Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Salam Kemerdekaan

masyhurDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Saya pernah dijemput oleh TV3 untuk menjayakan program kendalian MyTV3, yang bertujuan untuk mengupas sejarah Tunku Abdul Rahman sempena ulang tahun ke 50 kemerdekaan. Saya bersama seorang lagi rakan, saya lupa nama beliau, di bawa ke Memorial Tunku Abdul Rahman untuk menjayakan program berkenaan. Antara lain kami melakukan tour di seluruh memorial tersebut dan setiap seorang kami diminta mengulas mengenai jasa Tunku dan nilai kemerdekaan dari perspektif anak muda. Saya menekankan betapa Pemasyhuran Kemerdekaan di atas adalah intipati penting ke arah pembinaan negara Malaysia moden agar kita tidak lari dari asas demokrasi dan prinsip kesaksamaan.

Paling membanggakan saya apabila saya dibenarkan untuk memegang sendiri manuskrip asal Pemasyhuran Kemerdekaan di atas, yang dahulunya dipegang Tunku tatkala melafazkan kalimah ‘merdeka!’ sebanyak 7 kali di Stadium Merdeka. Pengalaman itu pastinya berharga kerana kesempatan itu tidak mungkin diperoleh dengan mudah oleh sesiapapun.

Perkara yang paling asas yang paling saya lihat, ialah apabila Pemasyhuran ini tidak diletakkan sebagai asas dalam pembelajaran subjek Sejarah di peringkat sekolah. Sedangkan ini adalah intipati penting yang menjadi asas kepada pembentukan negara, malahan membawa kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tulang belakang sistem perundangan Malaysia hari ini.

Jujurnya saya melihat Pemasyhuran ini wajar dan wajib dijadikan teks wajib untuk dikaji dan dihadam dengan pemahaman yang jelas dan tinggi agar nilai kemerdekaan Malaysia ini mempunyai makna, dari aspek pemugaran nilai-nilai demokrasi dan integrasi bangsa.

Penekanan prinsip kebebasan dan keadilan tidak boleh dilihat dalam skop yang kecil, dan perlu dilihat dalam kerangka yang besar agar pemahaman kita ke atas hak kita sebagai rakyat Malaysia boleh terjamin dan terbela tanpa diganggu gugat oleh apa jua anasir.

Menggelapkan Pemasyhuran ini sama ertinya menggelapkan minda anak-anak pasca merdeka daripada memahami erti dan nilai demokrasi dalam acuan yang sebenarnya.

Salam Kemerdekaan ke 50 daripada saya, buat warga Malaysia merdeka sekaliannya.

Filed under: Catatan

“Setelah 50 tahun: Mahasiswa Belum Sedar”

Pertandingan akhir debat yang saya hakimi hujung minggu lepas, usulnya berbunyi, “Setelah 50 tahun: Mahasiswa Belum Sedar“.

Dan melihat kepada video ini, persoalan di atas meninggalkan tanda soal besar di dalam minda saya, yang saya begitu berharap dibalas dengan komentar ikhlas rakan-rakan siswa/i di luar sana.

Apakah anda belum sedar, sudah sedar, ataupun masih nanar?

Lihat dalam kerangka besar, jangan lihat dalam perspektif politik semata-mata.Dari konteks pencakar langit, kita jauh meninggalkan Indonesia, pun begitu dalam konteks pencerahan minda mahasiswa, kita perlu akui kita ketinggalan jauh di belakang mereka.

Jawapannya ada dalam diri anda. Wajar kita debatkan usul ini serasional mungkin.

Filed under: Catatan, Politik

Tambang Teksi & Bas Naik Kerana ‘Paling Murah Di Dunia’?

Di Mstar disiarkan berita Tambang bas dan teksi mungkin dinaikkan. Ulasan mudah Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi:

“Saya telah memberitahu Kabinet hari ini mengenai perlunya kajian seperti itu bagi mengenal pasti sama ada struktur tambang sekarang terlalu murah sehingga menyebabkan pengusaha bas ekspres dan teksi tidak dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan ciri keselamatan kenderaan mereka.

“Kita juga perlu tahu sama ada struktur tambang sekarang sesuai dengan kos operasi mereka. Umum mengetahui bahawa tambang bas dan teksi di negara ini adalah antara yang termurah di dunia..

Itulah alasan yang popular diguna pakai oleh pemerintah Malaysia untuk menaikkan apa juga harga barang atau perkhidmatan. Harga petrol dinaikkan, alasan yang sama, sebab petrol di Malaysia paling murah di dunia. Harga gula dinaikkan, kerana paling murah di dunia. Dan kini pengangkutan awam di Malaysia pula bakal menerima habuan hanya kerana kadar tambang di Malaysia paling murah di dunia!
Read the rest of this entry »

Filed under: Catatan, Sukan

Tahniah Bola Sepak Malaysia!

Minggu lalu minggu yang betul-betul sibuk. Hujung minggu lepas balik ke kampus di Melaka, menerima jemputan junior untuk menjadi hakim debat.

Saya menulis ini sambil menonton televisyen, menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Myanmar di Perlawanan Akhir Pesta Bola Piala Merdeka 2007. Tidak dapat menonton keseluruhan match, kerana ada pihak yang menuntut hak menonton drama Duranni di Astro Ria (drama paling keji yang pernah saya tonton sepanjang hidup!).

Alhamdulillah…Harimau Malaya kembali mengasah taring. Kemenangan 3-1 adalah sesuatu yang diharapkan selepas mereka menewaskan Singapura di peringkat separuh akhir.
Read the rest of this entry »

Filed under: Sukan

Fantasy Premier League

Fantasy Premier League..Kegilaan menyertai game ini betul-betul dinantikan ramai peminat EPL. Saya baru saja kenal game ini pada musim lepas, itu pun terlewat masuk, maka gagallah untuk bersaing dengan gagah. Haha!

Dan pastinya musim ini tidak mahu ketinggalan untuk ‘merempit’ di peringkat Liga Maya yang tersedia di premierleague.com. Dan saya mempertaruhkan dua pasukan kali ini, apa namanya? Jogho FC dan satu lagi, biarlah menjadi rahsia.. :D

Pasukan 1: Jogho FC
team1

Pasukan 2: M**-T***-P***** FC
team2

Filed under: EPL, Sukan

nahdah@twitter

  • Jumpa Chin Peng taknak,Menteri Ptahanan jumpa Ehud Barak boleh pulak? RT @mstaronline: Najib Tidak Akan Jumpa Chin Peng http://bit.ly/4xD3fM | 17 hours ago
  • Nak jual Celcom Broadband USB Modem. Baru beli 3 bulan,rarely used. RM150 #fb | 1 day ago
  • ucapkan selamat pagi buat semua rakan kicau dan muka sebuku :) #fb | 1 day ago
  • Mufti Harussani marah Tok Guru berdoa,kononnya haram.nak tanya skit: Jom Heboh,rasuah,fitnah,bunuh,tindas rakyat - semua ni haram ke halal? | 1 day ago
  • Timpres Umno akan sentiasa m'yerang karakter Tok Guru Nik Aziz dan @anwaribrahim, tp sama sekali takkan berani b'silat hujah secara jantan. | 1 day ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 119,435 kunjungan

Arkib