Hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menyerahkan rakaman video pendedahan korupsi perlantikan hakim dalam tempoh seminggu. Jika tidak, beliau bakal berhadapan dengan tindakan penjara. Lihat ulasan terbaru beliau di blognya.
Ya, saya bersetuju dengan Anwar. Dalam hal ini, apa perlu digusarkan mengenai kesahihan video, sedangkan ‘pelakon-pelakonnya’ tidak pula di bawa ke hadapan samada untuk mengesahkan atau menafikan penglibatan di dalam skandal tersebut sebagaimana yang kelihatan dan disebut di dalam video tersebut. Kalau betul mahu pastikan kesahihan dari aspek teknikal, maka wajar dilantik seorang pakar audio dan video menduduki panel siasatan lantikan kabinet, bukan mencari ke lubang cacing hujung pangkal kesahihan video tersebut.
Dalam hal ini, saya teringat kes pramugara terlampau yang pernah menggemparkan ‘persada seni’ tanah air satu ketika dahulu. VCD tersebut berleluasa dijual, maklumlah, pada ketika itu mudah mendapatkan VCD cetak rompak, di Petaling Street pun gerai VCD tak sampai sepelaung jaraknya daripada pondok polis.
Apa yang membezakan kes pramugara terlampau dan skandal hakim ini, kes pramugara terlampau dahulu, pihak berkuasa bergegas mencari ‘pelakon’ video berkenaan, untuk memastikan kesahihan video dan menghadapkan pesalah ke muka pengadilan.
Saya singkap fakta pendakwaan tersebut melalui pautan ini daripada Utusan Malaysia Online:
Bekas pramugara mengaku tidak bersalah hasilkan VCD lucah
Bekas pramugara `berlakon’ VCD lucah dipenjara 18 bulan
Dalam kes pramugara terlampau, tidak pula timbul isu untuk memastikan ‘kesahihan video’ itu sebelum mendakwa pesalah. Malah, pesalah dicari dengan gerakan polis yang menyeluruh demi memastikan kes itu diadili dengan betul, dan mengenal pasti apakah video itu untuk tujuan komersil atau rakaman peribadi yang terlepas ke tangan orang lain lantas dikomersilkan.
Sepanjang prosiding mahkamah berjalan hampir setahun, bermula Julai 2003 sehingga Disember 2004, semua ‘pelakon’ telah dipanggil untuk mengenal pasti kesahihan video, yang akhirnya membawa kepada hukuman penjara 18 bulan ke atas pramugara tersebut.
Isu yang ingin saya bangkitkan di sini adalah, membawa ‘pelakon-pelakon’ ke muka pengadilan. Soal siasat, baru terbukti sahih atau tidak, salah atau betul.
Dalam kes video skandal hakim ini, perkara yang sama terpakai, ‘pelakon-pelakon’ wajar di bawa ketengah penyiasatan untuk mengenal pasti kesahihan isi kandungan video tersebut, bukan orang yang mendedahkan.
Kalau inilah formula penyelesaian kes yang diguna pakai untuk menyelesaikan kes pramugara terlampau dulu, mungkin ribuan penjual VCD akan diberkas untuk menyelesaikan kes. Malah mungkin saja pramugara tersebut boleh mengeluarkan VCD siri kedua, ketiga dan edisi bumper raya!
Filed under: Kritik
isu bahasa pula
http://sebolku.blogspot.com/2007/09/melampau-juga-dijadikan-istilah.html
[...] Oleh Adihamka [...]
[...] sini Adi Hamka membuat perbandingan yang cukup menarik. Masih ingat kisah video pramugara terlampau yang hangat diperkatakan suatu [...]
penah jumpa dengan pramugara tu,tapi ni kes lain …kerajaan ya tetaplah berkuasa….itu kata dia…
[...] VCD Pramugara Terlampau Dan Video Skandal Hakim 1,981 hits 2. Apa Rasional Parti Mahasiswa Negara (PMN)? 1,325 hits 3. Siasah Daily – Suara [...]