* kemaskini jam 3.00 petang
Malaysiakini dan KLPos.com semalam menyiarkan berita yang mengesahkan keluarnya Ezam Mohd Nor daripada KeADILan.
Saya percaya berita ini sedikit sebanyak menggemparkan, tetapi tidak mengejutkan. Kerana Ezam sendiri telah mengundur diri daripada semua jawatan di dalam KeADILan seawal April lepas. Dan berita ini lebih bersifat ending sebuah filem yang boleh dijangka.
Kenyataan Media Angkatan Muda boleh dirujuk di Laman Web AMK.
Berikut adalah Kenyataan Media AMK yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua AMK, Faris Musa:
Angkatan Muda KeADILan Malaysia (AMK) ingin menegaskan bahawa AMK di semua peringkat masih tetap penuh yakin dengan matlamat perjuangan parti dan kepimpinan
Dato` Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan reformasi dan perubahan di Malaysia.Tindakan beberapa kerat bekas kepimpinan yang keluar parti dan mengkritik parti
hanyalah petanda pilihanraya umum semakin hampir. Kalau kita mengimbas kembali senario
sebelum Pilihanraya Umum 1999 dan 2004, telah muncul beberapa bekas pimpinan Pemuda
KeADILan pada ketika itu, seperti Hamdan Taha, Zahid Md Arif, Lokman Nor Adam dan Wan
Indera Putra yang muncul di media arus perdana milik kerajaan, menyatakan kepimpinan
parti telah hilang tumpuan dan sebagainya.
Kami menjangkakan selepas ini lebih banyak lagi serangan yang bakal digerakkan dengan
menggunakan kelompok yang kecewa untuk mengganggu gugat tumpuan parti menghadapi
Pilihanraya Umum ke 12 kelak.AMK dengan tegas memberi amaran kepada Umno dan BN, segala tipu helah serta tawaran
mereka kepada sebahagian kecil ini, tidak pernah melunturkan tumpuan sebahagian besar
AMK untuk terus bergerak berhadapan mereka dalam pilihanraya.AMK juga ingin menolak dengan keras dakwaan lunturnya demokrasi di dalam parti.
KeADILan telah menunjukkan komitmen yang sungguh konsisten dan tegas dalam memperjuangkan demokrasi di dalam dan juga di luar parti.Persetujuan memilih Dato` Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua parti atau ‘de facto’ leader
dalam parti terhasil dari perdebatan terbuka di Kongres Tahunan KeADILan di Seremban,
Negeri Sembilan, Mei lalu.Pemilihan parti termasuk pimpinan AMK juga bebas dari cubaan mengatur pimpinan sebelum
pemilihan parti, dan cubaan menangguh pemilihan sebagaimana amalan Umno. Oleh itu tuduhan diktator kepada Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak berasas.Dengan semangat demokrasi yang sebati dengan jiwa parti, maka budaya mengkritik pimpinan
parti adalah begitu bebas dan dialu-alukan. Segala kritikan yang benar dan berasas akan
dibincangkan secara terbuka dan matang, bukan dengan bermotifkan gimik dan stunt politikFariz Musa
Timbalan Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Dan ini perkembangan terbaru dari KeADILan Bahagian Permatang Pauh:
Keadilan Permatang Pauh nafi tuduhan Ezam
Zulkifli Mohamed
PERMATANG PAUH: Timbalan Ketua Bahagian Keadilan Permatang Pauh, Che Mat Hashim menafikan sekerasnya tuduhan bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) Ezam Mohd Noor, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan bahagian itu bersikap berkecuali dengan tidak mencalonkan Dr Syed Husin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.
Tindakan itu dikatakan antara penyebab Ezam hilang kepercayaan terhadap Anwar dan bertindak keluar parti.
“Datuk Seri (Anwar) dan Datin Seri (Dr Wan Azizah) tidak pernah campurtangan, apatah lagi memberikan arahan kepada bahagian untuk mencalonkan sesiapa, mereka memberikan kebebasan sepenuhnya kepada kami,” tegasnya.
