Duti rokok naik 15 sen
KUALA LUMPUR 2 Julai – Duti eksais ke atas rokok dinaikkan kepada 15 sen berkuatkuasa 4 petang hari ini daripada 12 sen sebelum ini, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dengan kenaikan itu, duti bagi satu paket 20 batang rokok kini meningkat sebanyak 60 sen.
Kementerian Kewangan berkata, langkah itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta menangani masalah sosial akibat merokok, terutama dalam kalangan golongan muda.
– Bernama
Ini antara perkembangan terbaru yang saya yakin menaikkan darah segeolongan besar masyarakat di luar. Harga rokok naik lagi!
Dengan ini, Dunhill 20 akan jadi RM8, Lucky Strike RM8.60, dan lain-lain akan naik harga juga.
Kononnya hendak menangani masalah sosial, maka harga dinaikkan. Kepada masyarakat, ingat, bulan Oktober atau November akan dilangsungkan Belanjawan 2008, dan confirm, harga rokok akan naik lagi!
Saya sebetulnya tidak ada kapasiti untuk marah, sebab saya tidak merokok. Ayah dan pakcik-pakcik pasti bengang sebab mereka perokok setia!
Tetapi adakah masalah akan selesai dengan naikkan harga? Di 7 Eleven dan kedai-kedai mamak masih ramai pelajar sekolah yang berkongsi wang saku membeli sekotak rokok, naiklah harga macam mana pun, sedut tetap sedut.
Yang bermasalah adalah dasar sosial kita, bukan rokok. Pada saya, rokok bukan isu, bukan punca masalah. Yang bermasalah adalah manusia, maka manusia yang perlu diperbetulkan. Menyekat ‘keseronokan’ mereka hanya menambah masalah.
Sama seperti dadah, sekadar haramkan takkan selesai masalah, yang perlu dilakukan adalah memastikan ia tidak wujud sebagai satu komoditi negara.Kalau setakat mengharamkan, tetapi biarkan ia berlegar seluruh negara, lebih ramailah penagih tegar yang akan lahir!
Yang pasti ini salah satu petanda pilihanraya. Pilihanraya? Yup,itu lah pendapat saya,dan bakal saya ulas dalam entri akan datang.
Tapi jelas, rakyat (walaupun bukan semua) terus berhadapan dengan beban inflasi. Bak kata sahabat karib saya Zul sewaktu kami lepak di kedai mamak beberapa jam tadi…
“Aku lebih redha harga minyak naik dari harga rokok naik!”
Err…Zul, sungguh ke apa yang ko cakap ni?
Filed under: Analisa Dasar, Catatan
ah…. btol la pe yg membe ko ckap 2…..wlaupon aku ni bru 16 thun, tpi mmg aku kne sgt isap rkok…… so, aku rla klau moto xidup asal rkok bleh aku pam tiap2 ari….
yes…ur fren rite…
baik minyak lg…
rokok tu dah mcm bernafas…
susah nk benti cz rokok dah mcm satu tenaga untk badan..
xde rokok lemau jer…
tu yg non smokers x kn taw…
btw…pasal minyak tu…
x adil la stakat smokers je yg kne beban…sama2 rasa la…
xkira la sape pn…
bru btol “manusia yang perlu diperbetulkan”
naik harga rokok still ok la kot…
‘TEMAN YG X PERNAH MENGENAL ERTI SUSAH’
tu la nama nyer “ROKOK/CIGGARETS”
chill k~