Dari seorang pendekar politik Ezam kini menjadi seorang political desperado. Dari sanad-sanad yang saya tidak punya alasan untuk meraguinya pendekar Jawa kita sampai ke Masjid Tanah, bukan untuk makan rendang itek kerana dia datang bukan hari Selasa, tetapi untuk berjumpa pendekar-pendekar politik di sana untuk mengajak mereka keluar dari Keadilan dan menyertai Gerak.
Dari sanad-sanad yang juga boleh dipercayai dia menalipon Din Binjai, dan si penerima panggilan merakamkan perbualan. “2008 Anwar Ibrahim akan kalah, tetapi 2012 saya akan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” kata pendekar Jawa itu.
Apakah strategi pendekar Jawa untuk menjadikan Anwar Ibrahim perdana menteri? Dengan keluar Keadilan berbondong-bondong dan masuk berduyun-duyun menyertai Gerak.
Apakah misi Gerak? Menyerahkan dokumen-dokumen rasuah menteri-menteri kepada perdana menteri yang memberikan kontrak kepada anaknya untuk membekalkan makanan tentera selama 15 tahun.
Skandal Scormi? Dan kisah menantu pm yang dibabadkan di sana sini? Namun pendekar politik ini amat percaya dengan perdana menteri yang menjaminkan belajanwan defisit sehingga 2010. Maka pendekar ini pun menyerang orang yang dianggapnya bapa, mengatakan bapanya “diktator”, “lemah kerana dikuasi kumpulan elit.”
Gamaknya seperti Lu Bu dalam San Guo yang membunuh Ding Yuan, orang yang pendekar itu anggap sebagai bapa, untuk berpaling tadah kepada Dong Zhuo. Kemudian Lu Bu memanggil Dong Zhuo sebagai bapanya yang baru. Apakah pendekar Jawa kita mencari bapa politik yang baru?
dipetik daripada blog khalidjaafar.blogspot.com
Saya petik initipati utama penulisan Pak Khalid di dalam entri Babad Pendekar Jawa (4), yang ramai kurang nampak isi di atas kerana terkesima dengan penceritaan Pak Khalid berkenaan Timi, anak Ananda Krishnan.
Dan petikan tersebut akan saya gunakan untuk memberikan respon kepada sahabat saya, Farrel, sebagaimana yang diluahkan di blog beliau, Evaluasi Reformasi.
Saya akui bahawa ramai yang telah mengambil keputusan untuk berhijrah daripada KeADILan kepada PAS. Bukan sahaja Anuar Tahir, tetapi Saari Sungib juga kini adalah Ketua Penerangan PAS Selangor dan PAS Bahagian Gombak. Pun begitu adakah ini merupakan satu ancaman kepada KeADILan? Saya percaya bahawa di dalam politik ada beberapa fasa di mana kita akan merasakan bahawa kesesuaian kita untuk berada di dalam satu-satu gerakan itu boleh diperkemas dengan menukar platform perjuangan, asalkan penanda aras perjuangan kekal berkiblatkan matlamat yang sama, bukan kepentingan peribadi yang meletakkan jawatan dan wang sebagai mauduk utama.
Jangan lupa bahawa Dato’ Yeop Adlan Rose juga satu ketika dulu adalah pimpinan PAS dan pernah bertanding atas tiket PAS di Kuala Langat pada tahun 2004, dan kini adalah ahli KeADILan. Adakah ini memberi gambaran bahawa Dato’ Yeop Adlan tidak sesuai dalam PAS? Perubahan platform perjuangan ini adalah fasa biasa, meskipun mungkin dipandang berbeza oleh komuniti politik. Dan sebab itulah saya tidak akan menyimpan rasa pelik andai Ezam dan ahli-ahli Gerak meluncur masuk ke dalam Umno sebelum pilihanraya,.
Sdr Farrel membangkitkan mengenai bagaimana DSAI hanya memberikan tumpuan untuk menyerang TPM dan amat jarang menyerang PM dan Naib Ketua Pemuda Umno.
Saya fikir isu ini begitu popular dibangkitkan lewat kempen Pilihanraya Kecil DUN Ijok, seolah-olah DSAI dan KeADILan bankrap isu apabila hanya menyerang beberapa individu. Pun begitu saya melihat ini hanyalah satu bentuk camouflage yang dilakukan oleh media, dengan hanya memberikan penumpuan ke atas beberapa isu terpilih yang boleh memberikan keuntungan kepada sesetengah pihak lantas menjadi liabiliti kepada KeADILan dan imej DSAI khususnya.
