Memulakan penulisan di Aidilfitri dengan pelbagai isu yang menyerabutkan otak untuk dikupas. haha!
Awal bicara, Salam Eidulfitri buat semua.Mohon maaf andai ada mana-mana khilaf dalam penulisan saya sebelum ini.
Saya dikhabarkan isu Zam dan songkoknya begitu hangat dibincang, termasuklah hangatnya rendang ayam dan kuih melayu yang dibawa Dr SMS (sheikh muszaphar shukor) ke angkasa. Sebagaimana kata Ahmad Tajdid melalui tulisan beliau di Harakahdaily dan sahabat saya Zul di blog beliau, satu perkara yang wajar membuatkan rakyat Malaysia berbangga ialah kejayaan produk Malaysia menembusi bukan sekadar pasaran antarabangsa, tetapi pasaran angkasaraya!

Membaca berita terbaru di Malaysiakini [Press freedom: Malaysia's worst ranking ever]dan pautan yang diberikan oleh seorang pengunjung di blog Anwar Ibrahim, reporters sans frontieres [Reporters Without Borders], berita terhangat yang bakal menyaksikan penantian rakyat Malaysia atas respon-respon bijaksana para wazir Malaysia adalah merudumnya kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media sedunia.
Daripada kedudukan ke 92 tahun lepas, merudum ke kedudukan terburuk dalam 5 tahun, iaitu 124 tahun ini. Dan pastinya ini akan merumitkan lagi ilham Perdana Menteri untuk mencari tarikh sesuai Pilihanraya Umum diadakan.
Tetapi apakah ini akan memberikan impak kepada kepimpinan negara? Jawapan yang pasti akan keluar daripada mereka, “kajian itu adalah kajian luar yang tidak meneliti keadaan sebenar di Malaysia, maka secara automatis ia tidak terpakai dan tidak relevan..”
Saya masih ingat lagi satu ketika dahulu, sewaktu saya mengikuti satu Sidang Parlimen, YB Husam Musa yang pada ketika itu Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian telah mengemukakan satu usul untuk memotong gaji Menteri Penerangan sebanyak RM10, dan YB Husam telah mengambil Laporan Audit Media AC Nielsen yang menunjukkan betapa kualiti semua program RTM, baik berita, program sukan, program hiburan sehinggalah program komedi, RTM adalah yang paling corot.
Dan bagi menjawab usul tersebut, Timbalan Menteri Penerangan pada ketika itu, Datuk Khalid Yunus menjawab dengan mudah. “Kita peduli apa dengan kajian orang?”
Begitu juga saat Reader Digest membuat kajian pada tahun 2006 mengenai kesopanan penduduk di 35 bandaraya di dunia, dan menyaksikan Kuala Lumpur adalah ketiga tercorot,dalam bahasa lain ketiga paling biadap di dunia, apa respon pemimpin Malaysia? Semuanya menyanggah,kononnya itu tidak tepat,tidak betul,dan sebagainya. Lihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang disiar Bernama.
Dan saya fikir, perkara yang sama bakal menanti sebagai respon balas ke atas hasil kajian terbaru RSF ini.
Apa saja yang tidak baik, lebih tepat tidak menepati kehendak halwa telinga pemimpin kerajaan, maka sejauhmana tepat fakta yang dikemukakan pun, ia akan tetap tidak relevan.
Sebab itulah Zam bersungguh mengatakan bahawa ‘tidak perlu nyatakan yang benar kepada PM’, sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini dalam laporannya 12 Oktober lepas [Zam to media: No need to tell PM the truth]:
Zainuddin then explained that Abdullah’s often repeated pledges of “listening to the truth” were only restricted to government officials and Barisan Nasional leaders so as to assist the cabinet in making decisions.
Based on the account by a well-placed source, Zainuddin said Abdullah’s pledge did not mean that the media have the green light to practice unrestrained reporting because certain topics were considered highly sensitive.
Yang penting ia sedap didengar. Ketepikan soal fakta, ketepi soal penyelewengan, ketepi soal penyalahgunaan kuasa. Yang penting ia sedap didengar!
Hatta peguam sendiri berarak menyatakan hak dan pendirian mereka, tetapi dicemuh pelbagai nista. Tidak professional, gila dan sebagainya.
Justeru apalah diharap perubahan dasar dan perlaksanaan penguasa hasil daripada kajian RSF ini? Melonggarkan sekatan media? Saya fikir hentikan sajalah.
Terfikir juga saya. Dalam keadaan mereka berusaha menyembunyikan kebenaran dan menyekat kebebasan media, apakah mereka ini khuatir, kelak kebenaran ini mungkin mengganggu nyenyak PM di kala tidurnya?
[...] Oleh Adihamka [...]
shhh… jgn bagitau kat paklah!
[...] sah dan tidak memberi gambaran sebenarnya mengenai realiti kebebasan media di Malaysia. Boleh rujuk ulasan saya yang [...]
[...] sah dan tidak memberi gambaran sebenarnya mengenai realiti kebebasan media di Malaysia. Boleh rujuk ulasan saya yang [...]