Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Apa Rasional Parti Mahasiswa Negara (PMN)?

pmn.jpg

Semalam saya mendapat panggilan daripada sahabat saya, Najwan semalam berkenaan penubuhan Parti Mahasiswa Negara (PMN). Terkejut dengan perkembangan ini, saya cuba menghubungi beberapa teman lain untuk mendapatkan kesahihan mengenai PMN ini, di samping cuba mendapatkan informasi di media internet.

Cuba ada 2 sahaja liputan media internet yang dapat saya capai berkenaan penubuhan PMN ini, satu di Mstar dan satu lagi di Malaysiakini versi Bahasa Cina. Manakala Malaysiakini.tv ada menyiarkan video berkenaan kenyataan wakil PMN yang menghantar delegasi ke Pejabat SPR semalam.

PMN khabarnya mahu meletakkan calon bebas di beberapa kawasan di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Asas penubuhannya, menurut jurucakap PMN, Mior Isfandy Mior Azizan:

“Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka.

“Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalam tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas.

“Pembincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak..”

Saya sedikit keliru dengan penubuhan PMN ini. Bukanlah bermaksud saya menafikan hak mahasiswa untuk bangkit, malah kita perlu mengakui asakan mahasiswa adalah asakan berbisa seperti mana yang boleh kita lihat dalam era 60an dan awal 70an, sehingga membawa kepada penggubalan AUKU pada 1971 dan pindaan AUKU yang lebih mencengkam dan bersifat ‘membunuh’ gerakan mahasiswa pada tahun 1974.

Cuma timbul pertikaian mengenai rasional penubuhan PMN. Dan hujah-hujah di atas juga, pada hemat saya, kelihatan longgar untuk meraih sokongan rakyat.

Saya meragui kenyataan di atas yang mana wujud sikap prejudis kepada parti-parti politik yang wujud – pemerintah mahupun pembangkang- dalam landskap poliik Malaysia. Saya juga hairan, dalam keadaan PMN ditunjangi Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung atau lebih dikenali sebagai Gamis (berdasarkan informasi daripada teman-teman) pimpinan PMN ini mencemuh PAS.

Gamis sendiri menjalani kaderisasi secara langsung dan tidak langsung dari sistem tarbiyah PAS, justeru tidakkah ini menggambarkan bahawa PMN sendiri bersedia untuk ‘membadutkan’ diri dalam landskap politik Malaysia, sebagaimana yang dihambur oleh mereka ke arah PAS.

Pertikaian mengenai perbahasan antara pemerintah dan pembangkang hanya tentang perkara remeh dan tidak mengesani hak rakyat yang tertindas juga kelihatan sangat dangkal. Apakah isu-isu yang dibangkitkan oleh pimpinan pembangkang seperi PAS dan KeADILan tidak memfokuskan hak rakyat?

Isu-isu berkaitan keadilan sosial dan penindasan ekonomi dan politik yang acapkali dibangkitkan oleh pembangkang jelas menyentuh isu-isu rakyat, yang mana mauduk utama adalah kesedaran rakyat tentang hak mereka yang dicabul dan keperluan rakyat untuk bangkit merubah keadaan mereka tanpa mengamalkan budaya ‘angguk-angguk geleng-geleng.’

Dalam keadaan pembangkang tidak ada ruang yang kondusif untuk memainkan peranan yang sewajarnya, mereka sedaya upaya berfungsi untuk mengenengahkan isu-isu rakyat agar rakyat faham akan situasi sebenar.

Meminjam kata YB Datuk Husam Musa sewaktu beraksi dalam Debat Perdana RTM ketika dulu, “Kalau ikat kaki dan tangan, lepas tu suruh berenang, itu memang sukar diterima akal.” Ini realiti yang membungkam pembangkang di Malaysia.

