Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Insiden Batu Buruk: 3 Perkara Yang Pelik

Perkara Pertama: Bilangan Das Tembakan

Antara Laporan terawal yang dikeluarkan Malaysiakini menyebut:

Katanya, semasa terjatuh penyerang terbabit berterusan menyerang anggota itu sehingga terkena di bahagian kepala menyebabkan anggota itu terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan satu das tembakan bagi tujuan mempertahankan diri.

Ayub berkata, tembakan itu berjaya menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan anggota polis berkenaan mengambil kesempatan itu untuk menyelamatkan diri dengan pergi ke arah pasukan FRU yang berada di kawasan berhampiran.

Dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September 2007:

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob pada sidang akhbar hari ini berkata, seorang polis berpangkat konstabel terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan dirinya setelah dipukul oleh 20 lelaki ketika dia mengawal keadaan di tempat letak kereta Hotel Permai Inn menyebabkan dua perusuh cedera


Dikekalkan kenyataan tersebut dalam laporan Utusan Malaysia 11 September 2007:

Dalam kejadian pukul 9 malam kelmarin, kira-kira 750 orang dipercayai penyokong parti pembangkang merusuh dan menyerang polis selepas diarahkan bersurai daripada menghadiri satu perhimpunan haram di Jalan Sultan Mahmud malam kelmarin.

Seorang konstabel polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahan diri setelah dipukul oleh 20 lelaki di tempat letak kereta Hotel Permai Inn menyebabkan dua perusuh terlibat cedera.

Tetapi bilangan tembakan ‘dinaikkan jumlahnya’ sebagaimana lapor Malaysiakini dalam edisi 11 September 2007 :

Anggota polis yang melepaskan tembakan ketika berlaku satu pergelutan di Kuala Terengganu malam Sabtu lalu, telah melepaskan empat das tembakan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan perkara itu ketika dihubungi petang ini.

Dalam insiden seumpama ini, kenapa boleh wujud kecelaruan sebegini? Melainkan das tembakan tersebut dilepaskan oleh pistol yang mempunyai silencer, saya kira pasti orang awam dan saksi-saksi boleh mengecam berapa das tembakan yang dilepaskan.

Perkara Kedua: Identiti Penembak

Laporan Utusan Malaysia hari ini, 12 September 2007:

Dalam kejadian malam Sabtu lalu, perusuh dipercayai penyokong parti pembangkang merusuh selama kira-kira lima jam di Jalan Sultan Mahmud di sini sehingga menyebabkan kerugian harta benda awam mencecah RM500,000.

Dua lelaki yang berumur 21 dan 38 tahun cedera di leher dan bahu akibat ditembak oleh seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri selepas diserang oleh sekumpulan lelaki.

Seorang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Hussein, 29
, juga luka di tangan akibat terkena kaca dalam rusuhan tersebut.

Tetapi lain pula kenyataan yang diberikan oleh CPO Terengganu kepada Malaysiakini pada 11 September 2007:

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan perkara itu ketika dihubungi petang ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa anggota polis tersebut bukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Hussein, 29, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Anggota polis yang dikatakan melepaskan tembakan tersebut selepas diserang 20 lelaki, dikenalpasti sebagai Wan Abdul Aziz, 25.

Dalam keadaan polis tersebut berpakaian preman dan bukan menggunakan perisai FRU yang boleh menyembunyikan identiti beliau, adalah satu perkara yang pelik sekiranya identiti sukar dikenalpasti.

Dan kalau itu bukan FRU, dari cawangan mana polis tersebut datang?

Perkara Ketiga: Kecederaan Pihak Polis

Lapor Utusan Malaysia, 10 September 2007:

Selain itu, tambah beliau, seorang anggota FRU dan seorang lagi perusuh turut dimasukkan ke hospital sama akibat kecederaan dipercayai terkena kaca dan batu.

