Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Jangan Kambinghitamkan Arwah Nurin

Saya banyak mendengar berita berkenaan bahawa kononnya Perhimpunan 100,000 ribu rakyat anjuran Bersih tidak mendapat permit dan sesiapa yang menyertainya akan diambil tindakan.

Ini antara yang disiarkan di siaran berita dalam dua hari lepas, memetik kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Saya bersikap jelas dalam hal ini. Saya percaya, penganjur perlu bertanggungjawab mengemukakan permit, dan saya juga punya rasa percaya atas kredibiliti dan profesionalisme PDRM untuk meluluskan permit perhimpunan aman ini atas nama kebebasan berhimpun dan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Cuma sesuatu yang mencuit hati saya pagi ini apabila membaca Harian Metro hari ini, berkenaan satu insiden di Seksyen 1 Wangsa Maju. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hampir menjadi ‘Nurin kedua’ apabila suspek jenayah sama sekali lagi muncul dan cuba menculik seorang kanak-kanak tersebut di lokasi sama Nurin dilaporkan ghaib, Ogos lalu.

Tambah mengejutkan, suspek dikesan melarikan diri dengan menaiki van putih, iaitu kenderaan model sama yang didakwa pernah digunakan untuk menculik Nurin Jazlin pada malam 20 Ogos lalu.

Sehingga ke insiden tersebut berlaku, suspek Nurin masih boleh menghirup udara segar tanpa perlu terganggu dengan sebarang usaha tangkapan. Lebih dasyat, suspek masih mampu berusaha melakukan satu lagi percubaan culik kanak-kanak lain!

Apa hubung kait kes Nurin dengan perhimpunan Bersih?

Dalam kepala saya, saya begitu pasti perhimpunan Bersih nanti bakal menyaksikan ribuan anggota polis dan FRU untuk mengawal keadaan sekitar Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka. Tak pasti berapa banyak watercannon akan disediakan, tetapi saya lihat, sejak Anwar Ibrahim mengesahkan kehadiran beliau dalam perhimpunan tersebut, sudah ada persediaan untuk mengawal perhimpunan tersebut.

Kalau untuk aktiviti seperti ini, ribuan polis boleh dikerah untuk menyekat dan mengekang sebarang kebarangkalian yang mungkin berlaku dalam perhimpunan tersebut, kenapa ribuan polis tidak boleh dikerah untuk menangkap suspek pembunuh Nurin?

Pendedahan ayah Nurin, Jazimin Abdul Jalil bahawa beliau menerima banyak SMS dan panggilan menyatakan kekesalan masyarakat ke atas kelambatan siasatan polis di dalam Harakahdaily adalah satu perkara yang tidak boleh diambil ringan.

“Hingga ke hari ini saya masih menerima banyak SMS daripada orang ramai termasuk dari Singapura, Sabah dan Sarawak yang mahu polis segera tangkap penjenayah itu… malah ada yang syorkan saya siasat sendiri.

“Saya tak mampu buat apa-apa selain menunggu hasil siasatan polis. Apa daya saya nak cari pembunuh tu? Saya tak kenal dia, lagipun dunia ni bukannya kecil,” kata Jazimin Abd Jalil ketika ditemui Bernama di rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini hari ini.

Beliau berkata harapannya untuk melihat penjenayah terbabit segera di bawa ke muka pengadilan lebih tinggi daripada harapan orang ramai yang mahu perkara sama berlaku.

“Saya tak mahu perkara ni terjadi pada orang lain. Selagi dia (pembunuh) terlepas bebas, selagi itulah hidup kami rasa tak selamat,” katanya.

Telahan Jazimin hampir menjadi kenyataan dengan percubaan menculik kanak-kanak lelaki itu di tempat yang sama, semalam.

Tidakkah itu biadap, sudahlah cuba menculik di tempat yang sama, menggunakan kaedah yang sama, kenderaan yang sama! betul-betul mencabar kesabaran rakyat.

Dan dalam keadaan kawasan tersebut, hanya sepelaung saja jaraknya dengan Balai Polis Wangsa Maju, apakah ini perlu dibiarkan sehingga ada lagi nyawa yang terkorban?

Apakah kita hendak menunggu nyawa anak-anak elit politik melayang dengan modus operandi yang sama, maka barulah penjenayah akan terus diberkas dalam tempoh 24 jam?

Justeru, saya memohon dengan penuh tawadhuk, sekiranya pihak berkuasa ingin memantau perhimpunan anjuran Bersih 10 November nanti, saya kira, kerahlah ribuan anggota polis Kuala Lumpur untuk menjejaki suspek pembunuhan Nurin terlebih dahulu.

Nyawa seorang anak seperti Nurin lebih berharga untuk dijaga daripada dibiarkan terbunuh kejam berjumpa Ilahi,berbanding mengawal ratusan ribu yang hanya berhimpun menyatakan pendirian mereka secara aman tanpa sebarang keganasan dan provokasi.

