Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Catatan Program Diskusi Agenda Ekonomi Baru Malaysia

Jumaat lepas telah berlangsung sebuah program anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) di Hotel Armada, PJ. Bertajuk ‘Agenda Ekonomi Baru Malaysia: Cabaran dan Harapan’, saya diamanahkan sebagai moderator pada majlis tersebut.

Yang sedikit ‘kacau’ ialah kelewatan saya untuk datang tepat pada waktu yang ditetapkan, disebabkan oleh hujan yang agak mengganggu lalulintas dan masalah biasa pekerja di KL, jalan sesak! saya cuma berjaya hadir pada jam 8.45 malam, 15 minit lewat! Hampir sejam setengah di dalam kereta..Ribuan maaf buat Pak Khalid dan Amir Sari..

Program malam itu dijayakan oleh 3 ahli panel yang kredibel, Profesor Rajah Rasiah (UM), Dr Dzulkefli Ahmad (PAS) dan Sdr Tony Pua (DAP).

Secara asasnya, sepanjang pengamatan saya, ketiga-tiga panel lebih menumpukan pembentangan mereka mengenai kelemahan-kelemahan di sebalik perlaksanaan DEB, dan hanya memberikan tumpuan mengulas mengenai Agenda Ekonomi Baru Malaysia (AEBM) ini hanya sewaktu mereka mengulas keseluruhan sesi pembentangan mereka.

ikd2

Prof Rajah Rasiah banyak mengupas mengenai kegagalan DEB khususnya di dalam konteks kebersaingan ekonomi Malaysia dalam fasa-fasa 70an sehingga awal tahun 2000, yang mana beliau banyak membuat perbandingan dalam keupayaan teknologi Malaysia dan negara-negara Asia yang lain.Fakta yang sedikit menarik bagi saya adalah apabila Prof Rajah turut memberitahu audiens yang beliau menarik diri dari menjadi salah seorang panel perancang dasar pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kerana beliau sangat tidak bersetuju dengan perlunya Singapura diberikan ruang yang luas untuk sama-sama membangunkan Johor.

ikd4

Manakala Dr Dzulkefli juga mengupas mengenai kelemahan DEB, tetapi lebih melihat dan menganalisis dalam konteks yang lebih bersifat lokal, dengan membuat perbandingan pencapaian ekonomi di dalam negara, yang mana kelemahan perlaksanaan DEB adalah jelas ketara apabila fakta yang beliau petik kebanyakannya merujuk kepada Statistik yang dikeluarkan oleh Kerajaan sendiri. Beliau juga mengaku bahawa beliau sedikit samar dengan apa yang menjadi intipati AEBM, yang turut ditekankan oleh Prof Rajah Rasiah sebelumnya. Maka pendekatan beliau membentangkan banyak mengenai kelemahan DEB sebagaimana Prof Rajah sebelumnya.

Agak menarik bila beliau turut mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit informasi berkenaan perlaksanaan ekonomi Islam yang lebih meluas konsepnya yang mana prinsip universal yang dibawakan melalui prinsip ekonomi Islam adalah paling sesuai dijadikan asas agenda ekonomi Malaysia untuk menggantikan DEB.

ikd5

Pembentangan Sdr Tony Pua saya kira antara yang paling menarik di kalangan semua. Mengulas kelemahan DEB dengan memberikan fakta-fakta menarik khususnya di dalam kelemahan perlaksanaan DEB dalam konteks pemberian kuota, subsidi dan juga bidang pendidikan Malaysia, dan di akhir pembentangan beliau turut optimis dengan keperluan adanya AEBM. Sebetulnya saya pengikut tetap blog kelolaan Tony, Education Malaysia, yang mengulaskan mengenai senario pengajian tinggi di Malaysia. Banyak sanggahan beliau ke atas sistem yang diamalkan di sesetengah universiti adalah tepat tetapi tidak dapat diterima oleh sesetengah orang.

Umumnya saya melihat diskusi ini lebih banyak menumpukan mengenai kelemahan DEB secara khusus. Kurang tumpuan perbincangan diberikan ke atas apakah cabaran yang bakal dihadapi AEBM dalam konteks perangkaan dasar dan perlaksanaan.

Saya berpendapat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu turun sendiri membentangkan apakah sebenarnya AEBM kerana ramai yang kurang jelas apakah sebenarnya AEBM ini. Dan pembentangan ataupun syarahan perdana Anwar itulah wajar disusuli dengan diskusi seumpama ini agar audiens, dan paling penting rakyat jelas mengenai apakah bentuk rupa AEBM dan sejauhmanakah ianya relevan untuk direalisasikan.

Tetapi jelas kelihatan,semua pihak bersetuju bahawa wujud keperluan optimum DEB digantikan dengan sebuah dasar ekonomi yang lebih segar dan seimbang untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengabaikan mana-mana kelompok yang tidak berkemampuan mahupun berasaskan sentimen perkauman.

Konsep ekonomi kebajikan yang ditekankan oleh Dr Dzulkefli, yang saya faham adalah antara intipati ucapan dasar Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan PAS di Kota Bharu baru-baru ini, adalah pendekatan yang rasional untuk diterima pakai dan diadaptasi.

Saya percaya harapan rakyat untuk melihat sebuah dasar ekonomi yang mapan dan lebih reaktif ke atas kehendak rakyat ditagih sepanjang masa oleh rakyat. Maka sudah sampai masanya AEBM digubal sehebat mungkin, paling penting perlaksanaannya mesti jauh lebih baik berganda-gandar berbanding prinsip DEB yang masih kekal di dalam setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan sekarang.

