Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

InsyaAllah Yang Terakhir

Respon sahabat saya, Sdr Farrel:

Saudara menyatakan bahawa saudara akan menyanggah DSAI, seandainya beliau keluar dari perjuangan (WADAH KEADILAN) ini? Apakah dengan penyertaan beliau dalam UMNO membisakan saudara menyatakan bahawa beliau mengkhianati perjuangan ini? Sedangkan saudara sendiri tahu bahawa UMNO adalah WADAH terbaik dalam menjana dan merealisasikan misi perjuangan (PERJUANGAN WADAH) ini, iaitu AGENDA MALAYSIA BARU.

Apakah saudara hanya memperjuangankan WADAH? atau saudara memperjuangankan PERJUANGAN WADAH tersebut, iaitu merealisasikan AGENDA MALAYSIA BARU? Kenyataan saudara memperlihatkan saudara hanya memperjuangankan WADAH, bukannya (misi) PERJUANGAN WADAH. Kerana WADAH bukanlah sesuatu yang relavansi berkadaran pada setiap masa. Dulu UMNO adalah WADAH terbaik, kini mungkin KEADILAN yang terbaik, tetapi belum pasti ia akan terus menjadi terbaik dan tidak mustahil UMNO akan kembali menjadi yang terbaik semula dan seterusnya melayakkan kita menjadikan ia WADAH. Apakah saudara akan mengekalkan diri saudara dalam WADAH ini dan terus mempertahankan WADAH ini atau saudara akan meninggalkannya lalu menyertai pasukan Lokman Adam, Ruslan Kassim ataupun Ezam Mohd Noor mungkin Zukri Aksah?

Saya sekadar memfilontropiakan idea, UMNO Dulu-dulu, Dahulu dan Mungkinkah Akan Datang?” (…kini ditiadakan)

Perdebatan kian hangat dek kerana sepatah ayat yang saya nukilkan : Malah kalau DSAI sendiri memilih untuk keluar daripada perjuangan ini kerana percaturan peribadi, maka beliau juga akan saya sanggah.

Saya meminta sesiapa saja yang membaca agar tidak melarikan skop diskusi daripada pokok pangkal asal. Asal perbincangan ini bermula apabila saya mengeluarkan pendapat apakah benar KeADILan tidak dipimpin matang, secara diktator dan kepimpinan lemah sebagaimana yang dilemparkan oleh Mantan Ketua AMK, Sdr Ezam.

Ini perkara asas.

Pada hemat saya, ‘keluar daripada perjuangan’ tidak boleh dilihat dalam skop yang kecil, iaitu sekadar wadah semata-mata. “perjuangan” yang saya istilahkan lebih bersifat menyeluruh, persoalan merencanakan agenda. Dalam erti kata yang mudah, agenda dan wadah berada dalam ‘kapal’ yang sama, menuju destinasi yang satu. Tidak perlu timbul isu persoalan berbeda, samada perjuangan ataupun wadah perjuangan.

Apa guna kita berjuang, punyai agenda yang maha hebat, tetapi wadah yang dipilih terus silap, menyimpang daripada haluan menuju destinasi yang dituju? Dalam konteks keluarnya ahli-ahli KeADILan kononnya sudah tidak yakin dengan kepimpinan KeADILan dan mahu berjuang daripada luar parti politik, saya melihat di tahap mana kebijaksanaan yang ditaruhkan.

Apakah tahap kematangan rakyat Malaysia sudah berada di tahap yang begitu dasyat, sehingga boleh mengubah situasi hanya melalui jalanraya, tanpa perlu melalui proses pilihanraya? Saya tidak mengatakan bahawa ‘mass force’ (tekanan massa) tidak penting, tetapi saya melihat ‘mass force’ lebih berperanan sebagai melengkapi ‘political force’. Dalam iklim Malaysia, perubahan secara dominan perlu dimulakan melalui sistem politik.

Saya boleh bersetuju bahawa relevansi wadah tidak berkadaran dengan masa. Tetapi tidak sukar menilai keperluan sesuatu wadah untuk didukung mendepani perjuangan agar perjuangan sampai ke destinasi yang tepat. Pada saya, gagal memilih wadah yang betul, sama seperti menaiki kereta yang tidak ada stereng, enjinnya jahanam, tayarnya botak, untuk berkelana seluruh Semenanjung Malaysia. Saya yakin, kalau ini senario yang kita pilih, maka tawakal lah menghadapi risiko.

Pada saya, saya boleh menghormati sesiapa saja yang keluar parti, kalau mereka merasakan wadah ini tidak sesuai. Pak Abu (Saari Sungib) keluar KeADILan, Annuar Tahir keluar KeADILan, tetapi mereka tidak mencemuh parti bahawa parti ini tidak ada masa depan, dipimpin diktator dan sebagainya. Hatta Rahman Othman pun, dia keluar dengan hormat, hanya menyatakan ‘yang penting kita masih berada di dalam barisan pembangkang’, meskipun satu ketika dahulu tatkala meletakkan jawatan Bendahari Agung beliau turut mengecam parti.