Al Fatihah buat allahyarham Nurin.

Filed under: Kritik, Sosial

Ali Kepada PPP: Ugutan Atau Usapan?

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan sebarang kenyataan berbaur ancaman dikeluarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ke atas PPP pimpinan M Kayveas sewaktu Konvensyen parti tersebut di Melaka 15 Oktober lalu.

alirustamDatuk Seri Mohd Ali Rustam tidak pernah mengeluarkan kenyataan meminta Parti Progresif Penduduk (PPP) keluar dari Barisan Nasional (BN) jika parti itu tidak puas hati, kata seorang pegawai Pejabat Ketua Menteri Melaka.

Ketika dihubungi hari ini, pegawai tersebut sebaliknya mendakwa pihak media telah tersilap melaporkan ucapan Mohd Ali di konvensyen PPP Melaka, 15 Oktober lalu.

“Mohd Ali (foto) tidak pernah berucap meminta PPP keluar dari BN tetapi pihak media melaporkan sebaliknya, antaranya Malaysia Today dalam laporannya yang bertarikh 20 Oktober,” katanya kepada Malaysiakini.

Pegawai tersebut berkata, beliau sendiri hadir di majlis tersebut dan mengikuti ucapan Ketua Menteri Melaka itu ketika merasmikan konvensyen PPP Melaka pada 15 Oktober lalu.

“Tidak masuk akal bagi Datuk Seri Mohd Ali, selaku Naib Presiden Umno yang paling kanan, untuk mengecam dan mengugut parti komponen BN supaya keluar dari gabungan itu.

Saya percaya Malaysiakini mempunyai satu formula kewartawanan – menyiarkan sesuatu yang tidak disiarkan media arus perdana.
Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Politik

Siapa Desperado?

Kalau boleh diwujudkan satu lagi mazhab politik dalam ilmu sains politik, saya memohon izin untuk mencadangkan dua mazhab baru: politik selektif dan politik desperado!

Di tanah air ini, segalanya-galanya bersifat selektif. Yang salah akan tetap menjadi betul asalkan dilakukan ‘oleh puak kita’. Yang betul akan kekal salah selagimana ia dilakukan atas nama kebenaran demi memperjuangkan hak kalangan terbanyak.

Sesiapa saja yang cuba mendedahkan benda yang salah, akan dilihat sebagai politikus desperado. Persetankan kesahihan dan kebenaran fakta. Selagi mana ia bertentang dengan nafsu perut pihak memerintah, desperadolah jawabnya.

Selewengkanlah fakta, dedahkanlah auta, asal saja dibuat atas niat mempertahankan pihak memerintah meskipun salahnya bukan sedikit, itu adalah perjuangan dan kebenaran!
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa, Kritik, Politik

Mana Lebih Penting, Angkasawan Atau Graduan?

Saya sedang meneliti satu kekeliruan.

Pertamanya, baca petikan Berita Harian di bawah terlebih dahulu:

Program angkasa lepas bukan pembaziran: PM

angkasawan
IPOH: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, peruntukan besar yang disediakan kerajaan untuk program angkasawan bukan satu pembaziran kerana banyak faedah diperoleh rakyat dan negara.

Perdana Menteri berkata, pembabitan dalam industri angkasa lepas juga antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Belanja besar (untuk program itu) bukan bermakna ia satu pembaziran. Kita ada wang dan kemampuan. Wang masih ada untuk menjalankan projek serta program yang akan membawa kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi di sini, semalam. Kompleks bernilai lebih RM5 juta itu yang mula dibina pada 2005, merangkumi Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Ipoh, stadium mini dan gerai berhawa dingin.

Oh..kerajaan ada wang. Baik, kita terima.
Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Politik

Siapa Gagal, Anwar atau BPR?

Bagaimana kajian badan bebas dunia memberikan persepsi negatif ke atas ketelusan media di Malaysia? Bagaimana rakyat mahu terus percaya kepada kredibiliti media arus perdana? Bagaimana rakyat perlu dihalang daripada terus dahagakan maklumat alternatif daripada internet?

Saya kira majoriti pembaca media internet tahu akan perkembangan pagi tadi, apabila BPR tidak menghadirkan diri dalam satu temujanji yang diatur pada Isnin, 22hb Oktober lepas untuk mendapatkan salinan klip video skandal Lingam.

Tetapi malang sekali apabila Bernama cuba mengalihkan isu tersebut dengan mengatakan bahawa ‘Anwar Gagal Kemuka Klip Video Asal.’
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa, Kritik, Politik

nahdah@twitter

  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 10 hours ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 4 days ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 1 week ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 week ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 week ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,690 kunjungan

Arkib