Pembangkang tidak boleh mendapat peruntukan pembangunan meskipun mereka YB atau kerajaan negeri, mereka tidak boleh menyebarkan maklumat melalui media arus perdana hatta media mereka sendiri ditekan dan dikekang, hak mereka berhimpun dan menyebarkan maklumat dikawal undang-undang. Wajarkan pembangkang dipersalahkan bulat-bulat?

Ditekankan oleh Meor Isfandy lagi:

Beliau juga menggesa kerajaan agar mengambil berat tentang hak-hak rakyat memandangkan kekerapan berlakunya perarakan dan demonstrasi jalanan sejak akhir-akhir ini.

Bagi parti pembangkang, katanya, mereka perlulah memainkan peranan lebih baik sebagai penstabil kepada kerajaan sedia ada.

Beliau menegaskan bahawa gerakan itu yakin bahawa telah wujud keinginan di kalangan rakyat untuk melihat satu perubahan dalam lanskap politik negara, tetapi kekangan dan dinding penghalangnya terlalu tebal menyebabkan kekalnya status quo sehingga hari ini.

PMN mengakui bahawa wujud keperluan untuk kerajaan memainkan peranan sebenar untuk mengambil tahu hak rakyat, dan pembangkang perlu memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan. Maka apa perlu ‘dibadutkan’ pemerintah dan pembangkang? Bukankah kenyataan di atas bermaksud bahawa kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang perlu memperkemaskan dan menambahbaik keupayaan mereka demi memastikan hak rakyat terbela.

Ini membuktikan bahawa ada ruang untuk rakyat menentukan hala tuju negara melalui kedua-dua entiti berkenaan. Sekiranya pemerintah gagal mainkan peranan, pembangkang boleh menawarkan sesuatu yang lebih realistik dan mampu meyakini rakyat agar ada alternatif yang lebih baik buat rakyat.

Sememangnya tidak dinafikan, rentetan beberapa peristiwa di dalam negara sepanjang tahun 2007 memperlihatkan ada keinginan rakyat untuk melakukan perubahan. Dan telah pun terbukti ada pihak-pihak yang mampu menyediakan alternatif yang baik buat rakyat. Maka di mana kelompongan yang disebut oleh PMN?

Kita tidak boleh menafikan, selagi mana-mana pertubuhan itu bergelar parti politik, maka akan ada strategi dan taktikal politik yang rencam. Baik Umno, PAS, mahupun KeADILan ada taktikalnya untuk terus survive dalam arena politik nasional. Hatta diluaskan skop merangkumi Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia ataupun Parti Keadilan Pembangunan (AKP) di Turki, selagi mana mereka berdiri sebagai parti politik, maka tidak akan terlepas hatta sekelumitpun aktivisme mereka daripada taktikal politik. Yang membezakan hanya ideologi, samada nasionalis, demokrat, islamis, mahupun sosialis.

Malah PMN sendiri pun, seandainya mereka berdiri sebagai parti politik yang sah, apakah mereka akan berupaya mengecualikan diri mereka daripada kerencaman politik yang serba mungkin dalam landskap politik Malaysia? Mahu menjadi ‘third force’selepas pemerintah dan pembangkang itu adalah dialu-alukan, tetapi dengan menubuhkan sebuah lagi parti politik khusus untuk mahasiswa, tidak saya lihat sebagai satu langkah yang realistik.

Kenyataan di bawah juga meragukan:

Isfandy, a graduate from IIU, said the party would disregard the University and University College Act (UUCA) which prohibited students from participating in politics, claiming that the act was unconstitutional. [blog Wong Chin Huat]

PMN kelihatan mahu merempuh AUKU kerana pada mereka AUKU adalah akta yang bersifat melangkaui Perlembagaan Persekutuan. Tetapi dalam masa yang sama mereka menyatakan:

Menurut Meor, calon bebas dari kumpulan itu akan dipilih daripada kalangan graduan memandangkan kekangan Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 menghalang mahasiswa menyertai kegiatan politik. [Mstar]

Aduh, macam mana ni? Sekejap kata mahu menggempur AUKU, tapi mahu meletak calon di kalangan graduan kerana mahasiswa dikekang AUKU.

