Saya menunggu novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid ini di pasaran. Satu-satunya karya novelis Melayu yang saya beli secara konsisten sedari awal karyanya.
SINOPSIS
RUMAH itu sudah lama terbiar tidak berpenghuni. Terperosok di sebuah hutan perbukitan, tidak jauh dari perkampungan Orang Asli. Terletak satu setengah kilometer jaraknya dari jalan raya Puncak Rimba, Cameron Highlands. Dari arah luar kawasan… tiada sesiapa yang tahu di situ terdapat sebuah rumah banglo tinggal. Ia dilindungi pokok-pokok berdaun lebat dan terletak melandai ke bawah dari jalan raya. Rumah itu seolah-olah sengaja menyembunyikan dirinya untuk terus menikmati kesunyian alam.
Rumah dua tingkat itu dibina 10 tahun lalu. Ia milik sepasang suami isteri yang kelihatan bahagia menikmati hidup mereka sehari-hari. Keseluruhan rumah itu berwarna ungu. Kecuali bumbung sahaja yang berwarna biru. Ia gabungan warna terang yang kelihatan unik. Manakala di sekeliling rumah itu dibina pagar-pagar kayu yang juga berwarna ungu. Pagar bersilang dan runcing di bahagian atas, dipacak rapat-rapat dan menyamai ketinggian seorang lelaki normal.
Setelah sekian lama tidak berpenghuni, rumah itu kelihatan lusuh, walaupun masih kukuh. Akar-akar rumput menjalar di sana sini. Dari luar… ia kelihatan menyeramkan. Menurut cerita masyarakat setempat di kalangan Orang Asli – rumah itu sedang tidur sekarang. Biarkan ia tidur. Kalau ia terbangun…malapetaka pasti menimpa pada mereka yang membuatkan ia terjaga. Maka…jauhkan diri dari rumah ungu itu!
Filed under: Buku , Ramlee Awang Murshid, Ungu Karmila

Bila aku boleh pinjam Tuhan Manusia?
aku p0n ske ramlee awang murshid…………….
org mnta gilerrr….ar…ngan novel2 ramlee awang murshid…x sabar nk beli novel t’br ….Ungu Karmila…msti best gilerrrr…
saya baru habis baca Ungu Karmila pagi ni…. cerita dia menarik…. tapi masa peringkat awal (masa arif hasilkan kacukan bunga tu ) saya dah dapat agak apa sebenarnya yg buat watak-watak dlm tu jadi sasau….
saya setuju dengan tini ali,saya baru je beli unggu karmila pada 3 februari 2008,bila saja nama bunga tu disebut oleh arif,da dapat bayang2 tentang punca kecelakaan yg terjadi
maaf abf RAM,unggu karmila agajk kurang dari segi suspen,tapi pengabungan watak untuk dijadikan 1 team oleh arafat tu saya suka,namun masa silam mereka terlau panjang.doktor ismadi dan dino je yg menghidupkan jalan cerita.
saya suka ayat”masa silam yang silap”
Saya baru saja membeli buku ini dari Kinokuniya semalam. Dan berjaya dihabiskan menjelang 3 pagi!
Jujurnya, ceritanya sudah boleh dijangka dan bersifat anti-klimaks.
InsyaAllah saya ulas kemudian..
best gak…..saya suka kalau abg RAM tidak buat suspen cinta…cerita thriller seronok sikit kalau berkaitan hantu……memang rasa thrillr..dan yg paling best ABG RAM suka menggunakan plot cerita berlatar belakang hutan.macam suasan lebih menggerunkan cth tombiruo…
huhu..saya baru habiskan ungu karmila nih…best gak la…tpi xleh tanding cnta sang ratu..saya suka bila abg ram x masukkan sgt kisah cinta dlm cerita ni..anyway, saya x sbr nk tggu hijap sang pencinta..
Awal2 baca dah tau klimaks Ungu Karmila
Saya sedang baca Ungu Karmila..Tapi mcm BP & CSR lagi best..Tak sabar nak tunggu HSP
ungu karmila..best..suspen tapi tak boleh tanding cinta sang ratu..novel tombiruo terakhir pun best..sy tertnuggu-tunggu novel sambungn cinta sang ratu,tahniah abg ramlee..
sya baru jer beli ungu karmila 2 hari lepas… blom hbs baca sebab asyik terlupa nak bawa ke office.. tapi dari awal, sya ada rasa seram.. tapi, sya paling suka CSR, ADAM dan tombiruo.. tahniah buat RAM sebab menghasilkan novel yg lain dari yg lain sampaikan sya rasa x sabar nk tunggu cerita yg seterusnya.. RAM berjaya membuatkan sya setia pada penulisannya..
ape pun trilogi bagaikan puteri is the best..
tak sabar na tunggu citer t’baru….hijab sang pencinta….laksamana sunan i luv u..
sy belum lagi membeli ungu karmila tetapi sy akn mendapatkannya hari ini..
sudah lame sy nantikan karya terbarunya.rase janggal apabila sudah hampir setahun tidak membaca buah tangan RAM.
