Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Realiti Kebebasan ‘Selepas’ Bersuara

Saya teringat akan kata-kata hikmah Steven Gan, Ketua Editor Malaysiakini satu ketika dahulu:

“There is a freedom of speech in Malaysia, but there is no freedom after speech!”

Saya bersetuju dengan pendirian beliau ini. Di Malaysia, berbeza pendapat bisa saja menjadi satu kesilapan yang memungkinkan anda dipecat, dicemuh, difitnah, direndahkan martabat, mungkin juga dicabut nyawa!

Membaca komen Zainudin Maidin di Bernama dan KLPos, mengukuhkan lagi pendirian saya. Sebaik sahaja Nazri Aziz memberi respon dangkal sebagaimana yang saya ulas dalam entri lepas, kini Zam muncul mencemuh Majlis Peguam supaya membersihkan majlis itu daripada unsur pengaruh politik agar ia menjadi sebuah pertubuhan yang profesional.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menyarankan anggota Majlis Peguam supaya membersihkan majlis itu daripada unsur pengaruh politik agar ia menjadi sebuah pertubuhan yang profesional.

Beliau berkata majlis itu perlu bertindak secara profesional agar ia dihormati dan mereka tidak seharusnya membiarkan diri mereka dipergunakan untuk kepentingan politik orang tertentu.

Katanya majlis itu tidak lagi profesional apabila mendesak kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat klip video yang tidak sahih mengandungi perbualan telefon seorang peguam mengenai usahanya membantu pelantikan beberapa hakim pada 2002.

Beliau berkata anggota Majlis Peguam sebaliknya harus mendesak supaya sebuah suruhanjaya siasatan diadakan bagi menyiasat tindak-tanduk pemimpin mereka yang tidak profesional.

“Klip video itu adalah sesuatu yang tidak sahih kerana ia hanya memperlihat dan memperdengar seorang peguam berbual sahaja dan klip video itu dikutip dari blog internet,” kata beliau pada majlis berbuka puasa bersama Komuniti Bestari Kampung Hilir di Merbok malam tadi.

Zainuddin berkata walaupun klip video itu tidak sahih, kerajaan begitu telus sanggup menyiasat dengan menubuhkan panel siasatan bebas dan Majlis Peguam harus berterima kasih dengan usaha kerajaan itu, bukannya mendesak untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja pula.

Beliau juga menegur media tertentu yang pada pendapatnya cuba memberi publisiti meluas mengenai isu klip video itu sedangkan ia harus bertindak atas fakta dan dasar profesional.

Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Politik

Apabila Peguam Berarak…

“When lawyers walk, that means there is something wrong. We want changes in the judiciary,”(“Bila para peguam berarak, itu bermakna adalah yang tidak kena. Kita mahukan perubahan dalam badan kehakiman,”) demikian kata Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan sewaktu mengepalai perhimpunan ‘perarakan untuk keadilan’ yang dianjurkan persatuan itu semalam di Putrajaya.

pj1Dilaporkan oleh Berita Harian dan Malaysiakini (secara sorotan ekslusif semalam), dianggarkan 2000 peguam dan orang awam yang hadir, meskipun dihalang daripada memasuki kawasan Putrajaya apabila disekat polis.

Perhimpunan ini bertujuan untuk mendesak kerajaan agar menyiasat apa yang terlindung sebalik kandungan video skandal CJGate yang didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa minggu lepas.

Majlis Peguam, dengan tegas menyatakan mereka masih mahu sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat skandal ini meskipun dalam masa yang sama mengalu-alukan penubuhan Panel penyiasat lantikan kabinet.
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa, Kritik

Fahamkah Dia Dengan Doktrin Pengasingan Kuasa?

Kemaskini terbaru di Malaysiakini antara lain memaparkan penjelasan terbaru Menteri Di JPM, Datuk Mohd Nazri Aziz mengenai tindakan beliau memberikan jawapan bagi pihak Ketua Hakim Negara berkenaan isu hangat pendedahan rakaman video oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, beliau mengumumkan penafian bagi pihak Ketua Hakim Negara berhubung pendedahan ‘pita Lingam’ kerana beliau adalah menteri yang menjaga portfolio undang-undang.

Saya menteri beliau. Saya menteri yang menjaga hal ehwal mengenai perundangan,” katanya sambil menambah, Ketua Hakim Negeri berbuat demikian kerana tahu wartawan akan bertanya beliau (Nazri) mengenai perkara itu.

Tiba-tiba minda saya kembali pada zaman mula-mula menuntut dahulu, dalam bidang pentadbiran awam. Subjek pertama yang dipelajari adalah Asas Sains Politik. Satu bab penting dalam subjek berkenaan adalah mengenai Doktrin Pengasingan Kuasa.
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa, Kritik, Politik

Thanks sayang….

Sayang…
terima kasih kerana memberikan harapan baru buat diri ini.
Ketahuilah yang sesungguhnya aku akan terus menyayangi kamu,selagi aku diberi ruang oleh Allah untuk hidup…
Terima kasih sayang!

Filed under: Catatan

Nurin, Damailah Engkau Di Sana…

nurAllahyarham Nurin Jazlin Jazimin telahpun selamat dikebumikan petang semalam di Danau Kota, Setapak.

Dikhabarkan ribuan yang hadir, tanpa mengira agama dan bangsa untuk sama-sama mengiringi pemergian jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Nurin.

Dalam perjalanan untuk berbuka puasa semalam, saya sempat mendengar siaran radio Era. Seseorang menghubungi Linda Onn untuk menceritakan pengalamannya mengiringi jenazah Nurin.

Mengejutkan, setelah dimandikan jenazah tersebut, jenazah yang sebelum ini tidak kelihatan seperti Nurin, langsung berubah menyerupai Nurin, menyebabkan ramai yang melihatnya tambah yakin itulah Nurin yang sebenarnya. Subhanallah!
Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Sosial

nahdah@twitter

  • selesai mengunjungi ADUN Batu Caves di Pejabat Dun. | 3 days ago
  • pelik kenapa kematian Tawfiq Noorzan tidak diperjuangkan spt mereka perjuangkan keadilan utk Teoh Beng Hock.bukankah keduanya dizalimi? | 6 days ago
  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 1 week ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 1 week ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 2 weeks ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 119,052 kunjungan

Arkib