Persoalan itu terus menghambat saya untuk mencari rasional penubuhan PMN.

Filed under: Analisa, Kritik, Politik , ,

33 Responses

  1. najwan halimi berkata:

    Apakah ini petanda kebangkitan anak muda? Atau sekadar retorik kosong dan usaha meraih publisiti murah menjelang pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Saya sebetulnya ragu, apakah motif sebenar penubuhan PMN ini?

    Kenapa harus memakai istilah “mahasiswa” pada nama parti mereka ini?

  2. rastom berkata:

    Bukan terasa sesuatu yang tidak kena, malah BANYAK. Hujah penubuhan lompong laksana plot drama swasta. Dulu diwujudkan PLKN sebagai escape route, nah yang ini kemungkinan besar PLKN bah. kedua!

  3. miss_serius berkata:

    but i think this is just a ’sabo’ from BN. this mahasiswa parti was organize by Barisan leader to split up vote for the opposition.
    think guys!
    now we can see that the rakyat is more interested into giving their vote to the opposition parti. tup tup! parti mahasiswa ni keluar nak bertanding. di saat saat ntah sebulan ke dua bulan ke nak pilihanraya. hurm… hei!~ how about AUKU??
    now the mahasiswa can involve in politics?? and the gov @ university didn’t say anything? ha ha ha
    it’s clear guys!!!!~
    (just my 2 cent) :)

  4. CIKLI berkata:

    banyak sangat yang boleh dikomen dengan wujudnya parti ini… sampai bila ia boleh bertahan..

  5. jik berkata:

    meor Isfandy?????mcm biase dgr name 2…sgt ragu2 ape yng berlakun skarg..penubuhan PMN tak nampak suatu yang rasional n realistik…bleh tgk dr due perspetif..

    apakah ini agenda BN yg gusar dengan perkembangan parti pembangkang sekarang ???tidak ada care lain untuk pecahkan undi pewmbangkang..dalam soal ini mungkin parti ini akan jadiu boneka dan kuda tungggangan BN…inilah pnca kampus kita Mati…jdi pak turut dan jual maruah dan prisip.

    Perspektif kedua mungkin lebih tepat,parti ini yang sebelum ini nampak sokong pembangkang terutamanya dalam usaha mereka nak jadikan mahasiswa mempunyai fikrah patri pembangkang…..macam ada masalah dengan parti besar itu..daripada nada suara mereka nampak macam ada perselisihan faham dengan orang atas mereka katenye mcm tak puas hati situasi politik dalam parti itu yang macam ade kronisme…dan katenye parti hanya berbalah dan membincangkan hak remeh temeh…fuh macam oarang yang bergaduh dan cuba nak selindung pegaduhan itu..maka timbul lah mereka ini sudah tidak rasional…siapa lah sebenarnya tidak rasional…dalam keadaan mcm ini sebenarnya merugikan diri nsendiri dan menguntungkan musuh..sbb itu islam semakin lamah…bila dah tak puas hati…keluar…buat jemaah baru…berpecah lagi orang islam…siapa yang rugi sebenarnya…dahla UmNo-PAS tak boleh nak bersatu..tambah parah..timbul pula parti baru yang konon akan perjuangkan nasib rakyat…konon nak jadi GOLONGAN MUDA zaman Tok Kenali!!!!!

    apa yang diorang perjuangkan selama hari ini tak akan menjadi kalau bawa nafsu kita sendiri dalam perjuangan…dulu kita lah hero dipentas itu untung melaungkan perjuangan ini benar…tapi lihat lah sekarang mereka inilah yang mengkhianat….katanya mereka ini umpama ‘badut” tapi sedar tak sedar diorang in i dulu pun sokong badut gak….susah juga kita nak meramal apa akan berlaku dalam arena politik negara dalam masa akan datng…saya teringat satu hadith rasulullah s.a.w dalam buku Pembebasan wala karangan Mustafa Masyhur…lebih kurang bunyi begini..(betulkan kalau silap)…Mereka itu keluar dari jamaah(islam)..maka allah tidak menerima mereka walau pun mereka solat,puasa…sedangkan mereka menyangka mereka beriman.WAllahua’alam

  6. melayubuntu berkata:

    kesan apabila masalah tidak dihadam dengan baik..
    kerana nyamuk mengapa perlu membakar kelambu?

