Ahli Parlimen Cameron Highland, K Devamany mencetus kontroversi di kalangan Ahli Parlimen BN. Ini berikutan kenyataan beliau di bawah, yang boleh dirujuk di Hansard Parlimen Malaysia 26 November 2007:
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengambil langkah-langkah kerana ada demonstrasi tetapi Kerajaan Barisan Nasional sentiasa peka bahawa kepentingan rakyat akan diberi keutamaan walaupun tidak ada demonstrasi. Sebab itu kita sudah buktikan daripada sejak kita mencapai kemerdekaan sampai hari ini kita telah dapat menghapuskan dan dapat mengurangkan dengan begitu hebat kemiskinan yang ada di dalam negara kita. Jadi bukan kerana demokrasi’…
Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tapi Tuan Yang di-Pertua, 50,000 orang telah datang, itu satu kegagalan Tuan Yang di-Pertua. Maka saya rasa perkara ini perlu dilihat secara serius. Betul saya cakap, saya rasa kementerian perlu.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Perlu review, review special committee review.
Kenyataan beliau ringkas. Beliau mempertikaikan abiliti kerajaan untuk memandang serius perhimpunan yang dianjurkan Hindraf Ahad lepas yang menyaksikan puluhan ribu komuniti India hadir menyatakan sokongan di sana sini. Beliau merayu agar kementerian dan kerajaan peka akan senario tersebut.
Tetapi malangnya, Timbalan Ketua Whip Ahli Parlimen BN menyelar Devamany dan berikutan hal tersebut, Devamany terpaksa menemui Ketua Whip BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjelaskan pendirian beliau. Ini dilaporkan Malaysiakini yang turut menyiarkan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai respon balas kepada tindakan Devamany:
“Apakah kita perlu membiarkan Robin Hood hanya kerana beliau seorang hero. Dia merompak yang kaya untuk membantu yang miskin, tetapi dia tetap melanggar undang-undang,” katanya.
“Mungkin beliau harus mengundurkan diri dari parti (MIC) dan sertai parti yang baru ditubuhkan, yang percaya memerlukan seorang timbalan presiden,” katanya merujuk kepada Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yang ditubuhkan oleh Datuk S Nallakarupan. MALAYSIAKINI
Kelihatan, kritik di peringkat dalaman sudah menjadi satu kesalahan, di kalangan Barisan Nasional sendiri.
Justeru, apa lagi yang boleh diungkapkan sebagai ‘kritik mengikut saluran’?
Demonstrasi dikata haram, berceramah ada yang makruh ada yang haram, forum pun sukar, berbahas dalam Parlimen dikatakan mencabar kerajaan.
Saya melihat, menjadi satu peraturan di dalam kelompok mereka, ’sekali masuk, jangan kau kritik!’
Saya teringat apa yang jadi kepada Datuk S Sothinathan dahulu, yang digantung 3 bulan kerana menyatakan pendirian beliau mengenai isu pengiktirafan ijazah perubatan CMSU di Rusia yang agak lari dari pendirian kerajaan. Kemudian 2 ADUN MCA Pulau Pinang, digantung daripada BN kerana berkecuali dalam usul DAP berkenaan isu PORR.
Di England, sewaktu Tony Blair mengisytiharkan menyokong kempen Amerika Syarikat melancarkan perang di Afghanistan dan Iraq, ramai kalangan Ahli Parlimen Parti Buruh menghenyak Blair kerana dasar yang sangat tidak menguntungkan tersebut.
Kritik bukan hanya satu dosa kalangan rakyat dan pembangkang kini, sesama mereka juga kini diiktiraf sebagai satu dosa.
Wajarkah kita terus redha dengan budaya ‘angguk-angguk, geleng-geleng’ di saat kita disarankan mengangkasakan bangsa?
Komen Terkini