apabila membaca komen2 saudara yg da membacanya..membuatkn hati ni tidak sabar untuk mendekati Ungu Karmila..
rase nk terbang ke kedai buku skrg jg..
sy sukakan semua karya RAM.dan sy berkongsi minat ini bersama seluruh ahli keluarga sy.org kate cite RAM berat dan tidak menyeronokkan kerana tiada unsur cinta yg biase tapi sy tidak kisah kerana keunikan ceritanya membuatkan sy jatuh cinta dgn semua novelnya.bermula dari Tombiruo sehinggalah Cinta sang ratu.tahniah RAM kerana membuatkan sy jadi novelholic dgn karya2 anda…sokongan sy sentiasa bersama anda..
novel karya Ramlee Awg Murshid mmg menarik.. alhamdulillah hobi saya membaca ini disempurnakan dgn kehadiran novel2 beliau…
Karya Ramlee Awg Murshid sesuatu yg blh terjangkau oleh minda semua manusia tp Ramlee Awg Murshid yg merealisasikan anganan itu melalui karyanya…
ungu karmila memang best tapi cinta sang ratu,bagaikan puteri,satu janji dan hatiku d harajuku lg best! seronok baca satu janji..kelakar betul waktu lukman blaja wat roti canai. x sabar nak tunggu hijab sang pecinta…sunan akan bertemu haryani semula! tombirio x penah baca lg..ada sesiapa leh citer sinopsis tombirio x?
b4 ni tak pernah baca karya RAM ni…tetibe ntah cam mane terbeli ungu karmila…citer dia cam best je…walaupun anti-klimaks…rsoknye terus beli bagaikan puteri dgn cinta sang ratu….best tahap maximum citer ni…sampai admire kat laxamana sunan….sekarang tgh baca cintaku di harajuku….tak sabar tunggu hijab sang pencinta….baru 2 mgu lepas baca ungu karmila(1st karya RAM yg saya beli) sekarang saya dah ada 4 karya dia….lama lagi ke hijab sang pencinta tu nak kuar ek
saya da abes bacer novel ungu karmila ni….bessss….n sayer x saba nak tunggu hijab sang pencinta kuar….mmmm….bila ek…
aku dah habiskan bace novel ungu karmila n memg tak sqangka.. selama nie bunga tu adalah punca segalanya.
Ini kali pertama saya baca novel keluaran Ramlee Awang Murshid. UNGU KARMILA adalah sebuah novel yang telah berjaya menambat hati saya kerana jalan ceritanya yang thrill dan pengakhirannya begitu memuaskan hati. Syabas kepada Abang RAM.
Hampir 90% novel pada masa sekarang berkaitan tentang CINTA. Saya masih mencari-cari novel seperti JIBAM, kisah kanak-kanak istimewa yang dipinggirkan oleh orang disekelilingnya. Harap ada lagi keluaran seperti jalan cerita tersebut….
pertama kali saya jatuh cinta pada karya RAM ialah sewaktu membaca novel rahsia perindu… kemudian diikuti dengan bagaikan puteri, cinta sang ratu, dan terbaru saya sedang menyudahkan bacaan saya dengan novel terbaru beliau hijap sang pencinta.. best sangat2.. dan novel tu dah ada kat pasaran dah.. siapa yang nak tahu kesudahan begaikan puteri tu, cepat2lah terbang ke kedai buku dan dapatkan hijap sang pencinta k… selain tu, novel beliau yg pernah saya baca, sekuel tombiruo n ungu karmila. bestnye, memang x dpt nak cakaplah.. tak ada siapa yang setanding dengan karya beliau..wah, gitu..! lain drp yg lain.. syabas RAM..!
jelousnya…kmu smua dah baca cite UK.
assalamualaikum..
mle2 skli,sye nk perkenalkan diri..umur sye 12 thn..berasal dri K.L..4 da 1st time,i buy ramlee awang books..yeah,i’m very interested wif ur idea n ur imaginati0n..sye dpt rse kan debaran dan ketakutan yg dialami oleh seluruh wrga 0rg asli..
bku ini memberi sye pengatahuan tntg alam ghaib..ia tlh mmberi sye semangat untuk sye bljr bekarya..terima kasih..
ungu karmila memg 1 cite yang menarik
assalamualaikum.. actually sye sblum ni salu beli novel yg menceritakan ttg cinta jek.. tp paz dpt hdiah novel hijab sang pencinta drpd abah. trus je jtuh ati ngan karya rmlee awg murshid.. skg tgh kumpul sumer hasil2 karya abg rmlee.. congrats abg ramlee!!! Alhamdulillah… lpas bca karya abg rmlee.. pintu ati sy terbuka tuk slalu mendekatkn diri ngn ALLAH.. trima kaseh abg rmlee sbb tlah mghasilkan novel2 yg lain drpd yg lain.. moga2 abg rmlee trus maju dlm bidang ni.. dan dmurahkan rzeki…
semua novel RAM memeng best giler!!!!
x sbr tggu novel terbaru RAM.Trilogi BAGAIKAN PUTERI IS THE BEST!!!!!