  7. zainulfaqar berkata:

    Mungkin memberi impak jika bertanding PRU12 di Kepala Batas @ Pekan.

    Parti adalah ‘kenderaan’ (alat). Matlamat hakiki PMN ini hanya aktivis PMN sahaja yang tahu.

    Sama-sama kita tunggu dan lihat…

    http://zainulfaqar.wordpress.com

  8. perantau berkata:

    ni puak muktazilah @ khawarij………………@syiah…….tak pun qadariah…
    suruh menuntut abis dlu ada ilmu bru laaaaaaaa…
    terjun dalam bidag politikkk…….akai ada ka…….

    sahabat..keras rasanya hujah tersebut.
    kita menunggu penjelasan PMN.
    saya sendiri menantikan rasional mereka dibentang pada khalayak.
    kemudian kita nilai apakah ia ada impak pada landskap politik negara.

  9. noor_ida berkata:

    salam perjuangan dari mahasiswa untuk mahasiswa….

    syabas n tahniah kpd mahasiswa yg tlh bangkit sedar kerana anda semua tidak lupa diri n tahu tanggungjawab anda semua sbg pemuda pemudi celik minda n hati untuk memperjuangkan hak2 rakyat..
    negara kita adlh ngr demokrasi,so mane2 pihak pun bleh ambik bahagian dlm menyatakan hasrat mrk n jg mempertahankan hak mereka…

    teruskan berjuang….

  10. rif berkata:

    Saya cuma berasa agak ‘concerned’ dengan keadaan PMN ini. Adakah dinyatakan secara jelas matlamat penubuhan parti ini, dengan kata lain, mempunyai visi dan tujuan yang jelas – seperti UMNO untuk kesatuan Melayu dan PAS untuk Islam. Jika sekadar kerana tidak puas hati dengan keadaan politik sedia ada sahaja, ditambah pula dengan kurang peruntukan kewangan, lazimnya tidak akan bertahan lama, seperti parti Semangat 46 suatu masa dahulu. Walau bagaimanapun, saya harap dengan penubuhan parti ini, akan dapat setidak-tidaknya ‘memesongkan’ tumpuan muda-mudi negara daripada gejala sosial dan budaya hedonisme. Kita tunggu dan lihat.

  11. Syafiq Sunny berkata:

    Matlamat hakiki PMN ini hanya aktivis PMN sahaja yang tahu.

    ha?

    Politik harus jelas.

    adakah korang mirip kepada Freemanson.

    mari sekarang kita lihat, siapa pelawak dalam politik negara.

  12. hajaraznam berkata:

    PMN cuba membuat pembaharuan di dalam senario politik Negara tetapi pembaruan perlulah mempunyai kajian yang menyeluruh sebelum tindakan di ambil. kalau sekadar berkata-kata ingin melihat senario politik Negara berubah dan perkara-perkara umum yang disebutkan di atas rasanya bukan golongan mahasiswa juga boleh melakukannya. sebagai mahasiswa tindakan yang ingin dilakukan juga haruslah seiring dengan level mahasiswa tersebut. pendirian haruslah tegas, nampak hala tujunya dan tindakan yang dimabil haruslah seiring dengan apa yang disuarakan dan difikirkan oleh PMN sendiri. mahasiswa adalah golongan yang dianggap bijak pandai tapi sebagai bijak pandai kita haruslah menunjukan perlakuan yang bijak dan tidak mengikut perasaan. jangan mudah melatah dan jangan mudah menjadi hakim jika PMN sendiri masih boleh dihakimi… Think before you Act and Walk what you Talk.

