Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Fahamkah Dia Dengan Doktrin Pengasingan Kuasa?

Kemaskini terbaru di Malaysiakini antara lain memaparkan penjelasan terbaru Menteri Di JPM, Datuk Mohd Nazri Aziz mengenai tindakan beliau memberikan jawapan bagi pihak Ketua Hakim Negara berkenaan isu hangat pendedahan rakaman video oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, beliau mengumumkan penafian bagi pihak Ketua Hakim Negara berhubung pendedahan ‘pita Lingam’ kerana beliau adalah menteri yang menjaga portfolio undang-undang.

Saya menteri beliau. Saya menteri yang menjaga hal ehwal mengenai perundangan,” katanya sambil menambah, Ketua Hakim Negeri berbuat demikian kerana tahu wartawan akan bertanya beliau (Nazri) mengenai perkara itu.

Tiba-tiba minda saya kembali pada zaman mula-mula menuntut dahulu, dalam bidang pentadbiran awam. Subjek pertama yang dipelajari adalah Asas Sains Politik. Satu bab penting dalam subjek berkenaan adalah mengenai Doktrin Pengasingan Kuasa.

Dipetik daripada Wikipedia:

Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “Separation of Powers” merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman.

Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.

Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang, iaitu:

* Legislatif atau penggubal undang-undang
* Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang
* Kehakiman atau pelaksana undang-undang

Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman.

Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagian kuasa amat nyata di negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing. Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Disamping itu, badan legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.

Sistem kehakiman adalah bebas daripada pengaruh eksekutif dan legislatif. Dalam erti kata lain, dalam konteks Malaysia Ketua Hakim Negara mempunyai autonomi untuk menjalankan tugas beliau dan tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak melainkan Yang DiPertuan Agong.

Justeru apa gerangan Menteri ini mengatakan bahawa beliau bertanggungjawab kerana ’saya adalah menteri yang menjaga hal ehwal mengenai perundangan?’

Tidakkah ini memberikan gambaran jelas, bahawa memang wujud campurtangan eksekutif di dalam sistem kehakiman Malaysia? Apakah doktrin ini hanya sekadar bunga penyeri di dalam Perlembagaan Persekutuan, bukan untuk amalan di bawah indikator demokrasi berparlimen?

Saya belum sampai tahap tergamak mengatakan bahawa menteri ini tidak faham asas doktrin ini, tetapi saya terus tertanya-tanya, salahkah apa yang saya belajar dahulu, atau dia yang buat-buat tak faham?

Filed under: Analisa, Kritik, Politik

8 Responses

  1. najwan_halimi berkata:

    bodoh, bodoh, bodoh..you racist duduk!

    bloody racist duduk!

    perkauman! perkauman you duduk!

    you tak suka you boleh keluar..! bloody racist!

    bodoh, bodoh, bodoh duduk! bodoh!

    bodoh!

  2. wendy berkata:

    nazri is a half past six minister. wonder whether where he got his degree.

  3. bumilangit berkata:

    nazri, my feveret cabinet minister.

    gadismu comel2, membuatkan aku cemburu.

  4. edie berkata:

    nazri2 haprak punya menteri , lu sekolah mana dulu ?
    doktrin pengasingan kuasa pun x paham , degree jadah pa lu dapat…beli kut ? macam lesen terbang punya degree . memalukan aku bila sorang menteri menunjukkan kedangkalannya….cepat2lah berundur kalau dah tak reti nak berbohong….lama2 nanti org semua tahu lu punya temberang yg cemerlang,gemilang dan terbilang tu…ha ha budaya penipu budaya melayu umno…selamat jalan umno org dah x suka sama lu tapi lu paksa2 org suka juga sama lu….regim dolah bedui get lost…

  5. edie berkata:

    kepada sesiapa yg membaca ruangan ini , harap2 tubersiap sedialah untuk membuat perubahan demi menyelamatkan negara Malaysia ini kerana pemimpin yg ada hari ini adalah anak didik penjajah yg bankrup idea , hanya berpaksikan cara hidup penipu,pembelit yg akhirnya akan menggadai dan menjual negara kita ini.Khususnya wahai org2 melayu yg masih terbuai ,terlena dan terleka dgn gula2 umno sedarlah dari mimpi kau org , sedarlah betapa pemimpin haprak yg ada kini hanya mampu menindas bangsa sendiri demi hidup mereka , contohnya , lihatlah apa yg barua2 dan pecacai mereka buat kat Batu Buruk…hebat dan berani sungguh kan tapi…lihat pulak bila penternak babi gejut dia org….apa barua2 itu buat? balik macam pondan tua tak berani bertindak,kecut perut habis sebab penternak babi tu bukan org melayu,faham2 le,kalau org melayu lumat dibuatnya…betul ke tidak? jegilkan bijik mata kau org lihat betul2 betapa hapraknya PM,TPM dan kuncu2 dalam regimnya…pengecut malah cukup keparat sekali. Wahai org melayu bersedialah buat perubahan…takkanlah kalau tak dak umno kita mati kelaparan…..kalau itulah cara pemikiran kita…alamatnya merempatlah kita nanti dibumi sendiri…mau la dok reti bahasa…guna otak betoi2!!!!

  6. webmania berkata:

    Minta aku pun teragut dengan kenyataan Nazri “Permit” al-lembu ini, aku masih teringat Sdr. Ahmad Shabery Cheek , pensyarah di Fakulti Ekonomi Pentadbiran(FEP),UM mengajar aku tajuk “Doktrin Pengasingan Kuasa” dalam subjek Pengantar Pentadbiran Awam bagi pelajar Tahun Pertama, ketika itu UMNO baru diharam’jadahkan’ kerana kumpulan pada tahun 1988.Ceh! begitu brutalnya Sdr. Ahmad Shabery Cheek (sekarang Wakil Rakyat/MP) membelasah Dr.M dalam kuliah/tutorial berkaitan pengasingan kuasa dan kuasa eksekutif. Harus dipanggil Ahmad Shabery untuk memberi kuliah dan tutorial kepada Nazri ini!

  7. siti umno berkata:

    Dahlah anak-anak oi. Melayu hentam Melayu. Melayu maki Melayu. apa kejadah ni. Sayang. negeri dah nak diambil orang. Busuk-busuk pun bangsa sendiri. Lain lah kalau masing-masing nak tukar identiti bangsa tak mahu bubuh Melayu di IC. Jangan turut hati. Ingat waris kemudian hari. Yang sepet pun dah bersatu. Botol kicap pun dah kukuh bersama. Melayu terus tonggang langgang. Tak pernah syukur dan matang.

  8. putra UUM berkata:

    wei…tolong aku, aku kene wat assignment pasal doktrin pengasingan kuasa ni

Leave a Reply

Arkib