Pendedahan mengenai kontrak percetakan wang sebanyak RM600 juta, tidak dihebah kepada umum apatah lagi dalam keadaan ia antara lain mempertikaikan kredibiliti Menteri Kewangan. Jangan lupa juga kredibiliti Malaysia sebagai pemimpin OIC, Isu Transmile, dan banyak lagi pendedahan DSAI yang digelapkan.
Naib Ketua Pemuda Umno menyerang DSAI mengenai Yayasan Masa Hadapan, dan telah dijawab dengan kemas oleh DSAI.Tetapi apabila soalan mengenai wujud usaha melobi Jack Abramoff dan perlantikan Gordon Sach sebagai Penasihat Khazanah, tidak pula dijawab Naib Ketua Pemuda Umno.
Apabila kes Altantuya dikaitkan dengan beberapa elit politik,maka media memeriahkan serangan KeADILan ke atas TPM. Sedangkan isu yang berbangkitkan adalah integriti dan akauntabiliti kerajaan, bukan serangan peribadi. Saya tidak berminat untuk mengulas isu ini, kerana ada yang lebih arif boleh memainkan peranan berbanding saya.
Saya kekal menyatakan pendapat bahawa, KeADILan bukan parti yang meletakkan kiblat perjuangan hanya pada idealisme individu. Yang didukung adalah harapan dan perubahan untuk rakyat. Malah kalau DSAI sendiri memilih untuk keluar daripada perjuangan ini kerana percaturan peribadi, maka beliau juga akan saya sanggah.
Isunya kini adalah siapa yang perlu kita percaya, Anwar kah, Azmin kah, Ezam kah?
Saya tidak melihat ini adalah kemelut parti, ini lebih kepada kemelut peribadi. Dan ‘Babad Pengkhianatan Pendekar Jawa’ nukilan Pak Khalid cukup untuk memberi deskripsi jelas mengenai perjalanan ‘permasalahan’ ini. Dan pada saya, saya memilih untuk tidak bersetuju dengan Ezam adalah kerana beliau bertindak melemahkan KeADILan, di saat banyak persoalan yang masih gagal beliau jawab, termasuklah dakwaan Pak Khalid yang saya gunakan sebagai pemula entri di atas.
Sebagai parti politik yang dikelola manusia, masalah pasti akan ada di mana-mana, tidak terkecuali KeADILan. Krisis pasti ada, kerana KeADILan sendiripu dilahirkan atas dasar krisis.Tetapi yang menjadi garis pemisah antara kebijaksanaan dan ketidakmatangan pemimpin adalah bagaimana masalah dan krisis dipandu dengan bijak.
Mendedahkan kelemahan parti boleh dilihat tindakan yang gentleman, tetapi orang akan lebih melihat kita gentleman apabila kita berjaya melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan di saat kita mempunyai kapasiti yang penting dalam parti.
Saya tidak membela Anwar, tidak membela Azmin, jauh sekali Ezam. Yang saya bela adalah kepercayaan saya ke atas KeADILan.
Anwar, meskipun kesal, tetapi masih bersikap husnuzzan ke atas Ezam, di saat anak didiknya itu menyerang beliau dan menggesa ramai meninggalkan KeADILan.
Dan kalaulah betul Anwar adalah ‘diktator dan pemimpin yang lemah’, untuk apa dijanjikan kepada ahli KeADILan bahawa ’saya akan menobatkan Anwar sebagai PM menjelang 2012′?
Siapa yang lemah, boleh kita nilai.
Seperti dalam petikan kata-kata kamu juga, sokongan terhadap anwar bukanlah kepada batang tubuh itu sendiri tetapi idealogi beliau yang kita akan dukung walaupun beliau sudah tidak ada lagi.
brader,
asyik kira buah catur politik je, bila nak teh tarik?
Satu ulasan yang informatif. Ini antara beberapa ulasan menarik perihal konflik Ezam vs PKR. Akan lebih menarik lagi jika ada respon dari Ezam atau para pendokong Gerak.
Pak Rastom, terima kasih atas komentar. saya tidak berniat untuk melancarkan perang, tetapi saya sekadar menyatakan pendapat. dan saya juga menanti respon balas sesiapa saja untuk bertukar sisi pandangan.
saya berkongsi prinsip dengan saudara, moga asas prinsip ini akan dijadikan rujukan kepada tindakan-tindakan yang seterusnya.
pada hemat saya, saya memperjuangankan kebenaran, andainya kebenaran itu dibawa oleh Barisan Nasional, maka saya akan dokong.. begitu juga sebaliknya…
terimakasih atas respon anda, mungkin agak lewat saya merespon.. dan rasanya tidak perlu untuk merespon panjang.. sbb segalanya telah saudara ulaskan dengan dalam juga mendalam..
salam perjuangan…