  13. stoneleg berkata:

    parti mahasiswa negara???
    agaknye mereka terkesan dengan kebangkitan TALIBAN di afghanistan kot…
    name pon mahasiswa…agak agak la kan…rakyat nak terima ke???
    study kasik habis dulu la pastu join memane parti yang dah sedia ada…rakyat memang nak tolong mahasiswa…tapi kalo mahasiswa tetibe nak membadutkan parti politik yang dah lame wujud…silap silap ngan rakyat sume tanak tolong mahasiswa dah…mahasiswa pon terabai dan jatuh kualiti lagi rendah dari budak sekolah rendah…
    pelik weh???nape kerajaan ngan puak AUKU tanak amek tindakan tros???muke dah ade terpampang…nama orangnye dah selalu dizikirkan…ape lagi paklah…KITE TANGKAP…KITE LAWAN….
    ke diorang ni ejen pak lah….haha

  14. PALI berkata:

    sEKURANG-KURANGNYA PMN MENJADI TAPAK UNTUK MENYUARAKAN KEHENDAK N KEPERLUAN MAHASISWA

  15. al-Marbawi berkata:

    Peranan sebagai pengimbang antara kerajaan dan pembangkang adalah suatu perkara yang agak bernas, sekurang-kurangnya bagi PMN.

    Barangkali PMN ini boleh merintis satu gerakan pembaharuan di kalangan mahasiswa di Malaysia.

    Dan juga barangkali sewajarnya PMN ini dijadikan satu gerakan bagi membetulkan mahasiswa kita masa kini yang hanyut tanpa arah tujuan.

  16. zainulfaqar berkata:

    Saya fikir kita tiada maklumat yang cukup tentang PMN. Saya fikir pandangan kita lebih sahih jika kita ada maklumat.

    PMN pun setakat ini masih tidak menjelaskan hal-hal yang kita bangkitkan. Semoga kita lebih tahu penjelasan semacam mana sepatutnya kita lontarkan kepada PMN ini.

    http://zainulfaqar.wordpress.com

  17. Khai berkata:

    kebanyakkan pandangan para komenter ternyata mengikut rasa hati dan benci kepada sesebuah pihak… jgn terlalu ikut kata hati…

  18. mrozaidi berkata:

    Ape² Je La..Tapi Kan Dari Mana Diorang Dapat Modal Wang Ringgit Untuk bergerak. Tanpa Modal Itu, Macam Mana Nak Bergerak.. Dari Mana DApat Modal Tu..Nak Kata Orang Kaya Yang Kaya Sponsor PMN Ni. Tak Mngkin..DAri Mana DApat Duit Tu..

  19. rasso berkata:

    erm… siasah oh siasah!

  20. najwan halimi berkata:

    Saya jangka hayat PMN tidak lama. Kita tunggu dan lihat sejauh mana benarnya. Parti ini lahir dari sifat gelojoh mahasiswa yg tidak rasional dalam membuat keputusan.

  21. zainulfaqar berkata:

    Parti ini lahir secara biasa-biasa sahaja. Dan mereka bertindak secara biasa-biasa sahaja. Mereka tidak lawan BA. Mereka tidak lawan UMNO/BN juga. Yang mereka lawan adalah Pak Lah.

    Kalau nak berpolitik, janganlah beremosi.

    “Sentuhan PMN ini adalah paling minima, cita-cita mereka agar impak politik mereka paling maksima”

    Ini pandangan peribadi saya selaku bekas aktivis mahasiswa.

  22. najwan halimi berkata:

    “Mereka tidak lawan BA. Mereka tidak lawan UMNO/BN juga. Yang mereka lawan adalah Pak Lah.”

    Ya udah sih! Jika ini matlamatnya, maka saya kira lebih baik mereka sertai UMNO saja. Di dalam UMNO itu sendiri pun mungkin lebih mudah utk mereka melawan Pak Lah.