Paling penting, rakyat perlu terus berani untuk membuat perubahan agar ini mudah direalisasikan. :)

Filed under: Aktiviti, Catatan

9 Responses

  1. maisarah berkata:

    thanks kat shin coz bawak i pergi forum turr

  2. UMNOsupporter berkata:

    DEB memang ada kelemahannya…even Dr.Mahathir Mohamad mengatakan DEB perlu dikekalkan cuma perlu ada modifikasi sedikit…pada pendapat aku, DEB masih diperlukan cuma kerajaan boleh tengok kalu ada kesesuaian dengan AEBM, bolehlah ditambahkan agar menjadi ok sedikit..cuma aku berpendapat DEB masih diperlukan..Ya memang betul, Anwar Ibrahim perlu berikan penerangan secara terperinci berkenaan AEBM ini..aku pun tak tahu sangat apa benda nie?

  3. UMNOsupporter berkata:

    saudara, kenapa anda tidak mahu berjuang di dalam kerajaan? Mungkin anda akan berjaya jika dapat join UMNO dan menggilap diri anda menjadi pemimpin! Jika anda berjuang dengan PKR..adakah parti itu akan dapat memerintah Malaysia?

    PKR tidak akan dapat menewaskan UMNO, melainkan jika PKR dibubarkan, dan semua ahlinya especially Melayu masuk UMNO dan anda semua merubahkan UMNO itu sendiri.

    Anda juga mungkin akan mendapat pengiktirafan serta kesenangan indah jika dapat join UMNO. UMNO memerlukan anda untuk berjuang untuk kekayaan bangsa Melayu…anda mungkin akan menjadi Melayu berjaya dengan senang. Ini pendapat saya lah.

  4. UMNOsupporter berkata:

    Anda akan berjaya jika masuk UMNO..boleh mencari rezeki harta bertimbun-timbun di samping mencari makna Al-Ghazali, Al-Syafiee. Bukankah UMNO byk berjasa pada kita semua? Lihatlah..

  5. adihamka berkata:

    UMNOsupporter.

    pertama terima kasih kerana sudi singgah.

    kedua, soal DEB. dalam konteks pembuatan dan analisa dasar, setiap dasar akan ada jangka hayat dimana pada akhir tempoh perlaksanaan akan dilakukan evaluation untuk lihat samada perlu terus atau ganti dengan dasar yang baru. DEB sudah melangkaui hampir 30 tahun, dan di akhirnya kerajaan sendiri mengakui bahawa kerajaan ‘gagal’ untuk sampai ke tahap pemilikan ekuiti 30% di kalangan org melayu. Sayang sekali, meskipun ada kajian yang membuktikan pencapaian org Melayu tinggi, kerajaan masih mahu mengaku ‘gagal’. pertikaian saya mudah, kalau sudah sedar yang pendekatan kita ‘gagal’, jangan jadikan alasan bahawa DEB mesti perlu diteruskan. Analogi mudah, kalau dah tahu makan panadol takkan kurangkan cirit birit, buat apa makan panadol? bukankah lebih baik makan Pil Chi Kit Teck Aun?

    ketiga soal Umno.yang ini saya perlu buat satu posting khas untuk menjawab :)

  6. UMNOsupporter berkata:

    terima kaseh dengan penerangan anda ini! Jikalau anda nak tahu…memang ramai orang UMNO yang mahukan DSAI kembali berjuang dan mereformasikan UMNO…mereka mahu DSAI melakukan perubahan…tetapi mereka semua termasuk saya tidak akan keluar UMNO dan sertai PKR. Kirim salam kepada semua ex UMNO di PKR ok..:-)!

  7. UMNOsupporter berkata:

    Adihamka…saya lihat argumen anda sangat bernas dan berapi-api..hingga saya pun tak tau nak bangkang apa ttg PKR dan Anwar Ibrahim yang tidak suka DEB lagi kerana saya dapati DEB terbukti gagal sedikit ditambah dgn perlaksanaan ikut kroni…yang kaya menjadi kaya raya yang patut ditolong entah kemana pemimpin UMNO ini…kalau nak bantu Melayu mesti berikan kek kekayaan sama rata dan bukan kata “anak saya kaya!” hehehe!!

  8. adihamka berkata:

    UMNOsupporter,
    untuk melakukan reformasi dan perubahan,yang penting kita mainkan peranan sebagai rakyat.pada saya,untuk menyokong sesuatu yang baik,tak perlu kita nak masuk parti-parti tertentu.Dalam kiblat demokrasi,rakyat punya hak menentukan hala tuju.yang penting ke mana undi kita nanti.

    kalau kita dah tau ‘puak’ ni memang bermasalah,walaupun ‘puak’ kita,kita ada hak untuk tidak mengundi.Tapi kalau kita tau ada ‘puak’ lain yang dilihat alternatif kepada senario sekarang,walaupun bukan ‘puak’ kita,tak haram kita menyokong.

    Yang penting,bukan sertai parti..tapi sejauhmana otak yg Allah bagi kita gunakan untuk berfikir secara rasional,bukan sekadar menghiasi tengkorak kepala semata2.

  9. ati berkata:

    Bagi saya…umno kena perbaiki diri luar dan dalam baru ramai org masuk umno…buat masa kini saya berpendapat umno banyak sekali masalahhhhh

Leave a Reply

Arkib