Saya tidak berminat untuk menonton televisyen, khususnya di malam-malam raya. Sarat dengan drama air mata dan filem-filem yang berulang kali dipapar di kaca TV.
Tetapi sesuatu yang berbeza Hari Raya kali ini adalah ucapan Menteri Penerangan, Zam di Nasional FM pada pagi raya. Saya tidak mendengar ucapan tersebut, kerana saya tidak pernahpun ‘tune’ radio saya ke stesen tersebut! Justeru penilaian saya hanya bersandarkan kepada artikel Ahmad Tajdid di Harakahdaily.net.
Menurut Zam, meningkatnya bilangan umat Melayu yang bersongkok hitam sewaktu Aidilfitri adalah suatu perkembangan yang baik kerana orang Melayu sudah mula kembali kepada identiti Nusantara dengan bersongkok hitam. Beliau juga secara sinis mengkritik orang Melayu yang berkopiah putih dan menganggap kopiah yang dipakai tidak melambangkan ‘budaya Melayu’ tetapi budaya yang datang dari Timur Tengah!
Apabila dimaklumkan oleh sahabat saya, Zul, dan juga tatkala membaca artikel di Harakahdaily.net, saya memilih samada untuk ketawa atau sedih.
Ketawa, kerana memikirkan apakah pula modal yang hendak dipusing kali ini dengan memainkan sentimen songkok dan kopiah putih.
Sedih, kerana memikirkan sarung kepala pun boleh menjadi isu untuk dipolitikkan.
Memang benar, ramai juga yang bertanya apa hujung pangkal isu ini untuk dipolitikkan. Yang penting, solat, bukan apa warna sarung kepala!
Tetapi itu realiti yang perlu diterima. Malah di kampus saya dulu, pernah ada larangan untuk tidak mengenakan serban di masjid, khuatir dicop pro pihak pihak tertentu.
Dalam konteks ini, pada saya adalah perkara biasa songkok dipakai bagi majlis-majlis protokol, kerana songkok adalah pelengkap bagi set baju melayu lengkap bersamping. Tetapi kopiah putih dan serban juga bukan satu perkara yang dilarang. Hatta di Parlimen pun sekian lama Ahli Parlimen PAS ramai juga yang mengenakan kopiah putih yang kemas. Berserban pun ada juga, mengambil contoh Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Ismail Noh. Tidak pula dicemuh Speaker Dewan Rakyat.
Tuan Guru Nik Aziz juga segak berserban hitam, sebagai menepati protokol aktiviti kerajaan negeri. Maknanya selagi mana boleh disesuaikan, maka ia akan boleh diterima dengan baik.
Persoalan samada Melayu perlu ’setia’ dengan songkok dan budaya berkopiah adalah budaya Timur Tengah bukan satu isu yang perlu disentimenkan.
Adakah berkot di Parlimen itu budaya melayu? Kenapa tidak wajibkan semua Ahli Parlimen Melayu memakai baju Melayu lengkap? Kenapa tidak cemuh Rais Yatim tatkala memperkenalkan bow-tie sebagai salah satu pakaian rasmi majlis protokol kerajaan?
Nah! Kalau betul mahu memperbetulkan keadaan, ahli Kabinet dicabar membuang kot dan tali leher, kerana itu asalnya daripada luar (kot asalnya daripada timur tengah, dan tali leher daripada Barat).
Dan kalau betul mahu bicara soal budaya Melayu, benarkah songkok itu adalah budaya melayu yang setulen-tulennya?
Untuk pengetahuan Zam dan penyokong totok ‘budaya bersongkok’, ini definisi songkok yang saya peroleh:
SONGKOK
The songkok can be said to be a shorter version of the Persian “tarbus”. However it is not round-shaped like the tarbus but perhaps a little oblong and follows the shape of the head.
Nowadays there are all sorts of colors and variations of the songkok – white, green, red, and some with colored bands – although the traditional black or dark blue velvet is always the popular choice of songkok for most occasions.