    Mahu rempuh AUKU? Letakkan saja mahasiswa yg statusnya tulen mahasiswa melawan di Jeli kelak. Kita buktikan yg kita memangnya serius mahu menggasak AUKU. Jika tidak, ayuh kita sertai mereka bertepuk sorak, menggadai kampung!

  23. bulanmalam berkata:

    “Aduh, macam mana ni? Sekejap kata mahu menggempur AUKU, tapi mahu meletak calon di kalangan graduan kerana mahasiswa dikekang AUKU.”

    aku suka perenggan yang akhir ini.
    hadoi..
    penatnya..

  24. peace of mind berkata:

    perjuangan menentang auku skalipon, penyelesaian tak semestinya ngan tubuhkan satu parti baru cam PMN nih.

    kalo ikutkan la, dua2 belah pihak pon main proksi/kader dlm kampus. aspirasi la.. non-aspirasi la.

    prioriti utama dlm tindakan politik, buat masa nih, tak lain n tak bkn affliate je ngan ikhlas ngan side mn yg kita konfiden utk bertembung pendpt scr sihat.

    maksud aku kat sini, kalo kita affliate n yakin ngan side aspirasi kerajaan, sokonglah ngan ketghkan & laksanakan idea ngan saluran yg ada, bknnya mengampu je sampai terabai kebajikan kita sbg warga siswa.

    sebaliknya, kalo kita yakin & affliate ngan side non-aspirasi, berjuanglah ngan kebijaksanaan. kalo tak setuju ngan ape2 pon, utamakan musywarah, lwn hujah scr sihat & hikmah, bknnya scr terang2an hinggakan cam dah hilang adab, lbh2 lg ngan org yg lbh tua. time study, study betul2. kalo ade kelapangan masa & tenaga, tak salah kalo turut sama belajar & berkongsi ilmu sambil menimba pengalaman menguruskan kepimpinan kendiri & org sekeliling khususnya. tp, yg pentingnya, ikhlas, sabar & pengorbanan perlu ade.

    pa pe pon, di sebalik pertembungan atau konflik politik sebegini, ukhuwah sesama kita, walaupon berlainan pihak, jgnlah diabaikan. ikram sesama kita jgn diambil ringan. mn la tau, suatu hari nnt, org yg kita anggap dok musuh ngan kita, menjd asbab atau perantara pertolongan Allah nak bg kat kita ms kita btul2 susah. pastikan niat kita nih btul2 ikhlas krn nak perbetulakn keadaan, bknnya burukkan lg keadaan. lwn scr sihat, matang.. insyaAllah org lain pon bole lbh memahami perjuangan kita nanti.

  25. [...] PMN: Perlunya Elemen Rasional & Realistik Kelihatan entri saya Apa Rasional Parti Mahasiswa Negara (PMN)? mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan [...]

  26. humaira' berkata:

    salam..
    syabas buat gamis kerana berjaya mewujudkan sebuah parti politik..
    suara mahasiswa suara keramat!!
    kewujudan PMN wajar disokong..
    ada sebab ia diwujudkan..
    jgn mudah melatah..
    PMN hanya mereka yang masih dikatakan budak2..
    takkan dengan budak2 pun nak takut kan..
    teruskan perjuangan PMN!!!

    sesiapa pun boleh tubuhkan parti politik.
    berpolitik tujuan akhir adalah dapatkan kuasa, itu paling asas. kalau sekadar mahu mengisi ruang dan mengacah, jangan dimarah kalau hilai tawa jadi ganjaran.
    agenda biar jelas, jangan biar rakyat terpinga-pinga.

  27. mc berkata:

    PMN…TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MAHASISWA YANG BANGKIT DARI TIDUR YANG PANJANG…Gunakan kepintaran dan kebijaksanaan anda untuk memastikan Malaysia selamat didiami dan rakyatnya hidup aman dan sentosa…..

