedangkan tidak pernah cuba membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama isu kenaikan harga minyak, harga barang dan kos pendidikan.
Memanglah pembangkang tidak pernah mentadbir negara, jadi tak salah rakyat beri ruang untuk mereka mentadbir sekali. Kalaulah betul pembangkang sekadar menabur janji kosong, apakah KJ lupa bahawa cuti 2 hari seminggu, cuti 90 hari buat wanita bersalin sebagaimana yang dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan menjadi ikutan Pusat?
Pembangkang juga pernah melaungkan pendidikan percuma dalam Manifesto BA 2004, dan kelihatan ini diikuti pemerintah (walaupun percuma dari konteks slogan,perlaksanaan makin mahal!) sebagaimana yang diumumkan PM dalam Bajet 2008 September lepas. Ini membuktikan pembangkang boleh menyumbang idea, sekiranya ada ruang diberikan kepada mereka.
Kelihatan sekarang, apa sahaja yang ‘dikalaukan’ pembangkang, ia akan menjadi satu isu untuk diulas. Bila pembangkang ‘berkalau’ dalam isu penurunan harga petrol, mereka menyanggah negara akan bankrap. Bila pembangkang ‘berkalau’ untuk memberikan pendidikan percuma, mereka memandang sinis bahawa tidak ada yang patut diberi percuma. Bila pembangkang ‘berkalau’ dengan negara kebajikan, mereka menyinggung kononnya pembangkang akan memerintah Malaysia hanya sepenggal lantas negara terus bankrap.
Maka saya akhiri dengan hujah Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ceramah beliau di Sungai Petani:
“Mahu beli kapal terbang untuk PM ke luar negara? Mahu beli kapal selam? Mahu naikkan gaji menteri? Mahu buat hospital? atau mahu buat sekolah untuk rakyat? Mana yang saudara akan pilih?
Saya tak fikir itu satu soalan yang sukar untuk dijawab kalau pembangkang terus ‘berkalau’.
kita tak boleh berkalau-kalau sangat kerana bila ada unsur kalau syaitan akan masuk. yakin terus dan serah pada allah
Setuju,berkalau sangat pun boleh jadi leka. yang penting rasional dan realistik.
selebihnya serah pada Allah selepas usaha.
terima kasih kerana singgah!
dalam hal ini, kerajaan sebenarnya tercabar dengan ‘kalau’ pihak pembangkang. andaikata kerajaan menang tipis kelak, mesti ramai rakyat akan menyesal kerana pembangkang merupakan pilihan terbaik untuk membela taraf ekonomi mereka.
pembangkang memang suka berkalau..kalaulah pembangkang kalah.. kalaulah pembangkang lingkup..kalaulah pembangkang xder dalam arena politik..kalaulah pembangkang jadi pencadang..kalaulah pembangkang bantu kerajaan pulih ekonomi..kalaulah pembangkang berhenti membangkang…tentu xder dah kata-kata kalau ni…sebab orang yang tiada keyakinan dan tak berkemampuan saja yang suka ‘berkalau-kalau’ ni..
beri ruang kondusif untuk mereka realisasikan ‘kalau’ mereka itu.
Sekiranya mereka gagal, hukum mereka.
Amerika Syarikat menyaksikan Demokrat dan Republikan saling bertukar ganti, Demikian juga di England dengan Buruh dan Konservatifnya. tidak pula wujud masalah. Rakyat diberi ruang yang baik, demikian juga parti-parti lain.
Jika mereka ‘berkalau’ tak dibenarkan, berorganisasi dihalang, beraktiviti dirempuh, mana dia nilai demokrasi yg menjamin hak majoriti dan minoriti?
Mindset yang tidak suka dengan “berkalau” ini mindset absolutisme, autoritatif dan satu hala. Kod komputer pun bersifat demokratis, ada if-then-else, carta aliran kerja pun berkalau. Diktator Itali Mussolini menghukum mati pengurus keretapi yang tiba lewat, berjaya menghapuskan istilah kalau. Memperlekehkan berkalau bermakna menghapuskan pilihan, alternatif. Tidak ada pilihan melainkan BN, atau hadapilah bencana, begitulah maksud yang tersirat. Allah dikatakan Maha pemurah kerana memberi pilihan —-berkalau—-> kalau datang haid, jangan puasa, kalau miskin tak wajib haji, kalau bodoh, belajarlah………….bayangkan hidup tanpa berkalau…..bolehkah?
kalau asyik tidur masa majlis, berhentilah…
kalau asyik ikut cakap menantu, berhentilah…
kalau asyik berkepit dengan bini baru, berhentilah…
kalau asyik merapu ketika diwawancara, berhentilah…
kalau terlalu bahalol utk memimpin, undur LAH!