Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Benarkah KeADILan Tidak Dipimpin Matang?

Sewaktu saya membaca laporan Utusan Malaysia, KeADILan Tidak Dipimpin Matang: Ezam, kepala saya terus ligat berfikir, siapa sebenarnya tidak matang?

Saya teringat akan satu surat pembaca yang pernah disiarkan oleh Malaysia Today, keras tajuknya, ‘Saudara Ezam Mohd Noor dicadang letak jawatan lebih awal.’ Surat ini disiarkan pada 1 Januari 2006. Demi menjunjung kematangan politik, wajar juga persoalan yang dibangkitkan di dalam surat tersebut dijawab oleh juak-juak pihak tertentu.

Ingat, sebagaimana yang pernah saya sebut dan tegaskan dulu, Ezam saya sanjung sebagai ikon gerakan kepemudaan KeADILan, tetapi dengan menghenyak parti di saat Pilihanraya Umum kian hampir, saya berasa amat sedih dan tidak fikir itu adalah tanda kematangan yang tinggi.

Filed under: Catatan, Politik

6 Responses

  1. keadilan berkata:

    kasi lah peluang pada keadilan utk memerintah..

  2. Farrel berkata:

    keadilan tidak matang? mungkin ada asas hujah ezam tersebut..

    tidak perlu kita menafikan tetapi sebaiknya kita perbaiki, evaluasi dan reformasi …perjuangan dan parti kita..

    andainya isu yg ditimbulkan oleh ezam tiada asasnya, mana mungkin timbul isu perletakan jawatan beramai-ramai dlm keadilan (tidak termasuk penarikdirian beramai2 pencalonan dlm AMK baru-baru ini-yg menyebabkan saya amat kecewa)…

    walaubagaimanapun saya percaya.. masih ada peluang dan ruang utk keadilan merobah dan mereformasi parti… moga niat suci ini dipermudahkan oleh Maha Pencipta kita!

  3. adihamka berkata:

    sdr Farrel,
    ketidakmatangan yang saya maksudkan begini,dalam keadaan parti tidaklah sekuat mana,beliau terus menghentam.pada saya tindakan ini pun tidak matang. apatah lagi bahu beliau juga terpikul dengan pelbagai versi tuduhan yang tidak dijawab,yang nadanya hampir sama dengan apa yang dilempar Ezam.

    evaluasi itu penting,muhasabah diri.kelemahan perlu ditampung dengan daya usaha,bukan tikam menikam.

    saya tidak melihat isu yg dibangkitkan ezam ini tidak berasas,cuma pada hemat saya, berkelakuan begini di saat2 genting sebegini memberi ruang seluas-luasnya untuk menjahanamkan gerakan secara sistematik.

    saya difahamkan daripada beberapa sumber,penarikan diri yg dibuat banyak dipengaruhi oleh Ezam sendiri,daripada penarikan diri AMK sehinggalah dlm mesyuarat bahagian shah alam yang lepas..

    dan ezam perlu tampil menjelaskan keadaan agar pendukung perjuangan tidak berterusan prejudis ke atas beliau.

  4. Farrel berkata:

    salam,

    Terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Mungkin kita sama-sama lebih bersetuju dengan pendekatan Saudara Saifuddin Nasution dan Anuar Tahir, yang keluar dari KEADILAN dengan senyap2, lalu masuk PAS tanpa sebarang pengistiharan. Kini Anuar Tahir menjadi AJK Pas Pusat manakala Saifuddin Nasution (pengurus yayasan milik PAS). Baru-baru ini Saifuddin dilantik menjadi Pengarah Strategik KEADILAN.

    Saya percaya kita berdua sendiri masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya yang berlaku! Sekarang kita cuma mampu tunggu dan lihat, siapa sebenarnya bersandiwara.. Antara Suadara Ezam atau DSAI Anwar!

    Saya percaya pejuangan-pejuang seperti Dr. Badrol Amin (beberapa kali saya mengendalikan program bersama beliau), Tian Chua, N.Gobalakrishnan, Mustafa Kamil Ayub dan beberapa pimpinan tertinggi keadilan memiliki keikhlasan dalam perjuangan.

    Saya agak kurang yakin dengan DS Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini berikutan tindakan beliau yang hanya menyerang peribadi TPM dan amat jarang menyerang PM. Apakah muslihat disebalik semua ini? Saya percaya saudara dan teman-teman yang lain pasti hanya mampu membisu, kerna jawapannya hanya ada pada Anwar, Ezam dan Azmin.

  5. farrel berkata:

    Ulasan saya boleh dirujuk melalui http://evaluasireformasi.blogspot.com

    Terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Mungkin kita sama-sama lebih bersetuju dengan pendekatan Saudara Saifuddin Nasution dan Saudara Anuar Tahir, yang keluar dari KEADILAN dengan senyap-senyap, lalu masuk PAS tanpa sebarang pengisytiharan. Kini Saudara Anuar Tahir menjadi AJK PAS Pusat manakala Saudara Saifuddin Nasution (Pengurus Yayasan milik PAS) dan baru-baru ini beliau dilamar semula oleh DSAI dan dilantik menjadi Pengarah Strategi KEADILAN.

    Saya percaya kita berdua sendiri masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya yang berlaku! Sekarang kita cuma mampu tunggu dan lihat, siapa sebenarnya bersandiwara. Antara DS Anwar, Saudara Azmin Ali atau Saudara Ezam!

    Saya percaya pejuangan-pejuang seperti Dr. Badrol Amin, Tian Chua, Sivarasa Rasiah, N.Gobalakrishnan, Mustafa Kamil Ayub dan beberapa pimpinan tertinggi KEADILAN masih memiliki keikhlasan dan kejujuran yang tinggi dalam perjuangan.

    Saya cuma agak kurang yakin dengan DS Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini berikutan tindakan beliau yang hanya menyerang peribadi TPM dan amat jarang menyerang PM dan Naib Ketua Pemuda UMNO, seolah-olah memiliki suatu agenda tersirat atau mungkin ada formulasi sulit tertentu yang bisa membinasakan perjuangan KEADILAN atau mungkin juga ia satu formulasi sulit yang bisa memperkasakan perjuangan KEADILAN? Apakah muslihat disebalik semua ini? Saya percaya saudara dan teman-teman yang lain pasti hanya mampu membisu tanpa sebarang jawapan, kerana jawapannya hanya ada pada DS Anwar, Saudara Azmin dan Saudara Ezam sahaja. Persoalannya kini, wajarkah kita hanya tunggu dan lihat?

  6. [...] daripada pokok pangkal asal. Asal perbincangan ini bermula apabila saya mengeluarkan pendapat apakah benar KeADILan tidak dipimpin matang, secara diktator dan kepimpinan lemah sebagaimana yang dilemparkan oleh Mantan Ketua AMK, Sdr [...]

Leave a Reply

Arkib