Dr Muhamad Nur Manuty, dahulunya calon Timbalan Presiden KeADILan (2001), tetapi apabila beliau tewas, ya, beliau memilih tidak aktif di dalam KeADILan lagi, dan terus berpencak di pentas NGO. Tetapi adakah beliau melakukan perkara yang seumpama yang berlaku kini?

Di saat ada bukti bahawa wujud usaha terancang mempengaruhi orang untuk keluar parti, kononnya ini bukan masa sesuai untuk berpolitik, akan nobatkan Anwar untuk jadi PM tahun 2012, fakta ini terus tinggal usang tidak berjawab.

Ya, Anwar akan saya sanggah, kalau ‘tuning’ perjuangan ini lari dari apa yang beliau perjuangkan sedari dulu. Dan kalau beliau memilih Umno pun, saya tetap sanggah meskipun saudara mungkin berpendapat bahawa Umno punya ruang untuk berubah. Kerana saya berpegang pada kata-kata Anwar sendiri, “Umno ibarat kereta yang rosak parah, justeru membaikinya sama dengan menukar kereta baru.”

Tuntasnya, tidak ada masalah menukar wadah, tetapi biarlah wadah itu berkesan, dan paling penting tidak rosak. Apa guna berjuang melaung kalimah semangat, tetapi salah memilih wadah, akhir nanti kekal sesat mencari destinasi.

Menukar wadah juga bukan satu pengkhianatan, tetapi sesiapa saja boleh menilai samada wujud unsur pengkhianatan atau tidak, kalau memilih untuk menukar wadah, kemudian memalitkan kekotoran pada wadah yang ditinggalkan. Pastinya itu tidak bijak.

Yang membezakan manusia sesama manusia, pada perkiraan saya ada dua, iman dan prinsip. Maka apabila seseorang itu teguh prinsipnya, penghormatan saya berhak beliau peroleh. Tetapi kalau perilaku bercanggah dengan prinsip, jangan ditanya kenapa mereka dicemuh.

Pada saya, yang keluar, biar lah keluar. Kalau dulu pernah dipopularkan kalimat, “Seorang Anwar dan Ezam di dalam, seribu Anwar dan Ezam akan muncul di luar.” InsyaAllah doakan saja pada Allah Maha Esa segala-galanya berjalan sebagaimana aturanNya.

Jazakallah Bi Khair..

Filed under: Catatan, Politik

3 Responses

  1. UMNOsupporter berkata:

    sUDAH! ANDA MESTI MASOK UMNO PUNYA KERANA ANDA SOKONG ANWAR SEBENARNYA DARI SEMANGAT PARTI…SAYA RASA SEPERTI ITU LA!

  2. adihamka berkata:

    saya sarankan baca semula,dan hadam betul-betul.

  3. dean penang berkata:

    SAYA SETUJU DENGAN PENDAPAT SAUDARA HIDAYAT.SAYA BERPENDAPAT ADALAH LEBIH BAIK ANWAR DALAM BENTUK PERJUANGAN PKR INI KERANA PKR ADALAH WADAH TERBAIK UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM DAN AGAMA.PKR ADALAH WADAH BARU RAKYAT MALAYSIA.KALAUPUN BETUL ANWAR DIUNDANG MENYERTAI UMNO SEMULA,ROH,SEMANGAT DAN BENTUK PERJUANGAN SEPERTI PKR MESTI DIKEKALKAN.MAKSUD SAYA UMNO MESTI JADI PARTI BERBILANG KAUM DAN AGAMA DENGAN ANWAR MESTI DIBERIKAN JAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.ANWAR TIDAK HARUS MENGULANGI KESILAPAN LALU DAN TERLALU PERCAYAKAN PIMPINAN UMNO.ANWAR NAK MASUK UMNO BOLEH TAPI BELIAU MESTI DIBERI KERUSI PERDANA MENTERI UNTUK MUDAH BELIAU MENUNJUKKAN KETOKOHANNYA SERTA JANJINYA KEPADA RAKYAT SELAMA INI.SATU LAGI UMNO MESTI DIBUKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA PELBAGAI KAUM DAN AGAMA SEPERTI PKR.MAKA PADA SAAT ITU UMNO HARUS BERUBAH NAMA KEPADA ‘UNITED MALAYSIAN NATIONALITY ORGANISATION’ DENGAN ANWAR MEMIMPIN KITA SEBAGAI PERDANA MENTERI.FIKIR2KAN!SALAM PERJUANGAN….

Leave a Reply

Arkib