Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Siasah Daily – Suara Alternatif Terbaru

siasahLihat banner iklan terbaru di Harakahdaily,tergerak terus untuk klik.Dan berita terbaru di Siasah Daily menarik untuk dibincangkan dan dibuat perbandingan.

BRASILIA, 27 Julai: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva memecat Menteri Pertahanannya, Waldir Pires, yang menguruskan keselamatan udara ekoran kemalangan sebuah kapal terbang yang menyebabkan kematian 200 orang minggu lalu.

Nelsom Jobim, bekas hakim Mahkamah Persekutuan dilantik menggantikan beliau untuk menjadikannya pegawai tertinggi mengawal system keselamatan udara Negara itu.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar (foto)menyifatkan apa yang dilakukan oleh Presiden Brazil itu sebagai lambang tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin negara berkenaan.

“Tetapi di negara kita, apa sahaja yang berlaku pemimpin tak kesah. Bukan kata nak letak jawatan atau memecat mereka yang bertanggungjawab, pulang dari bercuti dan menziarahi mangsa tragedi pun tidak,” kata beliau.

Kamarudin merujuk kepada kemalangan yang berlaku ke atas Helikopter Nuri yang menyebabkan kematian enam perwira negara baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan bercuti di luar negara bersama keluarga manakala timbalan beliau yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemalangan itu disebabkan cuaca buruk.

Padahal 16 tahun lalu, negara sudah digegarkan dengan kemalangan yang dialami oleh helikopter jenis yang sama dan Nuri dianggap sebagai ‘keranda terbang’.

Filed under: Catatan, Politik

Mentaliti Selektif

evanAkhir-akhir ini jarang dapat kesempatan untuk menulis,sibuk dengan beberapa perkara. Banyak isu yang menarik untuk diulas, antaranya ‘rendahnya martabat’ bloggers di mata Khairy Jamaluddin, sehingga monyet gelaran diberi.

Tak apa, akan saya ulas kemudian.

Dalam perjalanan ke Cyberjaya pagi tadi, satu poster besar terpampang di pinggir jalan yang menarik perhatian saya, poster promosi Evan Almighty. Terkejut kerana filem ini ada ruang untuk disiarkan di Malaysia, sebuah negara Islam.

Evan Almighty adalah merupakan sekuel Bruce Almighty, yang saya pun tak pasti diharamkan atau pun tidak di Malaysia ini.Evan Almighty mengisahkan Evan Baxter dimaklumkan oleh ‘Tuhan’ lakonan Morgan Freeman bahawa akan berlaku banjir besar pada 22 September, dan beliau diarahkan untuk membina sebuah bahtera.

Suka saya mengingatkan pembaca,agar tidak menspesifikkan pemahaman ke atas entri ini mengenai persoalan aqidah Islam semata-mata,lihat dalam konteks pendekatan selektif yang gemar diambil sesetengah pihak,yang menggambarkan tidak ada konsistensi dalam perlaksanaan.Saya tidak prejudis pada mana-mana pihak,cuma berharap ia ada kesudahan yang positif.
Read the rest of this entry »

Filed under: Catatan, Hiburan

Kenapa Rakyat Malaysia Perlu Sokong Gaji Minimum

Ini adalah antara sebab kukuh kenapa kerajaan perlu dengan segera mempertimbangkan kadar gaji minimum kepada rakyat Malaysia, tanpa memberi alasan kurang cerdik. Berita dibawah tidak disiarkan oleh Harakah ataupun Suara Keadilan,sebaliknya Utusan Malaysia 24 Julai 2007.

Gaji PATI cecah RM4,000 sebulan
Utusan Malaysia, 24 Julai 2007
Oleh AZMAN IBRAHIM dan FARABI SHEIKH SAID

KUALA LUMPUR 23 Julai – Kadar upah lumayan sehingga mencecah RM4,000 sebulan terutama dalam sektor pembinaan merupakan faktor utama lebih sejuta pendatang asing tanpa izin (PATI) membanjiri negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, mereka juga tertarik untuk bekerja di negara ini yang menawarkan banyak peluang pekerjaan dan kehidupan yang jauh lebih stabil berbanding di negara mereka.
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa Dasar, Catatan

Talqin Buat PKR: Belum Sampai Masanya

rustamSaya membaca dengan penuh minat penulisan Rustam A Sani, yang saya ikuti sepanjang minggu melalui Siasah. Edisi minggu ini memaparkan catatan beliau mengenai pemergian Ezam daripada PKR.Boleh dibaca di blog Karya Semasa beliau.

Saya memilih untuk bersetuju dengan beliau dalam kesimpulan artikel beliau: Mungkin kita masih belum perlu menulis belasungkawa, apa lagi membaca talkin, buat PKR untuk beberapa lama lagi.

Kalau mengikut keperluan idea untuk melihat Malaysia berubah,nyata sekali bahawa prinsip perjuangan KeADILan tidak ada keperluan untuk ditalkinkan buat masa terdekat.Andai hanya menilai daripada krisis kepimpinan dan keluar masuk ahli,itu bukan penanda aras yang tepat untuk mengukur relevan atau tidak sesebuah gerakan massa seperti KeADILan.

Aneh sekali, jelas saya. Mengapa harus bingung? Singkap dan belek lembaran sejarah. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar meninggalkan parti dan menubuhkan IMP dan Parti Negara. Dua presiden (Yang Dipertua) Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn berpaling daripada Umno. Tunku Abdul Rahman berkempen menentang Umno dan BN yang dianggapnya mengkhianati perjuangan asal.

Gejala tersebut turut dialami Pas dengan keputusan Haji Ahmad Fuad, YDP pertama PAS menyertai Umno dan Dato’ Asri Hj Muda meninggalkan PAS dengan percubaan menghidupkan Hizbul Muslimin. <anwaribrahimblog.com>, 12 Julai 2007>

Read the rest of this entry »

Filed under: Catatan, KeADILan, Politik

Anda Cerdik Atau Tidak?

Sebelum memulakan penulisan, saya petik laporan Harakahdaily mengenai aktiviti Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perlis beberapa hari lepas.

Orang cerdik tidak mudah dipengaruhi media arus perdana – Anwar
Bashir Ishak
Sat | Jul 21, 07 | 12:45:36 PM

BESERI, 21 Julai (Hrkh) – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat untuk memilih menjadi orang cerdik dan tidak mudah terpengaruh dengan media yang digunakan untuk menipu rakyat.

Katanya, orang yang cerdik tidak akan percaya seluruhnya dengan sebarang dakyah yang disebarkan oleh media arus perdana yang cuba memperbodohkan rakyat.

“Orang yang cerdik akan menang, tapi yang kurang cerdik akan kalah dengan penipuan,” ujarnya.

Anwar juga mengingatkan para kakitangan kerajaan yang bakal menerima kenaikan gaji pada bulan ini agar turut menjadi golongan yang cerdik.

“Kalau naik gaji, harga barang tak naik baru kita seronok. Tapi kalau gaji naik, barang pun naik, minyak pun naik kita seronok, itu tidak cerdik namanya,” ujarnya.
Read the rest of this entry »

Filed under: Catatan, KeADILan, Politik

nahdah@twitter

  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 10 hours ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 4 days ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 1 week ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 week ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 week ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,690 kunjungan

Arkib