Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Demokrasi Ibarat Dinasour

s Jujur, sewaktu saya baca laporan ini di Malaysiakini, cukup membuatkan saya teringat akan analogi ‘dinasour’ yang selalu digunakan oleh rakan-rakan debat saya sewaktu di universiti dulu.

Laporan Malaysiakini ini melaporkan berkenaan arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kepada media swasta untuk tidak menyiarkan mana-mana ucapan pemimpin parti pembangkang.

Dinasour ini difahami sebagai binatang yang pupus, dan dalam konseptual perdebatan secara amnya dinasour ini dianalogikan sebagai pupus dan tidak relevan. Contoh, kalau ada usul perdebatan ‘PBB Itu Dinasour’, didefinisikan secara konseptual ‘PPB itu pupus dan tidak relevan’.

Apakah demokrasi di Malaysia juga boleh ditakrifkan sedemikian dengan pengedaran surat di atas? (Untuk paparan lebih jelas, klik imej berkenaan untuk pembesaran imej)

Demokrasi maknanya rakyat (demo) berkuasa (kratos). Dalam konteks Malaysia dan kebanyakan negara yang menganut fahaman demokrasi, yang diamalkan adalah demokrasi berperwakilan. Maknanya rakyat memilih wakil mereka untuk didengar suaranya dalam apa jua perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang.
Read the rest of this entry »

Filed under: Catatan, Demokrasi, Politik

Selamat Jalan Buat Yang Keluar..

Saya berkesempatan mengikuti Sidang Media Mingguan yang dianjurkan oleh KeADILan pagi tadi. Antara isu yang disentuh adalah kenyataan Thierry Rommel mengenai DEB, rasional sokongan KeADILan ke atas tuntutan MTUC, Agenda Pemberdayaan Wanita, respon berkenaan pembebasan Eric Chia dan paling panas adalah respon rasmi KeADILan ke atas keluarnya beberapa pimpinan parti lewat kebelakangan ini.

Berita-berita di atas boleh dirujuk di Suara Keadilan Online.

Tetapi yang paling mengesani saya adalah kenyataan tegas Dr Syed Husin Ali sebagaimana yang dilaporkan oleh Suara Keadilan Online dan Malaysiakini. Ketegasan Dr Syed Husin ini adalah amat wajar, dalam keadaan beliau telah mengharungi perjuangan yang amat panjang, hampir 40 tahun lamanya sejak pertengahan 1960-an. Dan sebagaimana yang disebut oleh Tian Chua, Dr Syed Husin adalah orang yang paling layak mengulas mengenai isu ‘keluar-masuk’ pimpinan KeADILan yang hangat akhir-akhir ini.
Read the rest of this entry »

Filed under: Catatan, Politik

Terkesankah KeADILan Dengan Krisis?

Sebagai orang yang mengikuti perkembangan KeADILan sedari tahun 1999, pastinya nama Ezam Mohd Nor tidak boleh dipinggirkan dari catatan sejarah perkembangan parti itu.

Beliau dilihat sebagai ikon dan idola kepada pergerakan pemuda baik di dalam mahupun di luar parti yang bukan calang-calang. Diheret ke Istana Hinggap di Kamunting selama dua tahun di bawah ISA mungkin pengorbanan terbesar Ezam kalau mahu dibandingkan dengan mana-mana pimpinan lain di dalam parti.

Dan pastinya pengunduran Ezam, sedari perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Angkatan Muda KeADILan pada Oktober 2006, Kemudian meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Shah Alam dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor pada April 2007, dan terbaru beberapa hari lepas apabila mengesahkan beliau keluar daripada KeADILan sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini dan KLPos.

Saya sentiasa berpegang kepada satu prinsip, KeADILan mesti mengeluarkan dirinya dari kepompong permainan politik bersifat one-man-show. Dalam erti kata lain, sudah sampai masanya KeADILan mesti memberi fokus kepada penumpuan gerakan yang lebih bersifat inklusif kepimpinannya agar roh gerakan itu lebih dirakyatkan, berbanding hanya menumpukan percaturan dua-tiga orang pemimpin semata-mata.
Read the rest of this entry »

Filed under: Catatan, Politik

Sah Ezam Keluar PKR

* kemaskini jam 3.00 petang

Malaysiakini dan KLPos.com semalam menyiarkan berita yang mengesahkan keluarnya Ezam Mohd Nor daripada KeADILan.

Saya percaya berita ini sedikit sebanyak menggemparkan, tetapi tidak mengejutkan. Kerana Ezam sendiri telah mengundur diri daripada semua jawatan di dalam KeADILan seawal April lepas. Dan berita ini lebih bersifat ending sebuah filem yang boleh dijangka.

Kenyataan Media Angkatan Muda boleh dirujuk di Laman Web AMK.

Berikut adalah Kenyataan Media AMK yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua AMK, Faris Musa:
Read the rest of this entry »

Filed under: Catatan, Politik

Rashid Sibir Kering Idea!

Saya baru sudah tonton drama di slot Cerekarama TV3, tajuknya Cahaya Hati. Dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, dan Aaron Aziz, cerita mengisahkan cinta tiga segi tragis. Sinopsis drama ini boleh di baca di pautan Berita Harian ini.

Saya memang bengang! Bengang sebab drama ini bulat-bulat cedok idea sebuah videoklip kumpulan dari Korea, Kiss. Lagu yang bertajuk Because I’m A Girl ini memang tragis videoklipnya, saya pun sebak masa pertama kali tonton videoklip ini dalam hampir 2 tahun lepas sewaktu saya masih menuntut di Melaka. Di bawah adalah videoklip tersebut.

Rashid Sibir sudah kering idea agaknya. Cedok bulat-bulat. Jalan cerita drama beliau, walaupun tak sepenuhnya sama, tapi memang tetap tiru konsep videoklip Kiss bulat-bulat. Ya lah,memang la takkan sama sepenuhnya,videoklip 8 minit, drama hampir 2 jam, memanglah olahannya ada penambahan jalan cerita sikit sebanyak!

Saya kagum dengan kebanyakan drama Rashid Sibir, tapi kali ini menyampah dengan hasil karya plagiatnya. Malahan saya memang dah dapat agak sewaktu mula-mula membaca sinopsis drama ini di dalam Berita Harian, saya memang dah jangka ada peniruan konsep daripada videoklip ini.

Yang paling membengangkan, ialahlah terkeluarnya artikel Di Sebalik Tabir: Rashid Sibir utamakan kualiti.

Kualiti? Pinjam sekejap ayat Wan Kamaruddin…

“Apa kejadahnya kualiti kalau ciplak karya orang!!”

Filed under: Hiburan

nahdah@twitter

  • selesai mengunjungi ADUN Batu Caves di Pejabat Dun. | 3 days ago
  • pelik kenapa kematian Tawfiq Noorzan tidak diperjuangkan spt mereka perjuangkan keadilan utk Teoh Beng Hock.bukankah keduanya dizalimi? | 6 days ago
  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 1 week ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 1 week ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 2 weeks ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 119,052 kunjungan

Arkib