Apa yang sebenarnya berlaku, katanya ialah bekas Ketua Bahagian, Anuar Shaari yang yang juga rakan baik Ezam, telah menghalang bahagian mencalonkan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden, meskipun Azmin mendapat sokongan majoriti ahli jawatankuasa.
“Anuar mahu kami calonkan Dr Syed Husin, kerana katanya itu adalah arahan daripada Datuk Seri,” jelasnya.
Menurut Che Mat, beberapa jam sebelum mesyuarat bahagian 13 Mac lalu, Anuar memaklumkan kepada beberapa ahli jawatankuasa bahawa beliau mendapat arahan lisan dan bertulis (melalui emel) daripada Anwar yang mengarahkan bahagian mencalonkan Dr Syed.
Bagaimanapun, apabila didesak dalam mesyuarat khas bahagian, Anuar mengaku beliau berbohong menerima emel.
“Apabila ditanya sebab beliau berbohong, beliau tidak dapat memberikan jawapan, malah berkata itu adalah ‘advantange’ sebagai ketua bahagian,” tegasnya.
Ekoran itu, demi menjaga keharmonian parti, bahagian mengambil sikap berkecuali, tidak mencalonkan mana-mana pemimpin untuk sebarang jawatan, selain Dr Wan Azizah sebagai Presiden.
Dalam kenyataan kepada Malaysiakini semalam, Ezam mendakwa Anwar telah mengarahkan Permatang Pauh bersikap berkecuali dan tidak mencalonkan Dr Syed, yang bermakna ketua parti itu menyokong Azmin.
“Bagi saya, (Dr) Syed Husin (Ali) adalah penyandangnya (timbalan presiden), jika dia (Anwar) meminta bahagian tersebut supaya jangan mencalonkan Syed Husin, itu bermakna Anwar menyokong Azmin.
“Mengapa Anwar tidak boleh bertindak tegas dan kata ‘tidak’ kepada Azmin?” soalnya.
Ezam juga mendakwa arahan Anwar itu juga merupakan salah satu sebab Anuar keluar parti.
Berhubung tindakan Anuar keluar parti Mac lalu, Che Mat berkata ahli akar umbi telah menolaknya kerana beliau mengabaikan bahagian, lebih-lebih lagi kerana beliau dibayar elaun bulanan.
“Lebih tepat lagi, beliau kecewa kerana merasakan tidak akan dipilih sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, berdasarkan laporan Sistem Menang Pilihan raya (SISMEP) yang dibentangkan dalam mesyuarat bahagian.
“ 2/3 penyokong BA menolak beliau sebagai calon Penanti,” ujarnya
Sementara itu, Naib Ketua Zainal Abidin Saad yakin Ezam telah mendapat maklumat yang salah berhubung pemilihan Permatang Pauh.
“Ezam sepatutnya menghubungi kami untuk mendapat maklumat sebenar, dan bukannya hanya mendengar sebelah pihak,
“Sebagai Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Ezam sepatutnya menerima keputusan majoriti (demokrasi) dalam parti, dan bukannya membenarkan masalah peribadinya dengan Azmin membelenggu tindakannya.
“Kalau tidak, demokrasi yang diperjuangkannya hanya retorik kerana beliau sendiri gagal mempraktikkannya,” tegasnya.
Sad day for PKR already beset with internal problems and top leaders quitting one by one with the latest being Abdul Rahman Othman and Ezam. Particularly damaging is Ezam’s resignation as Ezam was one of Anwar’s top aides who could have been groomed for leadership. Anwar should have mediated in Ezam’s dispute with Azmin instead of appearing to take Azmin’s side as Ezam alleged.
Anwar and PKR should know that the only one who benefits from the internal bickerings of the party is UMNO which is also having internal problems, but which have now found the new PKR split among top leaders as diversion.
If Anwar and PKR hope to do well in the next GE, then it is high time they stop the rot in PKR before UMNO exploits it further. The way things are going in PKR, don’t be surprized if it loses its sole parliamentary seat of Permatang Pauh in the next GE and ends up with ZERO seats in parliament. The sole state seat in won in Padungan, Kuching, cannot be considered traditional PKR seat as it was won courtesy of the DAP.
Wake up PKR and Anwar before it is too late!!!
Padungan won courtesy of DAP?