Saya perlu akui saya tidak mahir mengenai sejarah pakaian Melayu ini. Tetapi pemahaman singkat saya, songkok ini asalnya daripada Parsi, antara lain adalah apa yang di’modify’ daripada tarbus. Ianya diubah bentuk untuk meringkaskan tarbus dan memudahkan pemakaian. Dan kalau diikutkan budaya memakai songkok ini adalah secara popular diamalkan di Turki, melalui Mustaffa Kamal Attartuk. Songkok juga dipopularkan melalui pemakaiannya oleh Jawaharlal Nehru, pemimpin India dan Muhammad Ali Jinnah, bekas pemimpin Pakistan.
Dalam penelitian sejarah melalui tontonan filem-filem melayu, dan juga di muzium, yang saya tahu budaya melayu yang betul-betul asli adalah tengkolok atau tanjak.
Para nelayan, pesawah, petani dulu-dulu pun, hanya mengenakan semutar, bukan songkok apabila bekerja.
Maknanya, bila dibangkit soal kemelayuan, saya fikir banyak yang perlu diselidik oleh Zam dan lainnya. Jangan polemikkan songkok yang tidak berdosa.
Mungkin untuk mengukuhkan ‘kemelayuan’ rakyat Malaysia berbangsa Melayu, bolehlah difikirkan oleh kerajaan untuk menggazetkan tengkolok sebagai galang ganti kepada songkok! Mungkin dalam amanat Tahun Baru Pak Lah tahun depan sempena tahun 2008, Pak Lah boleh mengenakan tengkolok sebagai permulaan.
Cerita pasal songkok.
Songkok saya sudah hilang, maka saya belilah songkok baru. Ada kalanya memang susah nak beli songkok kerana saya cerewet.
Kalau songkok yang lebih 4 inci, itu Saya anggap sebagai songkok UMNO kerana orang UMNO sering memperagakan songkok jenis itu. jadi saya tak beli.
Songkok yang 3 inci banyak dijual, tapi bagi saya itu untuk orang kebanyakkan.
Jadi saya cari songkok 3.5 inci, ikut spesifikasi Istana, menunjukkan kesetiaan saya pada Raja-raja Melayu.
Saya Pro Monarki.
hehehe
Eh Saya juga tak ketinggalan mempolitikkan Songkok.
Saya sokong kalau dibuang kot dan tai untuk ahli parlimen.
protokol kita yang cipta.
Sdr Hasbullah,selamat hari raya.
saya pun memilih juga membeli songkok ni,pantang beli songkok tinggi, kelihatan nasionalis. haha!
Saya bermasalah besar dengan songkok. Masalah besar kerana saiz kepala besar. Melebihi saiz yang ada dijiual dikedai. Jadi untuk tidak kelihatan lain dari yang lain maka pernah saya paksa diri pakai songkok. Masalah timbul bila sujud, songkok juga turut sujud dan tidak bangun bangun.! Akhirnya ambil keputusan customi made, jumpa tukang yang ukur dan buat khas untuk saya.
Saya tidak rigid dalam hal ini. Asalkan ia berwajah Asia dan menutup aurat saya terima saja. Kot dan tai agak kurang selesa, begitu juga sut baju Melayu yang sering terasa panas!
tanjak bhai..
jangan lupa.
baru bangsawan.
aku memang dah lama mencari hal songkok dan tengolok ni, sebab bila difikirkan bukan ke tengkolok atau tanjak tu perhiasan asal orang melayu. Kenapa tak dikekalkan lambang kemelayuan kita, aku ingat raya ni aku nak pakai tengkolok la… biar la orang nak kata apa, pahlawan melayu ke, pendekar ke, ape ke, aku nak pakai, bini aku nak kata ape ke aku tetap nak pakai… kalau panas aku nak modifai atas kepala ade penutup.. hahahaha… nasib baik pekerjaan aku tak kesah pasal rambut, so boleh aku simpan panjang… hohohhoho