  28. xin nira berkata:

    TAHNIAH KEPADA MAHASISWA MALAYSIA ATAS USAHA MENUBUHKAN PNM YANG DIHARAPKAN DAPAT MENJADI TITIK TOLAK KEPADA PEMBENTUKAN SOSIOPOLITIK NEGARA YANG ADIL DAN SAKSAMA

  29. meor iszwan berkata:

    saya setuju dengan penubuhan PMN.. sekarang adalah masanya mahasiswa bangkit dan memainkan peranan untuk menyelamatkan politik dan ekonomi negara.. gunakan setiap kepandaian dan kemahiran yang ada.. bukannya seperti parti lain menggunakan wang, rasuah serta kebendaan untuk memancing undi..

    parti mana yang guna wang dan rasuah material perlu dijelaskan, adakah semua atau segelintir.
    perubahan takkan berlaku kalau bertanding sekadar satu kerusi.

  30. mujahid_bangi berkata:

    PMN perlu sedar tentang penerimaan masyarakat terhadap mereka..mmg mahasiswa ada hak, ttp perlu penilitian yang tinggi, jgn stkt nk kejar emosi an nama

  31. maldini berkata:

    Minta maaf cakapla, sebagai bekas mahasiswa yang pernah jua terlibat dalam politik kampus dan kini dalam arena profesional, penubuhan MKN tidak lebih daripada sekadar retorik semata-mata; yang mana kebanyakannya adalah angan2 kosong tanpa melihat realiti terlebih dahulu.

    Banyak lagi cara yang lebih intelektual dan bijaksana, yang menunjukkan mahasiswa kita idealis dan boleh membantu memajukan negara. Politik dan ekonomi Malaysia TIDAK PERLU diselamatkan. Kita bukannya dalam negara perang dan pemimpin korup sehingga tidak mempedulikan rakyat jelata.

    Korang yang jadi mahasiswa pun sebenarnya 80% dah dibiayai oleh Kerajaan, lebih-lebih lagi IPTA. Banyak cara yang lebih ‘cerdik’ sekiranya korang concern kepada masa depan negara.

    Tgk la anak2 cina dan india… apa yg mereka buat sekarang? get the first class degree dan work hard untuk meningkatkan ekonomi kaum mereka.
    tak cukupkah tgk anak2 melayu yang merempat tak dpt kerja….

    daripada golongan PMN ni condemm govt or opposition, aku sebagai senior nasihatkan baik korang hafalla kitab DASAR-DASAR NEGARA, DEB, dan terbaru 9 Malaysian Plan. Bnyk peluang2 dah diwujudkan, better you rally the support of all graduates mcm mana nak tolong Kerajaan membantu menyelesaikan Unemployed Graduates yang dah bertambah2 ni…… korang sendiri pun sure ke masa depan terjamin kelak>

    Takpun tolong pikir, macam mana mahasiswa boleh bantu negara dalam isu keselamatan awam skang.

    Terutama dgn cakap2 kosong nak bangkitkan Bahasa Melayu di universiti. Come on la… i got A1 in SPM tapi dlm dunia pekerjaan sekarang, kalau tak reti cakap inggeris, penulisan pun berterabur….kirim salam la….hmm teruskan la berpolitik kosong.

  32. ana berkata:

    macam mana nak dapatkan kasih sayang Allah…
    antara yang hak dan yang batil,tentulah yang batil tertolak
    dan jika yang hak tidak berjuang atas dasar untuk meraih kemenangan islam tapi hanya mahu bejuang untuk melawan maka macam mana mana Allah dengan mudah mahu menolong…fikir2kan..wahai PMN

  33. [...] VCD Pramugara Terlampau Dan Video Skandal Hakim 1,981 hits 2. Apa Rasional Parti Mahasiswa Negara (PMN)? 1,325 hits 3. Siasah Daily – Suara Alternatif Terbaru 1,301 hits 4. Rakaman Penuh Klip Video Hakim: [...]

Leave a Reply