I don’t think you were present during the state elections.
Pemimpin tertinggi perlu melihat isu pengunduran Ezam sebagai satu isu yang serius kerana ini menjejaskan kredibiliti parti sendiri. Sayap kanan dengan rela ‘mematahkan’ diri! Ini pastinya memberi impak negatif kepada parti.
Sebagai pemerhati, saya rasakan PKR telah goyah dan tiada penyatuan dalam parti. Sebagai orang luar, memang saya rasakan keputusan parti hanya dibuat oleh seorang sahaja! Siapa??
PKR wujud kerana memperjuangkan nasib Anwar ketika itu yang kononnya ditindas dan menuntut keadilan daripada pimpinan yang kononya mencabuli hak-haknya! Tapi sekarang… perjuangan itu telah samar… Apa sebenarnya perjuangan PKR? Apakah “Keadilan” yang sebenarnya dicari kalau dalam Parti Keadilan sendiri TIDAK ADIL?!!!
Saya mengharapkan Anwar atau Azizah sedar bahawa PKR bukanlah parti keluarga yang menagih simpati atas kejadian masa lalu!!!
Saya juga berharap agar Angkatan Muda Keadilan yang dipimpin oleh Syamsul Iskandar dan Fariz Musa, sedar dan tahu apakah perjuangan mereka yang sebenarnya. Buktikanlah kepada rakyat tentang kebenaran yang diperkatakan dan bongkarlah segala kepalsuan yang digembar-gemburkan! Berikanlah tenaga muda anda mempimpin anak muda masa kini! Satukanlah perpecahan yang telah terjadi!… Bersihkanlah segala noda yang terpalit! Tautkan kembali semua yang terpisah jauh…. KERANA.. perjuangan sebenar anda dalam menegakkan KEADILAN, masih jauh untuk diselesaikan……
[...] Keadilan Permatang Pauh, Che Mat Hashim di dalam satu kenyataan yang boleh di baca pada pautan ini: Sah Ezam Keluar PKR. Perkembangan ini boleh dilihat sebagai petanda yang PKR berada di dalam satu krisis, yang mana [...]
Wahai ahli2 PKR , sila keluar parti beramai-ramai kerana ini merupakan langkah pertama untuk membawa Anwar Ibrahim masuk UMNO…tidak berguna berjuang dengan satu perjuangan gula-gula kerana anda sudah digulakan dengan segala penipuan dan pembohongan sahaja Liaht sahaja, Ezam sudah pergi…apa tunggu lagi?? borang-borang UMNO sentiasa tersedia untuk anda masuk UMNO…sokong UMNO, anda akan mendapat manfaat kepada bangsa Melayu dengan kekayaan!!!
Kalau memikirkan soal kekayaan,ramai para Sahabat Nabi dulu boleh berpaling tadah daripada perjuangan Islam.Mungkin Rasul pun terima tawaran menjadi Gabenor Mekah dulu…
[...] Sah Ezam Keluar PKR * kemaskini jam 3.00 petang Malaysiakini dan KLPos.com semalam menyiarkan berita yang mengesahkan keluarnya Ezam Mohd […] [...]
Jika anda semua sokong parti Keadilan Rakyat PKR, negara ini akan lebih hebat untok dijajah secara langsung oleh Zionis…buang masa anda semua bertempik, melolong tentang keadilan sedangkan anda semua tidak faham, PKR hanya berjuang untok kepentingan Anwar Ibrahim sahaja. Ayoh! Borang-orang UMNO sentiasa berguni-guni di semua cawangan UMNO…Masuk UMNO Selamatlah kamu…,sokong PKR, durjanalah bangsa kita.
[...] calon Timb Presiden dibuat, yang mana konotasinya jelas menyokong Azmin. Telah dijelaskan oleh AJK Permatang Pauh sendiri bahawa tidak ada campur tangan [...]
pelik gak..kawasan yg tiada cawangan keadilan tapi PRU ada calon PKR
does anyone knows if there is any other information about this subject in other languages?
[...] Ezam sah keluar KeADILan dahulu, ramai merasakan yang KeADILan bakal ditalqinkan. Apatah lagi terlalu banyak konflik di [...]