Dalam The Star 11 September 2007 dikatakan ada alat tambahan, iaitu kayu:

About 20 men armed with sharp weapons and sticks then spotted Kons Azmi and shouted “This man is Special Branch!” before assaulting him.

SAC Ayub said Kons Azmi, 29, was beaten until he collapsed, bleeding from the head.

Tetapi sedikit berbeza dalam Utusan Malaysia hari ini, 12 September 2007:

Empat anggota polis termasuk tiga daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), cedera diserang dan dibaling termasuk dengan bom api, dipercayai oleh penyokong parti pembangkang

Kenapa secara tiba-tiba datang ‘bom api’ sebagai bahan yang digunakan ke atas pihak polis?

Ini sekadar satu kekeliruan, dan pastinya ia menuntut penjelasan.

Teman saya Sdr Bob Kee ada membuat analisis yang lebih mendalam mengenai insiden ini di blog beliau.

Filed under: Analisa, Politik

7 Responses

  1. bumilangit berkata:

    bro adi, semakin penin saya. alangkah baiknya tengok cerita sivaji tanpa subtitle daripada baca akhbar malaysia. saya cuba berteori yang masyarakat malaysia malas membaca kerana mutunya yang hina spt ini.

    kedua,
    harap saudara adi jika rajin dapat buatkan analisis kejadian tembak menembak di uptown. antara fakta x files yang wajar diambil kira ialah;

    1)polis undercover pakai subang
    2)10 das tembakan dilepaskan, satu je kena. 9 tembakan amaran?
    3) penyamun tu bersenjata kah, sampai nak tembak 10 das? dan perlukah aksi menembak itu jika mereka tidak bersenjata?
    4) kereta perompak itu merempuh bahu jalan dulu baru polis tembak atau polis tembak kaki dan baru kereta tu langgar bahu jalan. which ever it goes, its doesnt make sense.
    5) siapa yang pernah ke uptown akan tahu bertapa teruknya nak drive kat situ kerana ‘jam’ akibat parking yang teruk. boleh ke penyamun tu nak bawak lelaju?

    yang lain harap ejen adi ‘mulder’ dapat utarakan.

    inilah buktinya malaysia negara aman. hidup musa hassan

  2. kumam berkata:

    nice work adi………keep it up

  3. [...] banyak pertikaian timbul hasil daripada provokasi polis tersebut. Hidayat Saifudin telah pun mengemukakan satu analisis mengenai beberapa kecelaruan fakta di sebalik insiden [...]

  4. Shamsul Iskandar berkata:

    analisis yang menarik..perlu dihebahkan.

  5. rastom berkata:

    Yb Adihamka,

    Tiga perkara yang pelik itu memang pelik. Ia pelik jika kita cuba memahaminya dari akal yang sihat, sedangkan kerja kerja itu adalah bikinan para apparatchik bekerja untuk kuasa kuasa gelap (the evil, dark empire).

    Kerana unit unit di dalam apparat Evil Empire ini ada banyak. Polis bukan satu nama monolitik. Ada polis FRU, Polis GD, Polis SB dan masing masing punyai arahan berlainan. Jika kita saya tanya kawan saya yang pencen FRU, dia kata kami kerja dan bergerak dalam barisan, tak pernah pakai preman dan peluru hidup untuk tugas jaga ceramah.

    Polis GD (tugas am) biasa bawa pistol dan peluru hidup. Arahan mereka dan skop menyebok mereka juga lain. Mereka akan dilihat membuat roadblock ke jalan masuk dan keluar, biasanya beruniform.

    Polis SB boleh berada di mana mana hingga lain lain unit polis tidak tahu apa apa. Sebab itu ada percanggahan info bila pegawai pegawai tersebut memberi maklumat kepada pihak akhbar. Untuk maklumat yang boleh menjelaskan kesemua kepelikkan ini, tanyalah dengan pegawai SB tertinggi Malaysia merangkap KPN.

  6. najwan_halimi berkata:

    ejen adi mulder, hebat analisis kau.

Leave a Reply